omniture

KAZAKHSTAN MENJADI TUAN RUMAH GAMES OF THE FUTURE (PERMAINAN MASA DEPAN) 2026

Phygital International
2024-10-14 14:30 47

DUBAI, UAE, 14 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Berikutan proses yang sangat berdaya saing, Phygital International hari ini mengumumkan bahawa Kazakhstan telah dipilih menjadi tuan rumah Games of The Future (Permainan Masa Depan) 2026.

Ahmad Haffar speaking at The Games of the Future 2026 Host Country Announcement
Ahmad Haffar speaking at The Games of the Future 2026 Host Country Announcement

Kejohanan tahunan ini, yang merupakan acara kemuncak dunia sukan fizital, menerima bidaan menjadi tuan rumah dari pelbagai negara di seluruh dunia, semua pembidaan untuk mengikuti UAE menjadi tuan rumah acara berprestij ini.

Kazakhstan membuktikan negara itu sebagai pemenang utama dengan hakim Jawatankuasa Pakar Phygital International, selepas memperagakan kepakaran dalam menjadi tuan rumah kejohanan antarabangsa, tempat sukan yang canggih - bersama-sama dengan gabungan sempurna menjadi negara yang menghayati sukan, budaya dan tradisi serta keupayaan teknologi dan inovasi.

Games of the Future (Permainan Masa Depan) ialah acara antarabangsa yang unik, yang menyatukan wira sukan dinamik generasi akan datang dari seluruh dunia. Phygital International menjangkakan Games of the Future (Permainan Masa Depan) 2025 di UAE dan kini, 2026 di Kazakhstan akan mengalu-alukan ribuan atlet bertaraf dunia dan peserta e-sukan sebagai sebahagian daripada kelab multinasional. Peserta akan mengambil bahagian dalam acara pelbagai sukan yang terdiri daripada beberapa cabaran sukan fizital.

Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International, mengulas: "Kami amat teruja dengan prospek Kazakhstan menerima obor api fizital daripada hos tahun depan, UAE untuk menjadi tuan rumah kejohanan tahun 2026. Sungguh menggembirakan dapat melihat pertumbuhan eksponen bukan sahaja sukan fizital, tetapi juga phygital community (komuniti fizital) global.

"Malah, proses pembidaan negara tuan rumah untuk Games of the Future (Permainan Masa Depan)2027 sudah menjadi semakin panas tetapi masih ada masa bagi negara lain untuk meletakkan bidaan masing-masing sebelum tarikh akhir pada bulan Disember."

Yerbol Myrzabosynov, Menteri Pelancongan dan Sukan, untuk Republik Kazakhstan mengulas "Ini menjadi keistimewaan bagi negara kita yang hebat Kazakhstan untuk dianugerahkan penghormatan menjadi tuan rumah Games of the Future (Permainan Masa Depan) pada tahun 2026. Negara kami telah menyokong sukan fizital sejak penubuhannya dan kami berbangga kerana menjadi yang seterusnya dalam barisan untuk menjadi tuan rumah acara hebat ini dan kami amat teruja akan menerima api fizital daripada UAE, yang menjadi tuan rumah pada tahun 2025 yang sangat kami nantikan."

Games of the Future (Permainan Masa Depan) tidak menetapkan sebarang sekatan ke atas peserta sukan ini dan mengalu-alukan semua individu, tanpa mengira usia, jantina dan kewarganegaraan. Tarikh akhir untuk menghantar permohonan menjadi tuan rumah kejohanan dalam tahun 2027 ialah 31 Disember 2024.

Catatan kepada Editor

Untuk maklumat lebih lanjut sila kunjungi: Phygitalinternational.com 

Phygital International ialah penganjur sukan fizital pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga Games of the Future (Permainan Masa Depan), pengendali kejohanan dan mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.

World Phygital Community (Komuniti Fizital Dunia) menyediakan platform untuk kelab memasuki Games of the Future (Permainan Masa Depan) dengan mengawal selia dan mempromosikan sukan fizital di seluruh dunia merentasi rangkaian ahli lebih 80 negara di seluruh dunia.

Games of the Future (Permainan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan fizital.

X : https://x.com/officialgotf

Photo 1 : https://mma.prnasia.com/media2/2529443/Ahmad_Haffar_Voice_of_Dubai.jpg?p=medium600
Photo 2: https://mma.prnasia.com/media2/2529444/Basketball_GOTF_2024.jpg?p=medium600
Photo 3: https://mma.prnasia.com/media2/2529445/Nis_Hatt__Yerbol_Myrzabossynov__Rene_Fasel.jpg?p=medium600
Photo 4: https://mma.prnasia.com/media2/2529446/Rene_Fasel__Yerbol_Myrzabossynov.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2529536/Phygital_International_Logo.jpg?p=medium600

Basketball players in action at The Games of the Future 2024
Basketball players in action at The Games of the Future 2024

 

Nis Hatt, CEO of Phygital International (L) and Rene Fasel, Founder of Phygital International, (R) congratulate Yerbol Myrzabossynov (C) on Kazakhstan being selected as host country of the Games of the Future 2026
Nis Hatt, CEO of Phygital International (L) and Rene Fasel, Founder of Phygital International, (R) congratulate Yerbol Myrzabossynov (C) on Kazakhstan being selected as host country of the Games of the Future 2026
Rene Fasel, Founder of Phygital International (L) congratulates Yerbol Myrzabossynov, Minister of Tourism and Sports for the Republic of Kazakhstan
Rene Fasel, Founder of Phygital International (L) congratulates Yerbol Myrzabossynov, Minister of Tourism and Sports for the Republic of Kazakhstan

 

 

Source: Phygital International
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Sporting Events Sports Future Events