omniture

SolaX Power Menang SMM Global Tier 1 Award untuk Sistem Storan Tenaga Bateri (BESS)

SolaX Power
2024-10-14 20:38

HANGZHOU, China, 14 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- SolaX Power, penyedia penyelesaian storan tenaga solar yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan SMM Global Tier 1 Award yang berprestij untuk Sistem Storan Tenaga Bateri (BESS). Anugerah ini mengiktiraf komitmen SolaX terhadap inovasi, kemampanan dan kecemerlangan dalam industri storan tenaga, meletakkan syarikat ini dalam kalangan pengeluar global yang terkemuka bagi penyelesaian storan tenaga termaju.

Suatu Pencapaian untuk SolaX Power 

SMM Global Tier 1 Award ialah salah satu anugerah yang paling disegani dalam sektor tenaga boleh baharu, memberi penghormatan kepada syarikat-syarikat yang menunjukkan kepimpinan, kemajuan teknologi dan sumbangan yang penting kepada peralihan tenaga bersih. Menerima anugerah ini menekankan dedikasi SolaX Power untuk menyediakan penyelesaian storan tenaga yang berkualiti tinggi, andal dan inovatif untuk aplikasi kediaman dan juga komersial di seluruh dunia.

Memenangi SMM Global Tier 1 Award merupakan bukti usaha berterusan SolaX Power dalam merevolusikan landskap storan tenaga dengan Sistem Storan Tenaga Bateri (BESS) yang canggih. Rangkaian produk BESS SolaX yang komprehensif menawarkan penyelesaian yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan tenaga bahkan turut meningkatkan cara isi rumah dan perniagaan mengurus dan menyimpan tenaga boleh baharu.

Berinovasi demi Masa Depan Lebih Hijau 

Pencapaian SolaX Power dalam SMM Global Tier 1 Award mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam pasaran storan tenaga bateri. Penyelesaian inovatif syarikat ini membantu mempercepat penggunaan tenaga boleh baharu dengan menyediakan sistem yang boleh diharapkan dan berprestasi tinggi yang memperkasakan pengguna dan perniagaan untuk membuat pilihan tenaga yang mampan.

Permintaan global untuk penyelesaian BESS terus meningkat apabila lebih banyak negara dan wilayah menetapkan sasaran bercita-cita tinggi untuk tenaga boleh baharu dan keneutralan karbon. Keupayaan SolaX untuk menyampaikan produk storan tenaga yang cekap, boleh diskala dan berkesan kos memberi kedudukan kepadanya sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam peralihan tenaga bersih global.

Tatkala SolaX terus berkembang, kami tetap fokus untuk menerobos sempadan perkara yang mungkin dengan teknologi storan tenaga bateri. Penyelesaian BESS SolaX direka untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk sistem storan tenaga yang lebih bingkas, andal dan mesra alam, yang mana dalam tempoh jangka panjang, membantu memainkan peranan penting dalam mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil dan menggalakkan masa depan yang lestari.

Source: SolaX Power
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities Awards General Manufacturing