omniture

CMEF ke-90 di Shenzhen Pamer Inovasi dan Wawasan MedTech Global

CMEF
2024-10-14 20:45 10

SHENZHEN, China, 14 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa China (CMEF) kali ke-90 telahpun dimulakan dengan jayanya di Shenzhen, berlangsung mulai 12-15 Oktober. Acara pada tahun ini menjangkau hampir 200,000 meter persegi dan menjadi tuan rumah kepada hampir 4,000 peserta pameran dengan khalayak melebihi 200,000 dari lebih 130 negara. Semasa majlis perasmian, Reed Sinopharm Exhibitions (RSE) dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menandatangani perjanjian perkongsian strategik yang bertujuan untuk membentuk masa depan pembangunan perubatan di Malaysia.

CMEF terus menjadi platform global terkemuka yang menyepadukan rantaian industri peranti perubatan keseluruhan. Ia menampilkan pameran teknologi produk, promosi jenama, peluang perdagangan dan forum akademik. Banyak produk rintis diperkenalkan di CMEF tahun ini, antaranya termasuk:

  • Penyelesaian Anti-Kabut Endoskop: China National Medical Device (CMDC) memperkenalkan V301 mereka - sistem kamera endoskop canggih yang menampilkan teknologi penyahkabusan termaju. Semasa prosedur, menekan butang pada pemegang dapat memulihkan dengan pantas imej yang jelas dalam masa 5-10 saat.
  • Sistem PET Otak Semua-Digital: Raysolution mempamerkan DigitMI i30 mereka - pengimbas PET digital sepenuhnya untuk pengimejan otak yang mempunyai resolusi dan kepekaan yang tiada tandingan. Produk ini menggunakan pendigitalan ambang berbilang voltan (MVT), mencapai resolusi spatial 1.0mm, masa terbang 249ps dan kepekaan 30 kcps/MBq.
  • Robotik Perubatan Inovatif: Chunli Medical mempamerkan robotik ortopedik genggam terbaru mereka yang direka untuk sendi pinggul dan lutut, menampilkan penyepaduan inovatif kawalan sensor termaju dan sistem persepsi autonomi.
  • Sistem Ultrabunyi Mudah Alih: Dawei Medical mempamerkan ultrabunyi genggam rintis mereka, menyediakan kepada pengguna dengan penglihatan tanpa wayar di hujung jari mereka.
  • Respirator Ringkas Lanswick menampilkan Respirator Ringkas mereka yang dipatenkan, menawarkan visualisasi masa nyata bagi pengudaraan buatan, memantau pematuhan paru-paru dan rintangan saluran udara untuk kawalan pengudaraan yang tepat.
  • Kabin Mampan untuk Sisa Perubatan: Beijing Aerorate Protection membawakan kabin pelupusan sisa perubatan baharu mereka yang menawarkan penyelesaian rawatan di tapak yang mesra alam. Pendekatan yang inovatif ini menghapuskan potensi pencemaran sekunder semasa pengangkutan sisa dan memperkenalkan kaedah pelupusan baharu untuk kompleks hospital dan kawasan terpencil.

Satu ciri penting daripada pameran tahun ini ialah perjanjian strategik. Pada Jun 2025, RSE akan menganjurkan THE HEALTH INDUSTRY SERIES – ASEAN (tHIS ASEAN) yang ditempatkan bersama APHM. Pasaran penjagaan kesihatan Asia Tenggara ditetapkan untuk mencapai pengembangan pesat, dengan jangkaan kadar pertumbuhan tahunan 10-12%. Perkongsian ini bertujuan untuk menyatukan golongan profesional penjagaan kesihatan dan pemimpin industri di Asia Tenggara, menggalakkan kerjasama dan kemajuan untuk meningkatkan taraf kesihatan global.

Di samping itu, lebih enam puluh persidangan dan forum bertaraf tinggi berlangsung di CMEF, dengan lebih daripada 1000 pemimpin industri meneroka pandangan kritikal tentang kemajuan penjagaan kesihatan. Sesi-sesi yang penting di WeTalk Global Stage termasuk Pemadanan Perniagaan Sains Hayat UK-GBA, Jerayawara Peralatan Perubatan Israel. CMEF ke-90 juga menawarkan perkhidmatan pemadanan perniagaan di Distributor Alliance Club, menarik beribu-ribu pengedar di seluruh dunia.

Kejayaan CMEF yang berterusan menekankan statusnya sebagai gerbang utama untuk jenama-jenama asing yang menembusi pasaran China sekali gus menonjolkan peranan pentingnya dalam memacu inovasi penjagaan kesihatan global ke hadapan. CMEF ke-91 bakal diadakan pada 8-11 April di Shanghai, sila nantikan!

Untuk maklumat lanjut: www.cmef.com.cn/en

Source: CMEF
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news