omniture

Pelawaan Projek Inovatif Akbank: PoChallenge Bersedia Dimulakan!

APIX
2024-10-15 06:34 7

Pusat inovasi Akbank, Akbank LAB melancarkan Akbank PoChallenge melalui kolaborasi bersama APIX, mengundang syarikat tempatan dan juga syarikat global untuk berkolaborasi dalam projek rintis bersama bank. Dibuka untuk permohonan mulai 1-31 Oktober, PoChallenge menyasarkan untuk meluaskan portfolio bukti konsep (PoC) Akbank dengan mengalu-alukan perkongsian baharu dan penyelesaian inovatif. Syarikat teknologi kewangan (Fintech), syarikat pemula dan syarikat teknologi yang percaya akan kuasa teknologi untuk mencipta nilai digalakkan untuk memohon.

SINGAPURA, 15 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Melalui Akbank LAB, pusat bank ini untuk memacu inovasi bank, Akbank sedang mencari rakan kongsi berpandangan jauh yang dapat menyumbang perspektif baharu melalui kolaborasi bersama APIX, platform inovasi digital, sebagai rakan kongsi program komunikasi dan komuniti global rasmi. PoChallenge mengundang peserta dari seluruh dunia untuk mengemukakan penyelesaian dan mencipta secara bersama produk dan perkhidmatan generasi seterusnya. Semasa selang waktu permohonan selama sebulan, Akbank akan menilai pelbagai jenis cadangan projek.

Step into Akbank PoChallenge with @Akbank LAB to drive the future of banking innovation.
Collaborate with the team, test your solution by a paid proof of concept and watch your project thrive, Akbank could be your next customer!
Be part of this innovative project call, register now.
Apply Now: https://bit.ly/487mren
Step into Akbank PoChallenge with @Akbank LAB to drive the future of banking innovation. Collaborate with the team, test your solution by a paid proof of concept and watch your project thrive, Akbank could be your next customer! Be part of this innovative project call, register now. Apply Now: https://bit.ly/487mren

Setakat ini, Akbank LAB menjalankan hampir 50 projek bukti konsep (PoC) daripada lebih ratusan idea dan kini hampir separuh daripada projek yang berjaya sudahpun beroperasi.

Dengan fokus untuk memperkukuh kedudukan Akbank sebagai rakan kongsi utama dalam teknologi dan inovasi, Akbank LAB meluaskan pencariannya untuk idea dan projek. Syarikat teknologi kewangan (Fintech), syarikat pemula dan syarikat teknologi dengan penyelesaian yang boleh mencipta nilai ketara untuk pelanggan atau pekerja Akbank digalakkan untuk mengemukakan cadangan mereka.

Perkongsian Global Mendorong Akbank PoChallenge

Peserta akan dapat membentangkan penyelesaian dalam pelbagai bidang tumpuan semasa PoChallenge. Satu bidang utama ialah kategori penyelesaian AI untuk Kebaikan, dibangunkan melalui perkongsian bersama Microsoft AI for Good Lab, di bawah inisiatif ReFi Türkiye.

Dalam mengurus aktiviti komunikasi global proses ini, sokongan akan diberikan oleh APIX, platform inovasi yang berpangkalan di Singapura dengan lebih 2,000 sambungan kepada syarikat fintech, pembangun dan organisasi di seluruh dunia serta salah satu ekosistem inovasi digital yang terbesar di dunia.

Finalis akan Diumumkan pada Hari Demo

Mengikuti proses permohonan dan penilaian, program ini akan memuncak dengan perhimpunan fizikal. Syarikat-syarikat yang disenarai pendek akan diundang untuk membentangkan projek mereka pada Hari Demo bertarikh 26 November di Sabancı Center di Istanbul, di mana finalis akan berpeluang untuk mengusahakan projek PoC berbayar dengan Akbank.

Selain daripada peluang projek berbayar, PoChallenge menawarkan peserta yang berjaya dengan potensi perkongsian jangka panjang sebagai pembekal rasmi kepada Akbank. Acara ini dibuka kepada syarikat fintech, syarikat pemula dan syarikat teknologi dengan produk sedia untuk dipasarkan dan rujukan yang terbukti. Butiran penuh dan maklumat permohonan untuk menjadi rakan kongsi projek Akbank LAB yang seterusnya boleh didapati di akbanklab.com/en/pochallenge dan https://app.apixplatform.com/h1/pochallenge.  

 

Source: APIX
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology Artificial Intelligence