omniture

TV Mini LED ULED X 110-inci Mengagumkan Hisense Kini Tersedia Secara Global

Hisense
2024-10-17 14:08 22

QINGDAO, China, 17 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah global, hari ini mengumumkan TV Mini LED ULED X 110-incinya kini boleh didapati di seluruh dunia, berharga AS$20,000.

Sejak diperkenalkan buat julung kalinya di CES awal tahun ini dan diiktiraf sebagai penerima anugerah CES Innovation Award, berserta memperoleh anugerah Editor's Choice daripada Digital Trends, 110UX TV telah memperoleh banyak lagi anugerah dalam menerajui bidang ini dalam teknologi paparan.

Hisense 110-inch ULED X Mini LED is now available globally
Hisense 110-inch ULED X Mini LED is now available globally

110UX yang dibawa dengan Mini LED Blacklight memberikan kecerahan puncak yang menakjubkan sehingga 10,000 nit dan kontras dengan lebih 40,000 zon pemalapan setempat, meminimumkan limpahan lampu latar dan meningkatkan kontras yang boleh diukur. Dikuasakan oleh Hi-View AI Engine X Hisense, ia menyediakan pelarasan masa nyata untuk kesan paparan yang lebih jelas, lebih imersif dan menawan. Dengan menggabungkan koleksi perkakasan dan perisian penanda aras industri ini, 110UX merupakan bukti evolusi reka bentuk paparan LED, di mana inovasi dan kejuruteraan berfokuskan pengguna bergabung untuk mentakrifkan semula kualiti gambar bagi memberikan gambar yang lebih cerah dan dinamik yang berfungsi dengan baik untuk format besar, menjadikannya pilihan ideal untuk pemain, penggemar filem dan juga peminat sukan.

Pada awal bulan Oktober, 110UX Championship Edition, tambahan ultra-premium kepada barisan ULED X yang inovatif daripada Hisense, dilancarkan agar bertepatan dengan permulaan musim NBA. Model edisi terhad yang eksklusif ini mewakili kerjasama unik antara dua peneraju industri, menggabungkan teknologi ULED X termaju Hisense dengan peningkatan mewah yang meraikan semangat juara NBA.

Ketibaan 110UX mewakili evolusi yang penting dalam barisan produk TV Hisense, tatkala Hisense memantapkan kepimpinannya dalam pasaran ultra-premium dan paparan format besar, bertindak balas kepada permintaan yang melonjak untuk hiburan skrin besar dengan meluaskan barisan ULED dan ULED Xnya untuk menyertakan saiz skrin yang lebih besar.

Hisense komited kepada inovasi teknologi yang berterusan dalam menyediakan pengalaman audio-visual yang tiada tandingan kepada pengguna. Hisense terus menjadikan pengguna sebagai keutamaan, mengukuhkan hubungan dengan lebih ramai pengguna di peringkat global, memberikan pengalaman kehidupan di rumah senario penuh yang melangkaui jangkaan.

Latar Belakang Hisense
Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan H1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail