omniture

UST Mengumumkan Pemenang Global D3CODE Hackathon Tahun 2024

UST
2024-10-18 01:11 6
  • Hackathon Global diadakan di lima negara iaitu India, Amerika Syarikat, UK, Mexico dan Malaysia.
  • Mencapai sambutan yang luar biasa dengan lebih daripada 7000 pendaftaran dan lebih daripada 800 penyertaan idea di seluruh dunia.
  • Pemenang menerima $10,000, manakala pemenang hackathon serantau memenangi $5,000 sebagai hadiah wang.

PULAU PINANG, Malaysia, 17 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- UST, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital terkemuka, telah mengumumkan pemenang untuk edisi keempat D3CODE, acara hackathon untuk peserta di lima negara iaitu India, Amerika Syarikat, United Kingdom, Mexico dan Malaysia. Pertandingan ini menyaksikan penyertaan yang luar biasa, dengan lebih daripada 7,000 pendaftaran dan 800 idea dikemukakan di seluruh lokasi.

Tema tahun ini, 'Skala,' menyeru penyelesaian yang boleh diukur untuk mencipta impak positif dengan menangani isu-isu impak sosial seperti pendidikan, kesihatan, kemiskinan dan kelestarian alam sekitar. Setiap negara pada awalnya mengadakan hackathon, dan pasukan pemenang dari setiap negara maju untuk bersaing dalam Finale Akhir. Proses penilaian yang ketat menilai penyertaan berdasarkan keaslian idea, potensi impak sosial, kebolehan penyelesaian untuk diperluaskan dan pengalaman pengguna, antara faktor-faktor lain. Setiap wilayah melayakkan lima pasukan pemenang untuk pusingan akhir, dari kelayakkan ini kami memilih satu pemenang global dan pemenang wilayah.

Pasukan pemenang menerima $10,000, manakala pemenang hackathon wilayah akan memenangi $5000. UST memberikan $2400 kepada setiap pasukan yang menerima pengiktirafan kehormat. UST akan menghargai pemenang hackathon global di persidangan teknologi global tahunan mereka, D3 (Dream, Develop, and Disrupt), di India. Selain itu, pemenang mungkin layak mendapat pembiayaan awal untuk membantu mereka membawakan idea mereka ke pasaran, dengan sokongan daripada kepakaran dan rangkaian UST yang luas.

Berbicara tentang inisiatif global ini, Manu Gopinath, Ketua Pegawai Operasi UST, berkata, "Tujuan D3CODE adalah untuk berfungsi sebagai platform bagi para inovator dalam teknologi untuk mempamerkan idea-idea mereka yang berwawasan ke hadapan dalam mencipta penyelesaian inovatif untuk menangani masalah dunia sebenar dengan penyelesaian yang boleh dikembangkan. Hackathon tahun ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada kebolehan teknikal peserta tetapi juga kepada pengembangan tanggungjawab sosial dan mencipta impak yang bermakna ke atas masyarakat. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pemenang atas kecemerlangan mereka. Ketika kami terus mendorong sempadan kemajuan teknologi, acara seperti D3CODE mengingatkan kami tentang potensi tanpa had pemikiran muda dan peranan mereka dalam membentuk masa depan yang lebih baik dan lebih mampan."

Berikut ialah pasukan yang telah diisytiharkan sebagai pemenang Hackathon D3CODE 2024:

Pemenang Peringkat Global: Leon Kipkoech dari Florida National University, Miami, Florida untuk 'Transkripsi ASL Dinamik untuk Platform Video'.

Pemenang untuk Wilayah India:
Hadiah Pertama:
 Khusbu Rai serta Pasukan dari Guru Gobind Singh Indraprastha University New Delhi untuk 'Radar Kitar Semula: Mengubah Pembaziran menjadi Peluang'.
Hadiah Kedua: Akash Jadhav serta Pasukan dari Savitribai Phule Pune University, Pune, Maharashtra untuk 'Sistem Pengurusan dan Ramalan Penyakit Tanaman yang Dipacu oleh AI'.
Hadiah Ketiga: Roshin R serta pasukan dari Kolej Kejuruteraan, Thiruvananthapuram, Kerala untuk 'Portal Pekerjaan dan Pasaran untuk Pekerja Tidak Teratur dan Pengeluar Skala Kecil'.
Pengiktirafan kehormat: Omkar Deshpande serta Pasukan dari Savitribai Phule Pune University, Pune, Maharashtra, untuk 'Navigasi Berasaskan Kamera Robot Mudah Alih Berautonomi (AMR)'.

Pemenang untuk Wilayah UK: 
Hadiah Pertama:
 Salman Fatahillah dan Sainsna Demizike dari University of Birmingham, London, UK untuk 'AI berasaskan SMS dan Pemesejan Bermaklumat Sains Tingkah Laku untuk Komuniti Kurang Menerima Kemudahan'.

Pemenang untuk Wilayah Mexico: 
Hadiah Pertama:
 Pablo Esteban Murillo Mata serta Pasukan dari Universidad Tecnológica de León, León, Guanajuato, México untuk 'AquaHub'.
Hadiah Kedua: Alan Arana Carrillo serta Pasukan dari Universidad La Salle Bajio untuk 'QuantumSim'.
Hadiah Ketiga: Uriel Mendoza Rodríguez serta Pasukan dari La Salle Bajío untuk 'EcoCity'.

Pemenang untuk Wilayah Malaysia:
Hadiah Pertama:
 Muhammad Shahril Nizam Bin Abdullah serta Pasukan dari Universiti Multimedia, Kuala Lumpur, untuk 'Sentinel AI: Pengesanan Keganasan Masa Nyata untuk Komuniti yang Lebih Selamat '.
Hadiah Kedua: Muhammad Zul Iman Bin Zul Wizaratain dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abddullah, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, untuk 'Sistem Pengasingan Sampah Pintar dengan Pemantauan Kapasiti'.
Hadiah Ketiga: Nawal Izzah Binti Azhar serta Pasukan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka, George Town, Pulau Pinang untuk 'Razzbotics RetroBot: Kit retrofit serbaguna yang mengubah sebarang troli atau kenderaan menjadi penyelesaian autonomi'.

D3CODE adalah salah satu daripada banyak acara menarik untuk D3 UST, sebuah persidangan sepanjang minggu dengan pameran teknologi. D3 UST akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Travancore di Thiruvananthapuram pada 17 Oktober 2024. Acara ini akan merangkumi persidangan sehari penuh yang menampilkan penceramah terkenal dan ucapan utama daripada Krishna Sudheendra, Ketua Pegawai Eksekutif, UST. Penceramah terhormat lain termasuk Chris Heemskerk, CEO, The Innovation Alliance; T Koshy, MD & CEO, Open Network for Digital Commerce; Dhanniya Venkatasalapathy, Pengarah Eksekutif, Cloud Solutions, Microsoft India; Paul Gladigau, CTO, Equifax; Simon Lister, CIO, Capital One UK; Balaji Narayana, SVP, Teknologi dan Inovasi, Ketua Pegawai Teknologi, CarynHealth; Niranjan Ram, CTO, UST; Andy Morin, Ketua Arkitek Penyelesaian, UST; Sripathi Jagannathan, Ketua Kejuruteraan Data, UST.

Perihal UST:

Sejak tahun 1999, UST telah bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat terbaik di dunia untuk memberikan impak yang kuat melalui transformasi. Dikuasakan oleh teknologi, diilhamkan oleh orang, dan diterajui oleh tujuan kami, kami bekerjasama dengan pelanggan kami dari reka bentuk hingga operasi. Penyelesaian digital, platform proprietari, kepakaran kejuruteraan, dan ekosistem inovasi kami mengubah cabaran teras menjadi penyelesaian yang memberi impak dan mengganggu. Dengan pengetahuan industri yang mendalam dan minda yang bersedia untuk masa depan, kami menerapkan inovasi dan ketangkasan ke dalam organisasi pelanggan kami dengan memberi nilai yang boleh diukur dan perubahan positif yang berkekalan untuk mereka, pelanggan mereka dan komuniti di seluruh dunia. Bersama, dengan 30,000+ pekerja di 30+ negara, kami membina untuk impak yang tidak terbatas dengan menyentuh berbilion nyawa dalam proses ini. Kunjungi kami di www.UST.com

Hubungan Media, UST:

Tinu Cherian Abraham
+1 (949) 415-9857

Merrick Laravea
+1 (949) 416-6212

Neha Misri
+44-7341787926

Roshini Das K
+91-7736795557
media.relations@ust.com 

Hubungan Media, India.:

Adfactor PR
ust@adfactorspr.com

Hubungan Media, A.S.:

S & C PR
+1-646.941.9139
media@scprgroup.com 

Makovsky
ust@makovsky.com 

Hubungan Media, U.K.:

FTI Consulting
UST@fticonsulting.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1422658/UST_Logo.jpg?p=medium600  

Source: UST
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Awards Survey, Polls & Research Trade show news