omniture

Hisense Umum Ikrar Dwi-Karbon di Persidangan Pemimpin Global ESG

Hisense
2024-10-18 15:42 19

QINGDAO, China, 18 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Pengerusi Hisense Group En. Jia Shaoqian semalam mengumumkan Ikrar Dwi Karbon baharu syarikat ini dan menggariskan inisiatif terkini Hisense dalam menjadikan Pembangunan Hijau sebagai tonggak penting dalam "Membina Hisense berusia berabad-abad" di Persidangan Pemimpin Global Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2024 di Shanghai.

Ikrar Dwi-Karbon Hisense akan menyaksikan syarikat mencapai Puncak Karbon Operasi Sendiri selewat-lewatnya pada tahun 2026 dan Keneutralan Karbon Operasi Sendiri selewat-lewatnya pada tahun 2050 dan dalam masa yang sama menyepadukan konsep rendah karbon ke dalam semua aspek tadbir urus korporat dan amalan operasi syarikat.

Hisense Group Chairman Jia Shaoqian announcing the company’s Dual Carbon Pledge at 2024 ESG Global Leaders Conference
Hisense Group Chairman Jia Shaoqian announcing the company’s Dual Carbon Pledge at 2024 ESG Global Leaders Conference

"Hisense mengamalkan prinsip 'jangka panjang' dalam melaksanakan amalan ESG sebagai sebahagian daripada strategi 'Susun Atur Komprehensif' dan 'Tindakan Global' kami, yang penting kepada komitmen syarikat terhadap pembangunan ESG," jelas En. Jia. "Syarikat ini menubuhkan rangkaian global pusat serantau '5+1' untuk penyelidikan, pengeluaran dan penjualan. Hal ini mematuhi prinsip 'Tempatan untuk Tempatan' bagi menyumbang dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat tempatan dan dalam masa yang sama mengurangkan kos logistik dan penggunaan tenaga."

Memperkenalkan Kertas Putih Keneutralan Karbon yang pertama, Pelan Tindakan Keneutralan Karbon "Hi GREEN" Hisense akan memfokuskan kepada tiga aspek utama bagi menyokong strategi peralihan rendah karbon syarikat dalam memaksimumkan peningkatan kecekapan tenaga; mempercepatkan pembangunan rantaian bekalan rendah karbon; dan memacu lelaran dan pengoptimuman produk dan perkhidmatan rendah karbon.

Hisense menubuhkan sebuah "kilang rumah api" global, tiga kilang karbon sifar dan 14 kilang hijau peringkat nasional Cina. Berbanding tahun 2023, Hisense menyasarkan untuk mengurangkan keamatan emisi karbonnya sebanyak 40% menjelang tahun 2030. Menjelang tahun 2025, syarikat merancang untuk melibatkan lebih 2,400 pembekal, mewakili kira-kira 50% daripada jumlah pembekalnya, dalam sistem pengurusan emisi karbonnya. Selain itu, Hisense akan menggalakkan 40% daripada pembekalnya untuk menetapkan sasaran pengurangan karbon mereka sendiri.

Perkakas rumah Hisense yang bertaraf tinggi, berkecekapan tenaga tinggi, berkualiti tinggi mendapat kepercayaan pengguna global. Pada masa depan, Hisense akan terus komited terhadap penyelidikan dan pembangunan teknologi hijau yang inovatif, seterusnya mewujudkan cara hidup yang lebih baik untuk berjuta-juta isi rumah di seluruh dunia.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan H1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television Trade show news Cision Influencer List - ESG