LYASKOVETS, Bulgaria, 20 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- SERMATEC, perintis bagi penyelesaian tenaga boleh baharu, melancarkan sistem storan tenaga komersial dan perindustrian 5.1MW/17.8MWj yang inovatif di Bulgaria. Projek rintis ini ditetapkan untuk mentransformasikan landskap tenaga tempatan dengan meningkatkan kecekapan kuasa solar dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
Pelanggan kami, yang mengendalikan loji fotovolta, menghadapi cabaran yang ketara lantaran penjanaan kuasa solar yang berlebihan tanpa keupayaan penyimpanan yang mencukupi. Ini mengakibatkan pembaziran elektrik pada waktu siang, memaksa mereka untuk membeli kuasa daripada grid pada waktu malam. Bagi menangani ketidakseimbangan bekalan dan permintaan yang disebabkan oleh pengeluaran berlebihan ini, penyelesaian kami bukan sahaja membantu mencegah harga negatif yang dikaitkan dengan penjanaan berlebihan tetapi juga membolehkan pelanggan terlibat secara aktif dalam perdagangan pasaran elektrik. Dengan kapasiti untuk menyimpan lebih 6.5 juta kWj setiap tahun, sistem ini memastikan ekosistem tenaga yang lebih seimbang dan berdaya maju dari segi ekonomi.
Menjadi teras inovasi kami ialah 48 unit Sistem Storan Tenaga 372kWj Siri EasyCube SERMATEC. Penyelesaian gaya kabinet ini meningkatkan kecekapan ruang dan memastikan kefleksibelan operasi, seterusnya menetapkan standard baharu dalam storan tenaga. Setiap komponen ialah hasil daripada reka bentuk dan pembuatan yang teliti, mencerminkan komitmen kami terhadap kecemerlangan. Dikuasakan oleh bateri LFP 280Ah 3.2V termaju, sistem kami bukan sahaja selamat dan andal tetapi juga mempunyai kecekapan penukaran sehingga 99% dan hayat reka bentuk melebihi 15 tahun. Ini lebih daripada penyelesaian storan; ia merupakan bukti usaha kami mengejar kecemerlangan kejuruteraan. Projek ini mengurangkan penjanaan berlebihan solar dan mendorong wilayah ini ke arah pembangunan hijau, rendah karbon.
Projek ini menggunakan sistem EMS yang dibangunkan sendiri oleh SERMATEC, menyepadukan penjanaan kuasa PV untuk mencapai penggunaan sendiri storan solar dan tenaga. EMS bukan sahaja menyimpan tenaga solar yang berlebihan tetapi turut mengurus penggunaan tenaga puncak dan luar puncak. Kami meningkatkan lagi kawalan berdasarkan platform awan, memastikan agar pelanggan kami dapat memantau operasi loji storan tenaga dalam masa nyata.
Projek ini menggunakan sistem BMS yang dibangunkan secara bebas oleh SERMATEC. Dengan pelan pengurusan pintar, ia memastikan keselamatan bateri storan tenaga sambil memanjangkan hayat perkhidmatannya, membantu pelanggan mencapai penggunaan tenaga yang cekap.
Di SERMATEC, kami bukan sekadar membina projek—kami membina masa depan tenaga yang lestari. Sertai kami di Bulgaria dan seterusnya tatkala kami merealisasikan visi ini.
Sumber: SERMATEC
info@sermatec-ess.com
en.sermatec-ess.com