omniture

UTP KINI ADALAH UNIVERSITI NOMBOR SATU MALAYSIA DALAM TIMES HIGHER EDUCATION WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2025

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
2024-10-22 22:27 14

SERI ISKANDAR, Malaysia, 22 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) meraih pencapaian luar biasa dengan menjadi universiti Malaysia pertama yang mendapat tempat dalam kelompok 201-250 bagi Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025.

UTP merupakan universiti pertama di Malaysia yang disenaraikan dalam kelompok 201-250 dalam THE World University Rankings 2025.
UTP merupakan universiti pertama di Malaysia yang disenaraikan dalam kelompok 201-250 dalam THE World University Rankings 2025.

Lonjakan ketara sebanyak 100 tangga daripada kedudukan sebelumnya, iaitu kelompok 301-350 telah meletakkan UTP sebagai universiti nombor satu di Malaysia dan universiti swasta nombor satu di ASEAN.

Sejak tahun 2017, UTP telah menunjukkan peningkatan secara berterusan dari segi kedudukan, berganjak daripada kelompok 601-850 kepada 250 universiti teratas di dunia hari ini.

Peningkatan kedudukan UTP ini adalah bukti bahawa fokusnya yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan akademik dan penyelidikan, kolaborasi industri yang kukuh dan komitmen untuk melahirkan siswazah yang sedia mendepani masa depan.

Universiti ini sentiasa memberi penekanan ke atas pembelajaran antara disiplin dan juga pendidikan yang berasaskan pengalaman demi melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Naib Canselor UTP Profesor Dato' Ir Ts Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata, "Pencapaian ini adalah simbol kebanggaan bagi seluruh komuniti UTP. Ia mencerminkan dedikasi dan komitmen teguh fakulti, kakitangan, pelajar dan juga alumni. . Kami mengucapkan terima kasih kepada PETRONAS, rakan kongsi industri serta rakan usaha sama akademik yang menyumbang kepada pencapaian UTP ini."

Mohamed Ibrahim juga menekankan fokus strategik UTP selanjutnya iaitu untuk menjadi universiti yang menerajui penyelidikan sambil mengekalkan komitmennya terhadap kecemerlangan pengajaran.

"Usaha yang meluas untuk berkolaborasi dengan industri dan menjalin perkongsian yang kukuh di seluruh dunia, digandingkan dengan peningkatan penyelidikan translasi, membolehkan kami melahirkan siswazah yang memenuhi permintaan industri dan kalis masa depan. Di UTP, kami membina sifat daya tahan dan keterangkuman dalam diri pelajar, secara tidak langsung memupuk mereka untuk menjadi pencetus perubahan yang inovatif dan terlibat secara global," tambahnya.

Selaras dengan visinya untuk menjadi sebuah universiti tenaga dan teknologi yang terkemuka menjelang tahun 2050, UTP telah bersedia untuk memperkenalkan program kejuruteraan inovatif baharu yang akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran antara disiplin untuk masa depan di THE Campus Southeast Asia Live, anjuran UTP, pada 26 November 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menyedari kemajuan pesat dalam kecerdasan buatan (AI) dan teknologi termaju yang lain, UTP akan mengguna pakai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baharu bagi memastikan siswazahnya memiliki atribut yang diperlukan untuk berkembang maju dalam landskap yang sentiasa berubah-ubah.

Dengan hasrat untuk terus mengharungi cabaran mendatang, universiti ini akan lebih memfokuskan kepada penyelidikan yang memberi impak yang penuhterutamanya dalam bidang peralihan tenaga, kehidupan masa depan, kelestarian dan pendigitalan.

"Kami berusaha dengan tekun untuk memastikan penyelidikan kami bukan sahaja terkini tetapi juga relevan, dapat menangani cabaran global serta menawarkan penyelesaian dunia nyata yang boleh dikomersialkan. Dengan berbuat demikian, kami telah menyumbang ke arah masyarakat yang lebih baik dan juga kemajuan pengetahuan," tambah Mohamed Ibrahim lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai UTP, sila kunjungi laman web www.utp.edu.my

Source: Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Awards