omniture

HONOR Magic7 Series bakal Perkenal Autopilot AI untuk Mudah Alih

HONOR
2024-10-22 23:16

HONOR Takrifkan Ekosistem Utamakan-AI dengan berkolaborasi bersama Qualcomm di Sidang Kemuncak Snapdragon 2024   

DAERAH MAUI, Hawaii, 22 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa Magic7 Series yang akan datang bakal dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Elite Mobile Platform revolusioner daripada Qualcomm Technologies, Inc. Di Sidang Kemuncak Snapdragon 2024, HONOR mendedahkan rancangannya untuk membangunkan ekosistem yang mengutamakan AI. Di atas pentas, HONOR mempamerkan ciri-ciri AI rintis yang datang ke Magic7 Series, termasuk AI Agent pada peranti pertama dalam industri untuk ekosistem terbuka dan persembahan grafik NPU masa nyata pertama untuk permainan mudah alih. Syarikat ini juga memberikan gambaran sekilas tentang rupa unggulan baharunya.


"Keterbukaan dan kolaborasi terdapat dalam DNA kami," ulas Dr. Ray Guo, Ketua Pegawai Pemasaran HONOR Device Co., Ltd. "Dengan kolaborasi bersama Qualcomm Technologies ini, kami mentakrifkan ekosistem yang mengutamakan AI dan merevolusikan pengalaman pengguna untuk era AI. Kami berasa teruja untuk memperkenalkan AI Agent pertama dalam industri untuk ekosistem terbuka dan membawa AI generatif pada peranti kepada permainan yang dikuasakan oleh pengkomputeran NPU buat julung kalinya. Selamat datang ke era Autopilot AI untuk mudah alih."

"Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan HONOR bagi membentuk masa depan AI dan mentakrifkan semula cara orang ramai berinteraksi dengan teknologi," ulas Chris Patrick, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Telefon Mudah Alih, Qualcomm Technologies, Inc. "Bersama-sama, kami bersedia untuk menerobos sempadan AI dan mencipta pengalaman yang benar-benar bersifat transformatif."

Autopilot AI untuk Mudah Alih : AI Agent pertama industri untuk ekosistem terbuka


HONOR Magic7 Series akan memperkenalkan buat julung kalinya AI Agent pada peranti pertama dalam industri untuk ekosistem terbuka. Bermula daripada teks ringkas atau gesaan suara, AI Agent boleh memesan bawa pulang bagi pihak pengguna. Dengan persetujuan, ia boleh belajar daripada tabiat pengguna untuk membuat keputusan yang bijak, contohnya ia boleh memahami jika pengguna lebih suka kopi mereka dengan santan dan memesan sewajarnya.

Ia juga boleh mencari dan membatalkan langganan yang tidak diingini merentas aplikasi yang berbeza dengan hanya arahan mudah, memecahkan sempadan antara aplikasi dan perkhidmatan. AI Agent boleh membantu merentas pelbagai kegunaan termasuk perancangan perjalanan, tempahan tiket, penjadualan kalendar, pengurusan pemberitahuan, pemindahan fail rentas aplikasi dan banyak lagi. Bakal dilancarkan melalui MagicOS 9.0 pada HONOR Magic7 Series, AI Agent menyediakan kemudahan yang tiada tandingan dan memulakan era Autopilot AI.

Perkakasan diperkasakan-AI: AI generatif pada-peranti dalam permainan dikuasakan oleh pengkomputeran NPU buat julung kalinya


Telefon pintar Magic7 Series yang akan datang akan membawakan AI generatif pada peranti kepada permainan yang dikuasakan oleh pengkomputeran NPU buat julung kalinya. Siri baharu ini akan memperkenalkan persembahan grafik AI masa nyata pertama dalam industri untuk permainan mudah alih. Berbanding telefon pintar lain, penyelesaian daripada HONOR mengurangkan beban GPU, membawa kepada suhu peranti yang lebih rendah dan pengalaman permainan yang lebih baik dengan kualiti imej yang lebih tinggi.

AI Lancar: MagicRing memperkasakan ekosistem Snapdragon

Sepanjang acara ini, HONOR menunjukkan bagaimana ia bekerjasama dengan Qualcomm Technologies untuk mentakrifkan ekosistem yang mengutamakan AI, bertujuan untuk merevolusikan pengalaman pengguna dalam ketersambungan, interaksi dan prestasi. HONOR menunjukkan bagaimana teknologi MagicRingnya memperkasakan ekosistem merentas pelbagai produk, aplikasi dan perkhidmatan.

MagicRing menjadikan pengalaman AI berbilang peranti lebih mudah, dengan aliran perkhidmatan dan maklumat yang selamat dan lancar merentas peranti. Sebagai contoh, apabila menggunakan Windows pada Snapdragon, Cocreator membenarkan pengguna menghasilkan karya seni terperinci daripada lukisan yang ringkas. Dikuasakan oleh MagicRing, pengguna boleh mengakses Cocreator dengan lancar pada HONOR MagicPad 2 mereka, melukis karya agung AI dengan Magic Pencil mereka. Mereka juga boleh menggunakan AI Eraser HONOR Magic V3 pada HONOR MagicBook Art 14 untuk merasai kemudahan AI mudah alih merentas kesemua peranti mereka.

Diperkasakan oleh Snapdragon 8 Elite dan MagicOS 9.0, HONOR Magic7 Series bersedia untuk memulakan era baharu Autopilot AI dengan AI Agent intuitifnya. Peranti yang akan datang akan membawakan AI generatif pada peranti kepada permainan yang dikuasakan oleh pengkomputeran NPU buat julung kalinya. Nantikan maklumat lanjut di majlis pelancaran HONOR Magic7 Series China pada 30 Oktober 2024.

Latar Belakang HONOR 

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasakan orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui jangkaan, memberikan kepada mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba, dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi agar sesuai dengan setiap bajet, portfolio produk inovatif, premium dan andal HONOR membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.honor.com atau emel newsroom@honor.com 

https://community.honor.com/ 

https://www.facebook.com/honorglobal/ 

https://twitter.com/Honorglobal 

https://www.instagram.com/honorglobal/ 

https://www.youtube.com/c/HonorOfficial  

Produk berjenama Snapdragon dan Qualcomm ialah produk Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiarinya.

Snapdragon ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated. 

 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things