omniture

Kerubut emas AI? Kajian APAC baharu dedahkan jurang besar antara Pemimpin dan Pengikut AI

SAS
2024-10-23 08:00 6
  • Pemimpin AI membezakan diri mereka melalui pendekatan kepada strategi, kemahiran, tadbir urus dan amanah
  • 40% organisasi APAC menjangkakan sekurang-kurangnya 3x ROI ke atas pelaburan AI
  • Lebih $110 bilion akan dilaburkan dalam AI di seluruh rantau menjelang tahun 2028

SINGAPURA, 23 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Kajian IDC Data and AI Pulse: Asia Pacific 2024, yang ditugaskan oleh SAS, mendedahkan organisasi-organisasi Asia Pasifik (APAC) sedang bergegas untuk mengikuti AI yang popular, dengan hampir separuh (43%) merancang peningkatan pelaburan yang besar dalam AI melebihi 20 % dalam tempoh 12 bulan akan datang. Biarpun organisasi-organisasi melabur dengan banyak dalam AI, hanya 18% perniagaan APAC menganggap syarikat mereka sebagai Pemimpin AI, meninggalkan jurang yang besar antara Pemimpin AI yang memacu perubahan transformasi jangka panjang dan Pengikut AI yang bereksperimen dengan pelbagai projek dan tidak mempunyai strategi AI yang jelas.

Daripada mereka yang disoal selidik, Pemimpin AI menunjukkan hasil perniagaan utama mereka daripada inisiatif AI memfokuskan untuk memacu pertumbuhan hasil baharu (32%), meningkatkan kecekapan operasi (31%) dan meningkatkan keuntungan (26%). Sebagai perbandingan, Pengikut AI menunjukkan khidmat pelanggan yang lebih baik (27%), bahagian pasaran yang semakin berkembang (25%) dan masa dipasarkan yang lebih pantas (25%) sebagai hasil perniagaan teratas mereka.

"Perbezaan dalam hasil sasaran antara Pemimpin AI dan Pengikut AI menunjukkan kekurangan strategi dan pelan hala tuju yang jelas. Di mana Pengikut AI memfokuskan pada hasil jangka pendek berasaskan produktiviti, Pemimpin AI telah beralih daripada ini kepada kes penggunaan fungsi dan industri yang lebih kompleks," kata Shukri Dabaghi, Naib Presiden Kanan, Asia Pasifik dan EMEA Baru Muncul di SAS.

"Tatkala perniagaan berusaha untuk memanfaatkan potensi transformatif AI, adalah penting untuk pemimpin perniagaan belajar daripada perbezaan antara Pemimpin AI dan Pengikut AI. Mengelakkan cara berfikir 'kerubut emas' bagi memastikan transformasi jangka panjang dibina berdasarkan AI yang boleh dipercayai dan keupayaan dalam data, proses dan kemahiran," kata En. Dabaghi.

"Kajian IDC Data and AI Pulse: Asia Pacific 2024 merupakan gambaran penting tentang bagaimana ratusan organisasi APAC yang besar mendekati penggunaan dan pelaksanaan AI, mengetengahkan pemimpin dan pengikut merentas industri," kata Chris Marshall, Naib Presiden, Data, Analitis, AI, Kemampanan dan Penyelidikan Industri di IDC Asia/Pacific. "Pemahaman ini memberi kami peluang untuk membongkar halangan kepada pelaksanaan AI yang berjaya, membolehkan perniagaan membuat pelaburan yang lebih bijak ke dalam teknologi baharu dan baru muncul ini, tanpa terperangkap dalam kerubut emas."

AI Generatif hanyalah sebahagian daripada perjalanan AI

Walaupun banyak gembar-gembur AI yang memfokuskan kepada AI generatif, kajian ini mendedahkan bahawa organisasi-organisasi telahpun melabur dalam teknologi AI prediktif dan interpretif. Pada tahun 2023, AI generatif menyumbang hanya 19% daripada pelaburan AI namun menjelang tahun 2024 dan dijangka meningkat kepada 34% mencerminkan pengagihan yang lebih seimbang merentas ketiga-tiga kategori AI ini.

Panduan perbelanjaan terkini IDC mencadangkan perbelanjaan AI di Asia Pasifik akan mencecah AS$45 bilion pada tahun 2024, meningkat kepada AS$110 bilion menjelang tahun 2028 pada 24% CAGR (2023-2028).[1]

Penyelidikan ini mendedahkan bahawa organisasi-organisasi memperuntukkan semula belanjawan untuk peningkatan pelaburan AI generatif pada tahun 2024, dengan satu pertiga menyatakan ia akan diperoleh daripada pengagihan semula dana daripada pemodenan infrastruktur dan 37 peratus daripada pemodenan aplikasi.

Jangkaan tinggi apabila melibatkan ROI

Kajian ini mendedahkan kerubut emas prospektif ini yang didorong oleh jangkaan melambung tinggi berhubung potensi pulangan pelaburan AI. Penyelidikan ini mendapati bahawa 40% organisasi yang ditinjau menjangkakan sekurang-kurangnya tiga kali ganda pulangan pelaburan, dengan "ketakutan terlepas peluang" terus mendorong perbelanjaan AI. Hasilnya, penyelidikan ini menunjukkan AI ada kalanya diterima pakai tanpa penjajaran yang jelas antara pelaburan dan hasil serta nilai perniagaannya.

Dengan 43% organisasi merancang untuk meningkatkan pelaburan AI mereka sebanyak 20% atau lebih dalam tempoh 12 bulan akan datang, organisasi-organisasi berisiko mengalami kekecewaan dengan AI kerana kemungkinan pulangan pelaburan taktikal ini. Sebaliknya, pemimpin perniagaan harus sedar bahawa membina keupayaan AI mengambil masa dan memerlukan asas AI yang kukuh untuk memastikan penambahan nilai jangka panjang.

"Meskipun akses pengguna kepada alatan AI generatif membuatkan AI berasa ajaib, menyepadukannya ke dalam persekitaran perusahaan memerlukan banyak kerja, infrastruktur yang betul dan sering kali jangkaan tinggi yang diberikan kepada alat ini adalah tidak realistik," kata En. Dabaghi. "Memahami kesukaran ini memberi kami peluang untuk belajar bagaimana kami menangani isu ini, membolehkan kadar kejayaan yang lebih tinggi dan memenuhi objektif perniagaan apabila ia melibatkan untuk menerima pakai dan berjaya melaksanakan AI."

Nadi AI merentas industri

Kajian ini menyediakan analisis terperinci mengenai bagaimana AI memberi kesan kepada sektor-sektor industri yang berbeza di rantau APAC, dengan bidang tumpuan utama termasuk sektor perbankan, insurans, penjagaan kesihatan dan kerajaan.

Jurang-kemahiran kekal menjadi cabaran yang konsisten merentas industri apabila melibatkan penggunaan dan pelaksanaan AI yang berjaya. Jurang-kemahiran ini paling dirasakan dalam industri penjagaan kesihatan (41%), diikuti oleh sektor kerajaan (38%), industri insurans (32%), dan kurang dalam perbankan (29%). Biarpun menghadapi cabaran ini, industri-industri ini terus melabur bagi meningkatkan keupayaan data dan AI mereka untuk menyampaikan pembuatan keputusan yang lebih diperkemas, automasi yang lebih besar, masa dipasarkan yang lebih pantas untuk produk dan perkhidmatan baharu, penjimatan kos serta pelbagai faedah lain.

Namun begitu, beberapa kes penggunaan digunakan secara konsisten dan berjaya - dalam perbankan umpamanya, dengan tiga kes penggunaan teratasnya: pengurusan risiko kecairan, pengurusan aset dan liabiliti serta analisis jenayah kewangan. Dalam sektor insurans, penyelidikan ini mencadangkan kita melihat kes penggunaan AI untuk penipuan tuntutan insurans, penghantaran produk omni-saluran dan penentuan harga pintar. Dalam sektor penjagaan kesihatan, kes penggunaan yang ketara termasuk penipuan penjagaan kesihatan dan pembendungan kos, manakala dalam sektor kerajaan, kes penggunaan AI yang popular berkaitan dengan memastikan integriti program faedah sosial, menyokong tindak balas kecemasan serta pematuhan cukai dan hasil.

Trend penggunaan AI berbeza-beza di seluruh negara

Landskap AI di APAC berbeza-beza mengikut negara, dengan setiap pasaran menunjukkan trend penggunaan yang unik. China mendahului dalam pelaburan AI, menunjukkan peningkatan besar dalam projek AI dalam tempoh 12 bulan akan datang (59 peratus), dengan India dan Jepun mengikutinya (51 peratus; masing-masing 46 peratus). Tambahan pula, China dan Korea Selatan maju dengan lebih pesat dari segi penerimaan dan penyepaduan AI berbanding yang lain. Perbezaan ini didorong oleh faktor-faktor seperti tahap pelaburan, rangka kerja kawal selia dan ketersediaan bakat dan infrastruktur AI. Kekurangan kakitangan mahir merupakan suatu kebimbangan nasional serta industri di Jepun, Australia dan Korea Selatan dan banyak pelosok di Asia Tenggara.

Penyelidikan ini menonjolkan peluang dan cabaran yang berkaitan dengan pelaburan AI yang semakin meningkat di seluruh APAC pada tahun-tahun akan datang. Ia mencadangkan bahawa untuk menyerlahkan potensi penuh AI, syarikat-syarikat harus membangunkan kemahiran dalaman, membina portfolio kes penggunaan strategik yang kukuh dan merancang untuk kos dan risiko AI dari awal. Dengan berbuat demikian, mereka boleh mencapai beberapa pulangan lebih tinggi yang menggalakkan dan memupuk kepercayaan yang lebih tinggi dalam pelaburan AI masa depan.

Laporan penuh boleh didapati melalui eBuku: Data and AI Pulse: Asia Pacific 2024.

Metodologi

Kajian ini, dijalankan pada Jun 2024, melibatkan 509 eksekutif merentas lapan pasaran Asia Pasifik (Australia, China, India, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura dan Thailand) dan organisasi-organisasi sampel merentas perbankan dan kewangan, pembuatan, kerajaan dan penjagaan kesihatan & sains hayat. Pemimpin disoal selidik untuk mengkaji keputusan pelaburan AI mereka, bagaimana mereka mahu AI menawarkan perkhidmatan kepada organisasi mereka, cabaran terhadap pelaksanaan dan pendekatan mereka untuk mengurus proses ini demi mencapai hasil AI yang dipercayai.

Latar Belakang SAS

SAS ialah peneraju global bagi data dan AI. Dengan perisian SAS dan penyelesaian khusus industri, organisasi-organisasi mentransformasikan data menjadi keputusan yang dipercayai. SAS memberikan kepada anda THE POWER TO KNOW®.

[1] IDC's Worldwide AI and Generative AI Spending Guide, August 2024

 

Source: SAS
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Survey, Polls & Research Data Analytics Artificial Intelligence