omniture

UBBF 2024 Akan Datang | Kecerdasan Sepenuhnya dengan UBB Termaju

Huawei
2024-10-23 12:05

ISTANBUL, 23 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Forum Ultra-Jalur Lebar Global ke-10 (UBBF 2024) dijadualkan berlangsung di Istanbul, Türkiye, mulai 31 Oktober hingga 1 November. Dianjurkan secara bersama oleh Suruhanjaya Jalur Lebar PBB, World Broadband Association (WBBA) dan Huawei, forum ini menghimpunkan pemimpin industri dan golongan elit daripada pembawa terkemuka, badan kawal selia, organisasi penganalisis, organisasi piawaian dan pakatan industri di seluruh dunia. Di bawah tema "Kecerdasan Sepenuhnya dengan UBB Termaju", forum ini akan menyelami implikasi pelbagai aspek rangkaian IP optik dan pintar dipacu AI, meninjau cara memanfaatkan peluang perniagaan yang dibawa oleh inovasi yang berterusan dan memanfaatkan AI untuk memperkasakan UBB dan memacu pertumbuhan perniagaan yang baharu.


Tahun ini merupakan ulang tahun kesepuluh UBBF, susulan sembilan tahun acara yang berjaya di London, Madrid, Frankfurt, Hangzhou, Geneva, Beijing, Dubai dan Bangkok. UBBF 2024 menawarkan empat sorotan yang ketara.

Sorotan 1: Perspektif industri rintis 

UBBF 2024 akan memfokuskan kepada pembangunan kolaboratif UBB dan AI. Apabila model asas AI maju dan aplikasi AI menyaksikan penggunaan yang meluas, UBB akan menangani secara proaktif keperluan dan cabaran rangkaian dalam era AI, mendorong perkembangan pesatnya. Selain itu, forum ini akan memaparkan bagaimana rangkaian UBB memanfaatkan teknologi AI bagi mencapai tahap autonomi yang tinggi dalam penggunaan rangkaian, jaminan pengalaman, penyelenggaraan rangkaian dan banyak lagi, seterusnya meningkatkan kecerdasan rangkaian dengan ketara.

Sorotan 2: Demonstrasi pelaksanaan perniagaan

UBBF 2024 akan mendemonstrasikan kes penggunaan inovatif yang berorientasikan kepada perkhidmatan rumah serta perkhidmatan kerajaan dan perusahaan, serta kisah kejayaan pertumbuhan perniagaan, bagi membolehkan hadirin mempelajari cara untuk mencapai pertumbuhan perniagaan melalui rangkaian UBB. Para hadirin juga akan menyaksikan bagaimana rangkaian UBB membantu pembawa mencapai pengewangan perniagaan dan maju ke arah tahap tinggi yang baharu dalam era AI melalui penaiktarafan lebar jalur, penaiktarafan sambungan, penaiktarafan pengalaman dan banyak lagi.

Sorotan 3: Produk dan teknologi utama 

UBBF 2024 mempersembahkan pengalaman "empat paling banyak" melalui dewan pameran industri UBB. Pertama, pameran yang paling komprehensif, menggabungkan barisan penuh penyelesaian UBB dan aplikasi semua-senario. Kedua, pengalaman perkhidmatan paling nyata, memberikan pengalaman yang imersif untuk khalayak melalui lebih daripada 20 demonstrasi berasaskan perkhidmatan sebenar. Ketiga, kes perniagaan paling praktikal, berkongsi lebih daripada 30 kisah kejayaan. Keempat, produk dan teknologi paling maju, menerajui trend masa depan UBB.

Sorotan 4: Perkongsian oleh pemimpin industri

UBBF 2024 akan menghimpunkan pemimpin industri daripada pembawa, organisasi piawaian dan persatuan industri di seluruh dunia untuk berkongsi pandangan dan perspektif terkini tentang industri UBB. Selain itu, pakar terkemuka Huawei akan terlibat dalam dialog bersemuka dengan pelanggan, meneroka topik seperti perancangan dan pembinaan rangkaian, serta mencapai kejayaan perniagaan dalam era AI.

Apakah masa depan yang dinantikan untuk industri UBB tatkala kita maju ke arah dunia pintar? Apakah pertumbuhan baharu yang akan dibawa oleh UBB kepada industri? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik penting ini di Istanbul, Türkiye, mulai 31 Oktober hingga 1 November, apabila kami berkumpul sempena acara yang tidak dapat dilupakan yang akan membentuk masa depan UBB.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things