omniture

DLD 2015: Revolusi Digital Akan Berterusan

Hubert Burda Media
2015-01-20 21:10 122

MUNICH, 20 Januari 2015 /PRNewswire/ --

  • Persidangan DLD ke-11 akan berlangsung dari 18 – 20 Januari 2015 di Munich
  • 1,000 peserta dan lebih 150 penceramah antarabangsa 

Diberi tajuk "It's Only The Beginning (Ini Hanya Permulaan)", persidangan inovasi DLD (Digital, Life, Design) dari 18-20 Januari 2015 akan memfokuskan kepada pengaruh pendigitalan terhadap masyarakat, dunia pekerjaan, industri, mobiliti, seni dan rekaan.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150119/726622)

Dalam ucapan pembukaan beliau, pengasas DLD Steffi Czerny menjelaskan," "Revolusi digital sebenar belum lagi berlaku – ia baru bermula. Tetapi tiada apa yang perlu dirisaukan. Kita dapat membentuk masa hadapan dan revolusi digital sendiri."

Penerbit Hubert Burda merupakan salah seorang perintis digital Jerman, dan merupakan antara yang pertama meramalkan perubahan asas yang akan dibawa oleh Internet kepada media. Buku baharunya Notizen zur digitalen Revolution (Nota tentang Revolusi Digital), ditampilkan pada DLD15, merupakan koleksi pemikirannya tentang pembangunan media bermula pada 1990 hingga 2015. Selepas penciptaan pencetakan dan Internet, Internet Perkara (Internet of Things) merupakan inovasi seterusnya yang mempunyai impak besar terhadap landskap media.

Perubahan meluas dalam landskap media turut disaksikan semasa serangan pengganas terhadap majalah satira Charlie Hebdo di Paris. Peranan media cetak, dalam talian dan media sosial telah ditangani oleh Ulrich Reitz, ketua editor FOCUS, wartawan AS Jeff Jarvis dan Bruno Patino daripada France Televisions, yang mengakui bahawa: "Rakaman serangan itu muncul di Facebook sebelum sampai ke media tradisional." Cabaran paling besar yang dihadapi oleh wartawan ialah mendapatkan semula keyakinan orang awam.

Travis Kalanick, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif aplikasi teksi Uber, bercakap tentang peluang yang dibawakan oleh pendigitalan bagi pasaran pekerjaan, mobiliti dan perlindungan alam sekitar. Beliau mengumumkan keinginannya untuk mewujudkan 50,000 pekerjaan di Eropah tahun ini melalui Uber, dan untuk mewujudkan keadaan yang perlu dengan kerjasama pihak perundangan Eropah. Uber kini tersedia di 270 buah negara seluruh dunia.

Ed Vaizey (Menteri Dalam Negeri bagi Budaya dan Ekonomi Digital, UK) membincangkan keusahawanan dan ekosistem digital di Eropah bersama Axelle Lemaine, Timbalan Menteri bagi Hal Ehwal Digital Perancis, dan Timotheus Höttges, Ketua Pegawai Eksekutif Deutscher Telekom. Persoalan utama adalah kawal seliaan politik manakah yang dapat membantu memajukan ekonomi digital di Eropah.

Isnin, 19 Januari akan menyaksikan perbincangan tentang pengaruh yang dimiliki pendigitalan terhadap kesihatan, pasaran kewangan, kesenian dan pengiklanan. Ini akan melibatkan penceramah seperti David Marcus (Facebook), Oliver Samwer (European Founders Fund), Reid Hoffman (LinkedIn/Greylock), Arianna Huffington (Huffington Post), Stewart Butterfield (Slack), Peter Barron (Google), David Hayes (Tumblr), Ian Robertson (BMW), Markus Braun (Wirecard), Julia Stoschek (Julia Stoschek Collection), Troy Carter (Atom Factory) dan penerbit muzik Giorgio Moroder.

Di samping itu, Anugerah Aenne Burda bagi Kepimpinan Kreatif dan Anugerah Bintang Digital FOCUS akan turut disampaikan.

Sesi-sesi akan distrim secara langsung oleh DLD Media di http://www.dld.co. Imej daripada persidangan itu boleh dimuat turun percuma di http://www.flickr.com/photos/hubertburdamedia/sets.

DLD 2015 sepintas lalu: 

  • Topik-topik utama di DLD15: Revolusi Digital, Keusahawanan & Ekosistem Digital Eropah, Pengguna Baharu, Memikirkan Semula Mobiliti, Mesin & Kemanusiaan, Era Pencerahan Kesihatan
  • Ceramah, perbincangan, bengkel: lebih 150 perintis antarabangsa akan bersatu dengan lebih 1,000 pemimpin pendapat yang hadir – wanita dan lelaki berpengaruh daripada bidang ekonomi, seni, media, teknologi, masyarakat, politik dan sains.
  • Penaung: Pelabur Dr Yossi Vardi, penerbit Dr Hubert Burda dan Ahli Lembaga Dr Paul-Bernhard Kallen
  • Acara semasa DLD: Makan malam pengerusi dan penceramah di the Residenz (18 Januari), penyampaian Anugerah Aenne Burda bagi Kepimpinan Kreatif (19 Januari), penyampaian Anugerah Bintang Digital FOCUS (19 Januari) dan kuliah kampus DLD (20 Januari). Persidangan DLD 2015 akan ditutup dengan DLD FOCUS Nightcap semasa Forum Ekonomi Dunia di Davos (21 Januari).

Latar belakang

DLD merupakan platform persidangan dan inovasi antarabangsa Hubert Burda Media. DLD Media meganjurkan DLD (persidangan digital utama Eropah), persidangan dan acara rangkaian antarabangsa DLDWomen di bandar-bandar seperti Palo Alto, New York, London, Tel Aviv, Istanbul, Rio de Janeiro dan Beijing. DLD Media menghasilkan kandungan persidangan seperti penerbitan, dalam talian dan format video serta kajian, dan juga memberi khidmat nasihat kepada syarikat rakan kongsi DLD, syarikat baharu, pelabur dan institusi. Ia diuruskan oleh Stephanie Czerny, salah seorang pengasas bersama persidangan DLD pada tahun 2005.

Maklumat lanjut
Dorothee Stommel
Hubert Burda Media
Komunikasi Korporat
Arabellastrasse 23
81925 Munich, Jerman
Tel.: +49-89-9250-2065
E-mel: dldpress@burda.com

SUMBER  Hubert Burda Media

Source: Hubert Burda Media
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news