omniture

Coway Umum Peluasan Polisi Pulangan Pemegang Saham

Coway Co., Ltd.
2025-01-09 13:23 58
  • Kenaikan Jumlah Kadar Pulangan Pemegang Saham*: Meningkat dua kali ganda daripada 20% kepada 40% hingga tahun 2027 bagi meningkatkan nilai pemegang saham
  • Kenaikan Dividen dan Pembatalan Saham: Bagi TK2024, dividen tunai akan menjadi lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya dan 2.56% daripada semua saham perbendaharaan akan dibatalkan.
  • Penyertaan Program Peningkatan Nilai Korporat: Penyertaan berjadual dalam Program Peningkatan Nilai Korporat Korea Selatan pada tahun 2025.

SEOUL, Korea Selatan, 8 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," mengumumkan peluasan polisi pulangan pemegang sahamnya, memperkukuh komitmennya untuk meningkatkan nilai pemegang saham dan pertumbuhan kewangan yang mampan dalam tempoh jangka panjang.

Sorotan Utama Polisi Diperluas

Mulai TK2024, Coway akan meningkatkan jumlah kadar pulangan pemegang sahamnya daripada 20% kepada 40%, komitmen yang akan dilanjutkan sehingga TK2027. Daripada jumlah kadar pulangan pemegang saham yang meningkat ini, 34% akan diperuntukkan untuk dividen tunai, manakala 6% akan dikhususkan untuk pembatalan saham perbendaharaan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen yang terkini ini, Coway merancang untuk membatalkan sejumlah 1,890,486 saham, mewakili 2.56% daripada saham perbendaharaannya, menjelang akhir tahun 2025. Jumlah kadar pulangan pemegang saham yang ditingkatkan ini akan kekal hingga TK2027.

Di samping itu, Coway akan mengambil bahagian dalam Program Peningkatan Nilai Korporat (Corporate Value-Up Program) Korea Selatan pada tahun 2025 bagi meningkatkan nilai korporat, dengan maklumat yang lebih terperinci akan disediakan melalui pendedahan awam yang akan dikeluarkan dalam suku pertama tahun 2025.

Asas Kewangan Diperkukuh

Keputusan untuk meluaskan pulangan pemegang saham mencerminkan kestabilan kewangan dan daya saing perniagaan Coway yang diperkukuh, yang telah dicapai oleh syarikat sejak pemerolehannya oleh Netmarble Group pada tahun 2020.

Sebelum pemerolehan, Coway menghadapi cabaran yang berpunca daripada polisi pulangan pemegang saham yang melebihi aliran tunai bebasnya. Keadaan ini mengekang kefleksibelan kewangan syarikat dan mengehadkan pelaburan dalam operasi teras dan inisiatif pertumbuhan, seterusnya melemahkan daya saing perniagaan terasnya.

Sejak pemerolehan, Coway melaksanakan strategi peruntukan modal yang bertujuan untuk memulihkan kestabilan kewangan sekali gus memupuk pertumbuhan. Dengan mengurangkan jumlah kadar pulangan pemegang sahamnya kepada kira-kira 20%, syarikat ini mampu melabur semula dalam bidang perniagaan utama termasuk penyelidikan dan pembangunan, pemasaran dan kepuasan pelanggan serta meningkatkan daya saing pasaran global dan meningkatkan kesedaran jenama untuk BEREX, semuanya sebagai usaha untuk mencapai pertumbuhan yang mampan.

Usaha ini berjaya memacu pertumbuhan Coway, menghasilkan prestasi yang memberangsangkan selama enam suku tahun berturut-turut dengan hasil melebihi KRW 1 trilion, biarpun menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan.

Komitmen Coway kepada Pertumbuhan Mampan

Bermula pada TK2024, apabila asas pertumbuhan syarikat semakin stabil, Coway memutuskan untuk meningkatkan jumlah sumber pulangan pemegang sahamnya daripada 20% pendapatan bersih disatukan semasa kepada 40% menjelang TK2027.

"Coway merancang untuk memperuntukkan sumber ke arah pulangan pemegang saham, pelaburan strategik untuk pertumbuhan yang mampan dan mengekalkan kestabilan kewangan dalam julat keuntungan boleh diagihkan, dengan mengambil kira keadaan perniagaan dalaman dan luaran," kata Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif Coway. "Kami akan terus melaksanakan polisi mesra pemegang saham dalam pelbagai cara menuju ke hadapan."

*Jumlah Kadar Pulangan Pemegang Saham ialah nisbah pendapatan bersih disatukan yang diagihkan kepada pemegang saham melalui dividen tunai, pembelian balik saham dan pembatalan  

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga syarikat in yang paling terkini, jenama BEREX, bertujuan untuk memperbaiki tidur dan meningkatkan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Dividends