omniture

Eurail Meraikan Tahun Baharu dengan Mengeluarkan Produk Pas Baharu Secara Besar-besaran

Eurail Group G.I.E.
2015-01-20 21:20 103

UTRECHT, Belanda, 20 Januari 2015 /PRNewswire/ --

Lebih banyak negara dan cara baharu untuk melancong lebih jauh serta

lebih murah dengan Eurail pada 2015

Eurail membuat persediaan untuk keterujaan pelancong tahun ini dengan memperkenalkan pelbagai produk baharu kepada portfolio Pas Eurail mereka. Melancong dengan Pas Eurail kini lebih mengujakan dengan destinasi baharu untuk diterokai, inisiatif Kanak-kanak Melancong Percuma, Pas Belia kelas pertama, Pas Global 5 dalam 10 hari, dan Pas Attica – Pas Satu Negara yang dirangka khas untuk perjalanan melawat pulau-pulau Greece.

Pas Global Eurail Menambah Negara Baharu

Empat negara baharu menyertai tawaran Pas Global Eurail tahun ini. Penambahan Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Poland dan Serbia menjadikan sejumlah 28 buah negara yang boleh diterokai menggunakan pas perjalanan itu. Hubungan sempadan yang diwujudkan daripada perluasan ini menambah lebih banyak kemungkinan kepada pilihan jadual perjalanan yang sudah pun sedia luas. Contohnya, pelancong boleh menaiki perjalanan sepanjang pesisiran pantai Adriatic dari Croatia ke Montenegro, atau singgah di Poland dalam perjalanan mereka dari Prague ke Berlin.

Kanak-kanak Melancong Percuma 

Dengan pelancaran inisiatif Kanak-kanak Melancong Percuma yang baharu, Eurail menegaskan kepercayaannya yang perjalanan kereta api adalah jalan pengangkutan terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan kembara merentasi Eropah. Kanak-kanak berusia antara 4 hingga 11 tahun boleh menaiki secara percuma dengan ahli keluarga atau rakan yang melancong dengan menggunakan Pas Eurail Dewasa. Seramai dua orang kanak-kanak untuk seorang dewasa boleh melancong secara percuma.

Pas Belia Kelas Pertama

Melancong dengan kanak-kanak atau rakan-rakan dalam golongan usia 12 hingga 25 tahun kini sudah menjadi semakin mudah dengan pengenalan Pas Belia kelas pertama. Pas ini dahulunya hanya boleh didapati untuk kelas kedua. Pas Belia kelas pertama kini dijual dengan diskaun 20% daripada harga tambang dewasa, agar semua orang boleh menikmati perjalanan bersama-sama dalam keselesaan kelas pertama.

Pas Global 5 dalam 10 Hari

Selain penambahan negara baharu kepada produk Pas Global, Eurail juga telah menambah kategori pas baharu. Dengan mempertimbangkan bukan semua pelancong mempunyai banyak hari cuti untuk menerokai 28 buah negara, pilihan Pas Global 5 dalam 10 Hari memberi pelanggan lima hari perjalanan ke mana-mana sahaja dalam tempoh masa 10 hari untuk melawat negara bukan bersempadanan yang mereka sukai.

Pas Attica: Pas Lawatan Pulau-pulau Greece.

Satu lagi cara Eurail memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan adalah dengan Pas Attica, Pas Satu Negara baharu ke pulau-pulau Greece dengan menaiki feri. Dengan dua perjalanan antarabangsa, pelanggan boleh menjadikan Itali sebagai tempat bertolak. Ia menawarkan enam lintasan feri dalam masa satu bulan (dua perjalanan antarabangsa antara Itali dan Greece serta empat perjalanan domestik untuk lawatan ke pulau-pulau), dan mengurus para pengunjung dengan pemindahan melalui kereta api atau bas dari pelabuhan antarabangsa Patras ke pelabuhan domestik Piraeus.

Pas Eurail boleh didapati daripada rangkaian Ejen Jualan Awam Sah di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors.

Eurail Group G.I.E., sebuah organisasi yang dikhususkan untuk pemasaran dan pengurusan pas Eurail dan Interrail, dimiliki sepenuhnya oleh 30 buah syarikat kereta api dan perkapalan yang menyertai. Tambahan lagi, kumpulan itu mempunyai banyak rakan manfaat, termasuk hotel, syarikat pengangkutan, dan muzium, yang menawarkan perkhidmatan mereka sama ada pada harga yang lebih rendah atau percuma kepada pemegang pas laluan.

http://www.eurailgroup.org

Pustaka gambar Eurail: http://eurail.informationstore.net

SUMBER  Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trucking and Road Transportation New products/services