omniture

CGTN: Bagaimana China menyumbang kepada kerjasama BRICS lebih besar

CGTN
2024-10-23 23:02 22

BEIJING, 23 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Para pemimpin negara-negara BRICS mengadakan pertemuan secara bersemuka pertama mereka di bandar Kazan, Rusia selepas pengembangan bersejarah kumpulan ini daripada lima anggota kepada 10 dalam bulan Januari.

Presiden China Xi Jinping tiba di Kazan pada hari Selasa untuk Sidang Kemuncak BRICS kali ke-16. Xi akan bertukar-tukar pandangan bersama pemimpin-pemimpin lain mengenai kerjasama praktikal dan pembangunan mekanisme BRICS untuk ekonomi baru muncul, antara topik-topik lain, semasa sidang kemuncak ini.

China tekal menjadi penyokong kuat dan peserta dalam mekanisme kerjasama BRICS, mencari peluang kerjasama yang saling menguntungkan dengan anggota-anggota lain dan mengikuti semangat keterbukaan serta keterangkuman.

Kerjasama saling menguntungkan 

Sejak penubuhannya, BRICS mencari peluang kerjasama yang saling menguntungkan, dengan New Development Bank (NDB) yang beribu pejabat di Shanghai menjadi projek utama kerjasama BRICS.

Sebagai bank pembangunan pelbagai hala pertama yang ditubuhkan oleh ekonomi baru muncul, NDB memberikan sokongan pembiayaan untuk pembangunan infrastruktur, tenaga bersih, perlindungan alam sekitar dan pembinaan infrastruktur siber merentas negara-negara BRICS. Menjelang akhir tahun 2023, ia meluluskan 105 projek di kesemua negara anggota pada nilai kira-kira $35 bilion.

NDB berfungsi sebagai platform penting untuk kerjasama antarabangsa yang melangkaui sempadan wilayah, yang bukan sahaja menguatkan suara negara-negara BRICS tetapi turut mewakili aspirasi bersama negara-negara lain, Dilma Rousseff, presiden NDB, memberitahu media baru-baru ini.

China komited untuk mempererat kerjasama yang saling menguntungkan dengan rakan kongsi BRICS. Dalam suku pertama tahun ini, perdagangan antara China dan negara-negara BRICS mencecah 1.49 trilion yuan (kira-kira $209.7 bilion), satu peningkatan sebanyak 11.3 peratus tahun ke tahun, menurut pihak berkuasa kastam.

Ronnie Lins, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan dan Perniagaan Brazil-China, berkata China memainkan peranan penting dalam membina permuafakatan antara negara-negara BRICS, menggalakkan penyelarasan dan kerjasama, serta memajukan agenda bersama.

'Bukan kelab tertutup' 

Keterbukaan dan keterangkuman kekal menjadi komitmen berkekalan anggota-anggota BRICS sejak pewujudan mekanisme ini. Xi berulang kali menekankan bahawa negara-negara BRICS tidak berkumpul dalam kelab tertutup atau lingkungan yang eksklusif.

Di sebuah perhimpunan di Xiamen pada tahun 2017, pemimpin China ini mengemukakan program "BRICS Plus", menggalakkan penyertaan daripada lebih banyak pasaran baru muncul dan negara-negara sedang membangun.

Pada 1 Januari 2024, Mesir, Etiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu menjadi anggota BRICS, menyertai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, menandakan permulaan rasmi kerjasama BRICS yang lebih besar.

Lebih daripada 30 negara sama ada memohon secara rasmi atau menunjukkan minat terhadap keahliannya dan banyak negara sedang membangun yang lain mencari peluang kerjasama yang lebih mendalam bersama kumpulan ini.

Berbicara mengenai sidang kemuncak Kazan, Lin Jian, jurucakap Kementerian Luar China, berkata BRICS menjadi kuasa yang positif dan stabil untuk kebaikan dalam hal ehwal antarabangsa.

Beliau berkata China bersiap sedia untuk bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk berusaha ke arah pembangunan yang mantap dan mampan dalam kerjasama BRICS yang lebih besar, seterusnya membuka era baharu untuk Selatan Global mencari kekuatan melalui solidariti dan memberikan galakan bersama untuk keamanan dan pembangunan dunia.

https://news.cgtn.com/news/2024-10-22/How-China-contributes-to-greater-BRICS-cooperation-1xUFW77KILe/p.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service