omniture

Trinasolar serahkan lebih 1 GW modul siri Vertex N 720W kepada projek PV dataran tinggi

Trina Solar Co., Ltd
2024-10-24 23:39 22

CHANGZHOU, China, 24 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Trinasolar menggapai pencapaian yang penting, menyerahkan lebih daripada 1 GW modul siri Vertex N 720W ke loji tenaga bersih hulu Sungai Jinsha. Projek ini kini telah memasuki fasa pembinaan yang kritikal, dengan pemasangan modul dijangka siap menjelang akhir tahun ini. Modul siri Vertex N 720W, yang terkenal dengan kuasa ultra-tinggi dan keandalan yang luar biasa, sekali lagi memainkan peranan penting dalam menyokong projek altitud-tinggi, bagi memastikan penghantaran tenaga hijau yang konsisten.

Jinsha River upstream clean energy plant
Jinsha River upstream clean energy plant

Projek ini merupakan sebahagian daripada Pangkalan Demonstrasi Integrasi Air, Angin dan Solar Negara. Terletak pada altitud antara 4,200 meter dan 4,800 meter, projek ini merupakan projek ragut solar berskala tunggal terbesar yang kini sedang dibina. Setelah siap ia akan menjana kuasa sebanyak kira-kira 5.1 jam terrawatt setahun, lantas menjimatkan kira-kira 1.67 juta tan arang batu standard setahun dan mengurangkan emisi CO2 sebanyak 3.74 juta tan setahun.

Keadaan dataran tinggi yang mencabar, dengan iklim dan persekitarannya yang teruk, memerlukan modul PV untuk menyampaikan prestasi dan keandalan penjanaan kuasa yang luar biasa. Modul siri Vertex N 720W Trinasolar, menggabungkan teknologi i-TOPCon jenis-n termaju, membawakan kelebihan yang penting, termasuk kemerosotan rendah, kecekapan tinggi, hasil tenaga dipertingkat dan keandalan yang cemerlang, seterusnya memastikan LCOE yang lebih rendah dan nilai pelanggan yang lebih tinggi.

Modul-modul ini menunjukkan kebingkasan yang luar biasa biarpun dalam keadaan ultralembayung yang terik di dataran tinggi. Dalam ujian iradiasi UV yang dijalankan oleh Pusat Pensijilan Am China, modul-modul ini menunjukkan kemerosotan kuasa hanya sebanyak 1.6% selepas terdedah kepada 300 kWj/m² cahaya UV, jauh lebih rendah berbanding purata standard industri. Dengan prestasinya yang luar biasa, modul siri Vertex N 720W menetapkan penanda aras baharu untuk kestabilan dan keselamatan di persekitaran altitud tinggi.

Cao Yunduan, ketua bahagian pemasaran dan penjenamaan global di Trinasolar, berkata: "Trinasolar telah menjadi penggalak kepada tenaga hijau dan pengamal pembangunan hijau selama 27 tahun lamanya. Projek ini melindungi persekitaran semula jadi tempatan, menyokong amalan pastoral lestari dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, menunjukkan contoh amalan pembangunan hijau Trinasolar dan komitmen untuk menyediakan penyelesaian storan solar dan tenaga pintar yang lebih selamat, lebih cekap dan serba boleh yang memaksimumkan nilai, seterusnya membentuk masa depan sifar-bersih yang lestari yang membolehkan setiap kilowatt-jam memberi kuasa kepada dunia yang lebih baik."

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities