omniture

Anugerah Bintang Digital Focus: Inovasi Luar Biasa Dihasilkan di Jerman

Hubert Burda Media
2015-01-21 22:36 153

MUNICH, 21 Januari 2015 /PRNewswire/ --

-Focus dan DLD raikan Kreditech, relayr dan moovel

Dengan Anugerah Bintang Digital, Focus mengiktiraf inovasi digital merentas sektor yang menunjukkan kuasa kreatif ekonomi digital Jerman dan mengukuhkan daya maju masa hadapan negara itu.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150120/726712)

Pada hari Isnin, 19 Januari 2015 di persidangan digital DLD (Digital, Life, Design), majalah berita itu menyampaikan anugerah untuk kali ketiga kepada inovasi yang mana "kejuruteraan Jermannya" bakal membentuk pasaran masa hadapan.

Juri terhormat yang diketuai oleh Ulrich Reitz mempertimbangkan lebih 100 peserta dalam pencarian mereka untuk inovasi oleh syarikat, institut penyelidikan dan syarikat baharu di Jerman. Koresponden Focus Susann Remke dari New York mengacarakan majlis itu dan bercakap dengan para pemenang tentang persekitaran Jerman sebagai tempat inovasi.

"Dengan Anugerah Bintang Digital Focus, kami mengiktiraf para perintis yang memacu ekonomi digital Jerman dengan wawasan mereka. Pendigitalan mempunyai impak asas yang penting terhadap ekonomi dan sasaran kami ialah untuk menggalakkan idea-idea luar biasa dengan menyampaikannya kepada khalayak di negara ini dan antarabangsa yang luas," kata ketua editor Focus Ulrich Reitz.

Anugerah utama bagi "Inovasi Digital Terbaik" diberikan kepada syarikat teknologi kewangan Kreditech, yang kini mempunyai lebih 200 kakitangan dan kehadiran pasaran yang berjaya. "Tujuan kami adalah menggunakan data besar, algoritma kompleks dan proses berautomasi untuk menjadikan perbankan lebih baik untuk semua orang di seluruh dunia," jelas pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sebastian Diemer. Pada asas 15,000 titik data, teknologi ini dapat menghitung skor bagi sesiapa sahaja di seluruh dunia, termasuk empat bilion orang tanpa skor kredit dan tiada akses kepada perkhidmatan kewangan seperti kad kredit dan pinjaman ansuran. Anak-anak syarikat kumpulan itu sedang membina teknologi itu di sembilan buah negara.

Kategori "Perspektif Digital" diraih oleh relayr, yang telah membangunkan seni bina unik untuk membolehkan Internet Perkara (Internet of Things) disepadukan ke dalam pelbagai aspek kehidupan. Kit modul "WunderBar" membolehkan pembangun membina aplikasi yang berinteraksi dengan sensor khas untuk mengesan benda melalui telefon pintar, misalnya. Ini membolehkan suhu, kelembapan dan data pergerakan (contohnya) direkod dan dipautkan dengan hampir sebarang objek. "Dalam masa sepuluh tahun, semua produk akan dipautkan dengan Internet. Sebagai salah satu platform utama bagi Internet Perkara, relayr menawarkan kepada pengilang dan pembangun mereka cara yang mudah, selamat dan menjimatkan kos untuk melakukannya," kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Harald Zapp.

"Pilihan Editor", anugerah bagi inovasi yang diyakini pasukan editorial bakal menetapkan kekuatan masa hadapan Jerman, telah diberikan kepada moovel GmbH. Anak syarikat milik penuh Daimler Group, moovel menggabungkan konsep mobiliti baharu dengan perkhidmatan  digital interaktif. Ini termasuklah aplikasi MyTaxi, pemimpin pasaran  perkongsian kereta Car2go dan platform mobiliti moovel, yang menyatukan beberapa penyedia mobiliti untuk menunjukkan laluan terbaik dari A ke B. Ini menjadikan moovel sebagai contoh mengagumkan bagaimana industri sedia ada dan kumpulan tersenarai di DAX menggunakan inovasi digital untuk menubuhkan segmen perniagaan serta perkhidmatan baharu sebagai tambahan kepada perniagaan teras mereka dan juga adaptasi dinamik kepada keadaan pasaran baharu yang tidak terhad kepada syarikat baharu.

Juri bagi Anugerah Bintang Digital Focus  terdiri daripada pakar-pakar seperti pengasas DLD Steffi Czerny, Stefan Winners (Ahli Lembaga Eksekutif - Digital di Hubert Burda Media), Gesche Joost (Profesor Penyelidikan Rekaan dan Duta Internet bagi Kerajaan Persekutuan), Markan Karajica (Pengerusi Lembaga di ProSiebenSat 1 Digital), pelabur Lars Hinrichs, Dr Alexander von Frankenberg (Pengarah Urusan High-Tech Grunderfonds) dan Claudia Nemat (Ahli Lembaga di Deutsche Telekom AG). 

Para pemenang tahun-tahun lalu termasuk Auctionata, MyTaxi, ResearchGate, SAP/HANA dan syarikat data besar Blue Yonder, baru-baru ini telah menerima salah satu pelaburan kewangan terbesar bagi sebarang syarikat baharu teknologi di Jerman.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Alice Schwetz
BurdaNews
Arabellastrasse 23
81925 Munchen
+49-(89)-9250-3067
Alice.Schwetz@burda.com

SUMBER  Hubert Burda Media

Source: Hubert Burda Media
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Awards Trade show news