omniture

DLD 2015: Pasaran, Pekerja dan Mobiliti Masa Depan

Hubert Burda Media
2015-01-21 22:43 143

MUNICH, 21 Januari 2015 /PRNewswire/ --

  • Hari kedua persidangan digital tersebut menyaksikan anugerah bagi syarikat inovatif dan Edit Schlaffer, pengasas platform menentang keganasan SAVE.
  • Ketua Pegawai Teknikal Amazon Werner Vogels membincangkan keusahawanan bersama para pelajar Munich.
  • Penerbit muzik dan pemenang Oscar Giorgio Moroder membuktikan anda tidak pernah terlalu tua untuk inovasi.  

Bertajuk "Ini Hanyalah Permulaan" ("It's Only The Beginning"), persidangan inovasi DLD (Digital, Life, Design) akan terus menumpukan kepada pengaruh pendigitalan terhadap masyarakat, kesihatan, dunia pekerjaan, industri kewangan, mobiliti, kesenian dan rekaan sehingga 20 Januari 2015. Untuk memulakan hari kedua persidangan itu, Ahli Lembaga Burda Stefan Winners berbincang bersama Oliver Samwer, pengasas Zalando, tentang resipi kejayaan yang dinikmati oleh inkubator permulaan Rocket Internet, yang telah mencetuskan 50 buah syarikat setakat ini. "Jerman kini mempunyai sedikit Lembah Silikon dan sedikit Wall Street," kata Samwer. "Peluasan yang kukuh, jalan keluar atau IPO bukanlah impian yang tidak munasabah."

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150120/726687)

Pandangan terhadap mobiliti masa depan diberikan oleh Ian Robertson, Ketua Jualan dan Pemasaran di BMW: "Kami mendapati diri kami berada dalam era digital baharu. Model perniagaan pengilang automotif itu tidak berubah sejak 100 tahun. Kini ia sedang berubah." Pada masa hadapan, fokus bukan lagi pada enjin dan casis, tetapi pada perangkaian digital sesebuah kenderaan. Robertson meramalkan kereta tanpa pemandu yang pertama akan muncul di jalan raya Jerman dalam masa selewat-lewatnya sepuluh tahun: "Pada masa itu teknologi akan bersedia."

Dalam dunia pekerjaan, teknologi baharu juga sedang memacu kecekapan: pengasas Flickr Steward Butterfield membentangkan projek baharunya Slack, perkhidmatan pesanan yang membolehkan pasukan bekerjasama dan mengakses semua dokumen, pautan dan tweet. Walau bagaimanapun, di sebalik segala kemungkinan teknikal, hubungan antara syarikat dan pekerja juga amat penting bagi meraih kejayaan. "Sebuah syarikat tanpa kesetiaan adalah sebuah syarikat tanpa masa hadapan," tegas pengasas LinkedIn Reid Hoffman dalam perbualannya bersama Arianna Huffington.

Pada syarahan DLD Campus, Ketua Pegawai Teknikal Amazon Werner Vogels bercakap dengan 180 natif digital dan penginovasi masa hadapan. "Selepas dua puluh tahun, kami masih beroperasi seperti ia merupakan hari pertama kami," kata beliau, menekankan keperluan inovasi yang berterusan, "jika tidak syarikat lain akan mengatasi kami."

David Marcus (Naib Presiden, Produk Pesanan di Facebook) bercakap tentang masa depan pesanan dalam era Snapchat dan Tumblr. Menerusi tesis meyakinkan daripada buku terkininya The Internet Is Not The Answer, pengkritik Internet Andrew Keen memberikan suara kritikan kepada persidangan itu.

Lagenda muzik Giorgio Moroder menemui "bunyi masa hadapan" pada tahun 1970an dalam bentuk muzik disko synthesizer. Pemenang Oscar sebanyak tiga kali itu muncul di DLD untuk bercakap tentang permulaan muzik elektronik dan peluang yang ditawarkan oleh teknologi baharu kepada pemuzik muda hari ini: "Sesiapa yang mencipta muzik dengan menggunakan komputer mempunyai peluang yang baik untuk menghasilkan lagu." Pada 2013, Daft Punk mencipta monumen bagi penginovasi muzik dengan runut "Giorgio by Moroder".

Anugerah Aenne Burda bagi Kepimpinan Digital telah disampaikan kepada saintis sosial Austria Edit Schlaffer, yang mengasaskan "Sisters Against Violent Extremism" – platform wanita menentang pengganas pertama dunia – dengan tujuan untuk menguatkan keluarga menentang ekstremisme. Buat kali ketiga, majalah Focus menyampaikan Anugerah Bintang Digital Focus untuk menghargai teknologi yang mungkin membantu membentuk pasaran masa hadapan. Anugerah utama bagi "Inovasi Digital Terbaik" diberikan kepada syarikat teknologi Kreditech, sementara kategori "Perspektif Digital" telah dianugerahkan kepada relayr. Anak syarikat Daimler, moovel telah dinamakan "Pilihan Editor" oleh Focus.

Pada hari Selasa, 20 Januari, Pesuruhjaya Kesatuan Eropah Günther Oettinger akan bercakap tentang rangka kerja digital di Eropah, sementara Donald Schneider (H&M) akan bercakap tentang cetusan digital bagi fesyen dan Michael Mendenhall (Flextronics) akan memberikan pandangan tentang "The Intelligence of Things".  

Sesi-sesi akan distrim secara langsung oleh DLD Media di http://www.dld.co. Imej daripada persidangan itu boleh dimuat turun percuma di http://www.flickr.com/photos/hubertburdamedia.

DLD 2015 sepintas lalu: 

  • Topik-topik utama di DLD15: Revolusi Digital, Keusahawanan & Ekosistem Digital Eropah, Pengguna Baharu, Memikirkan Semula Mobiliti, Mesin & Kemanusiaan, Era Pencerahan Kesihatan
  • Ceramah, perbincangan, bengkel: lebih 150 perintis antarabangsa akan bersatu dengan lebih 1,000 pemimpin pendapat yang hadir – wanita dan lelaki berpengaruh daripada bidang ekonomi, seni, media, teknologi, masyarakat, politik dan sains.
  • Penaung: Pelabur Dr Yossi Vardi, penerbit Dr Hubert Burda dan Ahli Lembaga Dr Paul-Bernhard Kallen
  • Persidangan DLD 2015 akan ditutup dengan DLD FOCUS Nightcap semasa Forum Ekonomi Dunia di Davos (21 Januari).

Latar belakang

DLD merupakan platform persidangan dan inovasi antarabangsa Hubert Burda Media. DLD Media meganjurkan DLD (persidangan digital utama Eropah), persidangan dan acara rangkaian antarabangsa DLDWomen di bandar-bandar seperti Palo Alto, New York, London, Tel Aviv, Istanbul, Rio de Janeiro dan Beijing. DLD Media menghasilkan kandungan persidangan seperti penerbitan, dalam talian dan format video serta kajian, dan juga memberi khidmat nasihat kepada syarikat rakan kongsi DLD, syarikat baharu, pelabur dan institusi. Ia diuruskan oleh Stephanie Czerny, salah seorang pengasas bersama persidangan DLD pada tahun 2005.

Maklumat lanjut
Dorothee Stommel
Hubert Burda Media
Komunikasi Korporat
Arabellastrasse 23
81925 Munich, Jerman
Tel.: +49-89-9250-2065
E-mel: dldpress@burda.com

SUMBER  Hubert Burda Media

Source: Hubert Burda Media
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Awards Trade show news