omniture

Webinar Power Talk JA SOLAR Tonjol Projek PV Mercu Tanda di SIGNAL IDUNA PARK Borussia Dortmund

JA Solar Technology Co., Ltd.
2025-12-24 10:50 83

MUNICH, 23 Disember 2025 /PRNewswire/ -- JA Solar, rakan kongsi global yang dipercayai bagi tenaga hijau, menganjurkan edisi baharu bagi siri webinar Power Talk yang mengetengahkan salah satu projek tenaga solar yang paling ikonik di Eropah: pemasangan fotovolta di SIGNAL IDUNA PARK, iaitu stadium Borussia Dortmund.


JA SOLAR Power Talk Webinar Showcases Landmark PV Project at Borussia Dortmunds SIGNAL IDUNA PARK

Diperakui oleh RID sebagai sistem PV yang paling berkuasa di dunia di bahagian atas bumbung stadium, projek ini menyaksikan satu pencapaian penting dalam mengintegrasikan teknologi PV ke dalam infrastruktur bandar berskala besar. Lebih daripada 11,000 modul hitam penuh JA Solar kini meliputi bumbung stadium, menghasilkan lebih 4 GWj kuasa elektrik bersih setiap tahun dan mengurangkan emisi CO₂ sebanyak sekitar 1,700 tan setiap tahun. Pemasangan ini memperlihatkan sejauh mana penyelesaian PV berprestasi tinggi boleh dipasang atur di tempat-tempat penting dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan seni bina, keselamatan dan operasi yang ketat.

Para penceramah webinar menelusuri perjalanan projek ini bermula daripada konsep hinggalah penjayaan, lantas menekankan kepentingan kajian kebolehlaksanaan peringkat awal, perancangan jangka panjang dan kolaborasi pihak berkepentingan yang erat. Mereka mengetengahkan cabaran logistik dan teknikal dalam melaksanakan operasi di salah satu stadium yang paling sibuk di Eropah, apabila kerja-kerja pembinaan perlu diselaraskan dengan kalendar acara sukan dan bukan sukan yang padat, piawaian keselamatan yang ketat serta keadaan cuaca yang berubah-ubah.

Selain penjanaan tenaga, pemasangan ini turut menjadi pernyataan kelestarian yang hebat. Dengan berjuta-juta pelawat dan penonton saban tahun, SIGNAL IDUNA PARK menawarkan kebolehlihatan yang tiada tandingan untuk memperlihatkan peralihan tenaga dan mendemonstrasikan sejauh mana sukan profesional dapat menyokong matlamat iklim secara aktif.

Bagi JA Solar, projek ini merupakan rujukan andalan dalam menyediakan penyelesaian PV untuk persekitaran yang kompleks dan berprofil tinggi. Ia menggambarkan keupayaan syarikat dalam memastikan bekalan produk yang andal dan modul berprestasi tinggi untuk aplikasi yang mencabar, seterusnya membuka peluang baharu untuk integrasi PV dalam infrastruktur awam serta tempat sukan di Eropah dan selanjutnya.

Webinar ini membawakan pandangan daripada Petra Zelenická, Ketua Pemasaran dan Penyelidikan Pasaran Eropah di JA Solar; Florian Demnitz, Pengurus Tenaga di Borussia Dortmund; dan Christoph Kielhorn, Ketua Projek Pembangunan Bateri PMO di RWE. Sesi ini dimoderatorkan oleh Gianluca Michieletto, Pengurus Pemasaran dan Media Sosial di JA Solar.

Latar Belakang JA Solar

Ditubuhkan pada tahun 2005, JA Solar ialah peneraju bertaraf global bagi penyelesaian penjanaan kuasa PV, dengan perniagaan bersepadu secara vertikal yang mencakupi wafer, sel, modul dan storan tenaga. Menerusi 16 subsidiari luar negara, syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di 180 negara dan wilayah. Setakat S3 2025, jumlah penghantaran sel dan modul kumulatif JA Solar mencapai hampir 317 GW, disokong oleh lebih 2,000 paten dan rangkaian global yang mantap.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Broadcast Technology Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Sports Utilities