SINGAPURA, 29 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Rumah Foundation, Oceankind dan Asia Community Foundation dengan bangganya mengumumkan pelancaran 30x30 Southeast Asia Ocean Fund di Persidangan PBB ke-16 sidang kemuncak pihak-pihak (COP16) di Colombia. Dana ini bertujuan untuk menyediakan platform untuk kedermawanan kolaboratif dan pembelajaran bersama, sekali gus memangkinkan tindakan pemuliharaan di salah satu kawasan marin yang paling tinggi biodiversiti di dunia. Inisiatif ini dilaksanakan pada saat yang kritikal tatkala para pemimpin dunia berhimpun untuk menilai pelaksanaan Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal, yang merangkumi sasaran bercita-cita tinggi untuk memulihara sekurang-kurangnya 30% daripada tanah, air tawar dan lautan dunia menjelang tahun 2030. Di COP16, kerajaan digesa untuk bertindak bersama-sama dengan segera bagi mencapai sasaran 30x30 memandangkan mereka gagal memenuhi ikrar itu dengan ketara.
Setakat ini, hanya empat daripada 11 negara Asia Tenggara telah menyertai High Ambition Coalition for Nature and People, sebuah gabungan antara kerajaan yang bertujuan untuk melaksanakan sasaran ini. Dengan kurang daripada 3% perairan negara rantau ini berada di bawah perlindungan rasmi, 30x30 Southeast Asia Ocean Fund, yang dipengerusikan bersama oleh Rumah Foundation serta Oceankind dan diuruskan oleh Asia Community Foundation, bertujuan untuk menyumbang ke arah perlindungan 30% lautan Asia Tenggara menjelang tahun 2030.
"Kedermawanan lautan berada di persimpangan jalan yang penting, segera menyeru pembiaya untuk bersatu dalam menangani cabaran kritikal yang dihadapi oleh ekosistem marin," kata Kathlyn Tan, Pengarah Rumah Foundation. "Dengan rantau ini yang menempatkan kira-kira satu pertiga daripada terumbu karang, dasar rumput laut dan bakau di dunia, biodiversiti marin Asia Tenggara bersifat luar biasa baik di peringkat serantau mahupun global. Dengan menyokong matlamat 30x30, pembiaya boleh memainkan peranan penting dalam melindungi mata pencarian berjuta-juta orang dan ekosistem yang mengekalkannya, sekali gus turut menyumbang kepada mitigasi dan adaptasi perubahan iklim."
30x30 Southeast Asia Ocean Fund mempunyai tiga objektif teras:
Pendekatan dana ini akan melangkaui Kawasan Perlindungan Marin (MPA) tradisional untuk melibatkan Langkah-langkah Pemuliharaan berasaskan Kawasan Berkesan Lain (OECM), Wilayah Orang Asli dan Tradisional (ITT), Kawasan Marin Terurus Tempatan (LMMA) dan designasi lain yang berkaitan. Sebagai sebuah rantau yang menempatkan berjuta-juta orang yang bergantung kepada mata pencarian berasaskan lautan dan beberapa kawasan utama yang paling tinggi biodiversiti di dunia, penting agar Asia Tenggara meningkatkan perlindungan marin secara saksama, memastikan pendekatan pemuliharaan berpusatkan rakyat yang memberi manfaat kepada Orang Asli dan masyarakat setempat.
Mariko Powers, Pegawai Program di Oceankind, menekankan kepentingan penglibatan tempatan: "Asia Tenggara ialah rantau yang sangat penting untuk memajukan pemuliharaan lautan yang saksama dan berkesan. Kami percaya bahawa pelaburan dalam kapasiti tempatan untuk mendorong perlindungan lautan merupakan kunci untuk mencapai 30x30 dan Impact Fund mewakili peluang yang luar biasa untuk menyalurkan sumber kepada projek yang memberi impak, pejuang masyarakat sivil dan organisasi tempatan yang kukuh ke arah mencapai tujuan ini."
Dana ini kini dibuka untuk pernyataan minat daripada pelaku tempatan dan pengamal pemuliharaan di seluruh rantau ini. Kami turut mengundang pembiaya serantau dan global untuk menyertai inisiatif penting ini, memperkukuh komitmen kolektif kami demi masa depan yang lestari untuk lautan kita.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk mengambil bahagian atau memohon dana, sila kunjungi 30x30fund.org.
Latar Belakang Rumah Foundation
Rumah Foundation ialah cabang dermawan pejabat keluarga yang berpangkalan di Singapura, Rumah Group dan kami bersemangat tentang hal berkaitan orang ramai dan alam semula jadi. Didorong oleh keterdesakan terhadap perlindungan lautan, portfolio iklim-lautan kami menyokong intervensi yang menangani kesedaran dan pendidikan, perlindungan dan pemulihan kawasan tadahan karbon biru serta makanan laut yang mampan; dengan fokus kepada Asia Tenggara. Kami menggunakan modal dermawan dan juga pelaburan demi impak alam sekitar dan sosial yang positif. Selain itu, yayasan ini memiliki portfolio kemanusiaan yang dikhususkan untuk memperkasakan masyarakat terpinggir dengan memfokuskan kepada aspek-aspek kritikal, seperti sokongan pelarian, pembasmian kemiskinan dan pembangunan komuniti.
Latar Belakang Oceankind
Oceankind menyokong pertubuhan strategik, pemimpin yang luar biasa, dan inisiatif menggalakkan yang berusaha untuk meningkatkan kesihatan persekitaran marin. Di peringkat global, portfolio pemuliharaan kami berfokuskan kepada usaha mengurangkan penangkapan ikan berlebihan, mewujudkan perlindungan marin dan melindungi ekosistem lautan yang kritikal seperti habitat karbon biru. Kami menyokong usaha oleh rakan kongsi kami untuk memajukan pemuliharaan lautan secara berskala dengan menyumbang kepada projek berorientasikan hasil dan dengan melabur dalam kapasiti organisasi untuk memainkan peranan penting dalam bidang ini.
Latar Belakang Asia Community Foundation
Asia Community Foundation (ACF) ialah sebuah badan amal berpangkalan di Singapura yang ditubuhkan pada tahun 2023 oleh dermawan yang berpengalaman daripada Asia Philanthropy Circle. ACF bermatlamat untuk mendorong pemberian bertujuan dengan menghubungkan penderma dengan rakan kongsi impak sosial bagi menangani cabaran sosioekonomi dan alam sekitar yang mendesak di Asia. Salah satu inisiatif utamanya ialah melancarkan dana impak yang memudahkan pemberian kolaboratif, menyokong portfolio organisasi yang dipilih susun yang menangani isu-isu kritikal di seluruh rantau ini.
Hubungi:
Tess Mackean
Pengarah Pembangunan dan Penglibatan
Asia Community Foundation
tess.mackean@asiacf.org
Kathlyn Tan
Pengarah
Rumah Foundation
kathlyn@rumahgroup.com