omniture

Windows 10: Generasi Baharu Windows

Microsoft Corp.
2015-01-23 01:05 234

-- Windows 10 bakal ditawarkan sebagai naik taraf percuma; pengkomputeran kumpulan dan peranti Windows 10 holografik diperkenalkan.

REDMOND, Washington, 23 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Microsoft Corp. pada hari Rabu telah memperkenalkan generasi baharu Windows, dengan rangkaian pelbagai pengalaman yang direka untuk mengalu-alukan era baharu pengkomputeran yang lebih peribadi, selain dua peranti baharu yang direka untuk melanjutkan pengalaman Windows daripada skrin besar kepada tiada skrin. Windows 10 akan disampaikan sebagai perkhidmatan untuk menawarkan pengalaman yang lebih selamat, inovatif dan dikemas kini bagi menyokong jangka hayat peranti tersebut. Naik taraf percuma[1] bagi Windows 10 akan disediakan untuk para pelanggan yang menggunakan Windows 7, Windows 8.1 dan Windows Phone 8.1, yang menaik taraf dalam tahun pertama.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO

"Windows 10 menandakan permulaan era pengkomputeran lebih peribadi dalam dunia yang mendahulukan mudah alih dan awan," kata Satya Nadella, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft. "Cita-cita kami adalah supaya 1.5 bilion pengguna Windows kini akan tertawan dengan Windows 10 dan lebih berbilion lagi memilih untuk menggunakan Windows.

Windows 10: Menjadikan pengkomputeran lebih peribadi

Windows 10 menandakan permulaan era pengkomputeran lebih peribadi, yang mana teknologi menghilang dan manusia menjadi pusat tumpuan. Dalam era ini, mobiliti sesuatu pengalaman itu amat penting, dan bukannya mobiliti peranti, dan pengalaman seharusnya berfungsi dalam cara yang lancar serta biasa merentasi pelbagai peranti. Para pengguna sepatutnya dapat berinteraksi dengan teknologi secara semulajadi seperti mana mereka berinteraksi dengan orang lain – dengan suara, gerakan dan pandangan. Melindungi privasi memainkan peranan penting dalam menyampaikan pengalaman boleh dipercayai yang membolehkan manusia mengawal pengalaman mereka.

Pada hari Rabu, Microsoft menunjukkan pelbagai pengalaman baharu untuk Windows 10, termasuk yang berikut:

Cortana hadir ke PC dan tablet. Pembantu peribadi digital Cortana, yang dilancarkan untuk Windows Phone tahun lalu, kini akan turut tersedia untuk PC dan tablet Windows 10 untuk membantu pengguna menyelesaikan tugasan.[2] Cortana merupakan pembantu peribadi yang mempelajari kecenderungan seseorang untuk memberikan saranan yang relevan, akses pantas kepada maklumat dan peringatan penting, membawakan perkara paling penting kepada perhatian mereka. Interaksi adalah semula jadi dan mudah dengan bercakap atau menaip, dengan ciri-ciri termaju bagi mengawal Cortana agar lebih amanah dan telus.

Pelayar baharu "Project Spartan" menjadikan Sesawang berfungsi, untuk anda. Windows 10 akan menampilkan pelayar Microsoft baharu, diberi nama kod "Project Spartan," yang dibina dengan tujuan kebolehan saling operasi. Dengan ciri-ciri utama terbina dalam pelayar itu, ia akan membolehkan keandalan dan kebolehcarian lebih tinggi dicapai. Antara ciri-ciri termaju dalam pelayar tersebut termasuk kebolehan untuk menambah ulasan sama ada menggunakan papan kekunci atau pen secara terus kepada laman sesawang dan dengan mudah berkongsi dengan rakan-rakan, paparan bacaan yang bebas gangguan, memaparkan artikel dalam reka letak ringkas untuk pengalaman membaca yang hebat untuk artikel sesawang dalam talian serta luar talian; dan juga penyepaduan Cortana untuk mencari dan melakukan tugasan dalam talian dengan lebih cepat. Semua ini ditawarkan dengan penampilan dan rasa baharu yang dibina khas untuk Windows 10.

Xbox Live dan aplikasi Xbox baharu bawakan pengalaman permainan baharu kepada Windows 10. Xbox di Windows 10 membolehkan para pemain dan pembangun mengakses ciri terbaik daripada rangkaian Xbox Live yang luas di PC Windows 10 dan Xbox One. Pemain dapat mengabadikan, menyunting dan berkongsi detik-detik permainan terhebat mereka dengan Game DVR, dan bermain permainan baharu dengan rakan-rakan merentasi pelbagai peranti, menghubungkan berjuta-juta pemain di seluruh dunia. Permainan yang dibangunkan untuk antara muka pemprograman aplikasi DirectX 12 baharu dalam Windows 10 akan menyaksikan penambahbaikan daripada segi kelajuan, kecekapan dan kemampuan grafik. Pemain juga akan dapat bermain permainan pada PC mereka, distrim secara terus daripada konsol Xbox One mereka kepada PC atau tablet Windows 10, di dalam kediaman mereka.[3]

Office untuk Windows 10. Aplikasi universal Office untuk Windows 10 memberikan pengalaman berasaskan sentuhan merentasi pelbagai peranti. Versi baharu Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Outlook direka semula untuk berfungsi dengan Windows, terbina untuk sentuhan, dan menawarkan pengalaman Office yang dikenali dan digemari pengguna. Dengan ciri-ciri biasa bagi Office, pengguna dapat menghasilkan dan menyunting dokumen Word dengan mudah. Ciri-ciri pendakwatan baharu dalam PowerPoint membolehkan pengguna menambah ulasan kepada slaid dalam masa nyata dan kawalan berasaskan sentuhan dalam Excel menjadikan lebih mudah untuk membuat serta mengemas kini lembaran kerja tanpa papan kekunci atau tetikus. Versi suit desktop Office seterusnya kini berada sedang dibangunkan dan Microsot akan berkongsi lebih banyak maklumat dalam bulan-bulan akan datang.

Ciri-ciri dan inovasi tambahan Windows 10 yang dikongsi hari ini termasuk yang berikut:

  • Mod Kontinum. Pada peranti 2-dalam-1, Windows 10 akan bergerak lebih mudah antara papan kekunci dan sentuhan serta tablet sambil mengesan perpindahan dan juga dengan mudah berubah ke mod baharu.
  • Aplikasi universal baharu. Windows 10 akan menawarkan aplikasi pengalaman baharu, yang konsisten merentasi rangkaian peranti, untuk Foto, Video, Muzik, Peta, Orang & Pesanan serta Mel & Kalendar. Aplikasi terbina dalam ini mempunyai rekaan yang terkemas kini dan mempunyai rasa yang sama daripada aplikasi ke aplikasi serta peranti ke peranti. Kandungan disimpan dan disegerak melalui OneDrive, membolehkan pengguna memulakan sesuatu pada satu peranti dan menyambungnya pada peranti lain.

"Segalanya tentang Windows 10 – pengalaman, menyampaikannya sebagai perkhidmatan dan naik taraf percuma – bermakna Windows 10 bukan sekadar satu lagi produk, tetapi satu perhubungan berterusan – yang akan terus memberi nilai berterusan kepada semua pelanggan kami," kata Terry Myerson, naib presiden eksekutif kumpulan Sistem Pengendalian di Microsoft. "Generasi baharu Windows merupakan satu komitmen – komitmen untuk membebaskan masyarakat daripada teknologi yang rumit dan membolehkan mereka melakukan perkara-perkara hebat."

Windows 10: Menguasakan inovasi, mengilhamkan platform pengkomputeran baharu

Windows 10 menyesuaikan diri kepada peranti yang digunakan pelanggan – daripada Xbox kepada PC dan telefon kepada tablet serta peranti kecil – dan apa yang mereka lakukan dengan pengalaman yang konsisten, biasa dan boleh suai. Windows 10 akan berfungsi dengan lancar merentasi set peranti yang pelbagai – daripada sensor terkecil sebagai sebahagian Internet Perkara, kepada pelayan dalam pusat data perusahaan di seluruh dunia. Sesetengah peranti mempunyai skrin 4 inci, sesetangahnya mempunyai skrin 80 inci dan sesetengahnya tidak mempunyai sebarang skrin. Pada hari Rabu, Microsoft memperkenalkan dua peranti yang akan memperkasakan pelanggan untuk mengalami Windows dalam cara baharu yang hebat.

Windows 10 membuka masa hadapan holografik dengan Microsoft HoloLens

Microsoft berkongsi contoh berevolusi tentang bagaimana Windows 10 membolehkan perpindahan daripada pandangan berpusat mesin tradisional dalam pengkomputeran kepada interaksi yang lebih peribadi dan kemanusiaan. Sebagai platform pengkomputeran holografik pertama dunia, Windows 10 menyertakan set API yang membolehkan pembangun menghasilkan pengalaman holografik dalam dunia nyata. Dengan Windows 10, hologram menjadi aplikasi universal Windows, dan semua aplikasi universal Windows juga dapat berfungsi sebagai hologram – menjadikannya satu kemungkinan untuk menempatkan hologram tiga dimensi dalam dunia fizikal dan membolehkan cara baharu untuk berkomunikasi, mencipta serta meneroka yang lebih peribadi dan bersifat manusia.

Untuk menunjukkan kemungkinan hologram dalam Windows 10, Microsoft memperkenalkan komputer holografik paling canggih di dunia. Microsoft HoloLens merupakan komputer holografik tidak tersambung pertama – tiada wayar, telefon atau sambungan ke PC diperlukan. Microsoft HoloLens menampilkan lensa definisi tinggi holografik lutsinar dan bunyi spasial supaya anda boleh melihat dan mendengar hologram dalam dunia di sekeliling anda. Dilengkapi sensor canggih, sistem generasi akan datang dalam satu cip dan penambahan Unit Pemprosesan Holografik (HPU) serba baharu yang memahami apa yang anda lakukan dan dunia sekeliling anda, Microsoft HoloLens mampu berfungsi tanpa sebarang wayar sambil memproses beberapa terabait data daripada sensor dalam masa nyata.

Dengan menempatkan hologram tiga dimensi dalam dunia sekeliling anda, Microsoft HoloLens menyediakan pandangan baharu kepada realiti anda yang dapat memberitahu apa yang anda lihat dan memahami apa yang anda perkatakan dengan tangan dan suara anda. Dengan meletakkan diri anda di tengah-tengah pengalaman pengkomputeran, Microsoft HoloLens membolehkan anda mencipta, mengakses maklumat, menikmati hiburan dan berkomunikasi dalam cara baharu dan mengujakan.

Microsoft Surface Hub Baharu optimumkan pengalaman Windows 10 untuk kumpulan

Windows 10 menguasakan peranti skrin besar baharu untuk membantu pasukan di tempat kerja berkongsi, mencetus idea dan mencipta bersama. Inovasi perkakasan dalam pendakwatan digital dan berbilang sentuhan, bersama kamera terbina dalam, sensor serta mikrofon, membolehkan Surface Hub memanfaatkan Windows 10, Skype for Business dan Office 365 untuk menyampaikan pengalaman baharu yang direka untuk menjadikan setiap orang – sama ada berjarak jauh atau di tempat yang sama – merasakan mereka berada dalam ruang kolaboratif yang sama. Secara khusus, Surface Hub menampilkan papan putih digital yang canggih; persidangan jarak jauh segera; kemampuan untuk berbilang orang berkongsi dan menyunting kandungan pada skrin dalam computer riba, tablet atau telefon; serta platform dipercayai untuk aplikasi skrin besar. Tersedia dalam dua saiz – 55 inci dan 84 inci – Surface Hub menghapuskan sekatan semasa dalam senario ruang persidangan tradisional untuk menguasakan pasukan menghasilkan kerja  terbaik mereka secara bersama.

Previu Teknikal seterusnya bagi Windows 10 untuk PC akan tersedia kepada ahli Windows Insiders pada minggu hadapan dan buat kali pertama di telefon lewat Februari. Maklumat lanjut tentang Program Windows Insider dan Previu Teknikal boleh didapati di http://preview.windows.com.

Diasaskan pada 1975, Microsoft (Nasdaq "MSFT") merupakan pemimpin dunia dalam perisian, perkhidmatan, peranti dan penyelesaian yang membantu individu serta perniagaan merealisasikan potensi mereka sepenuhnya.

[1] Tertakluk kepada keperluan perisian dan perkakasan. Ketersediaan ciri mungkin berbeza mengikut peranti. Sesetengah edisi terkecuali. Perincian lanjut di http://www.windows.microsoft.com.

[2] Cortana tersedia di beberapa pasaran global semasa pelancaran.

[3] Ciri Xbox Live, termasuk rakaman permainan, hanya tersedia dengan permainan disokong di negara disokong Xbox Live. Lihat http://www.xbox.com/en-US/live/countries. DirectX 12 hanya tersedia dengan cip grafik dan permainan yang disokong. Bilangan permainan yang terhad tersedia pada 2015 menyokong permainan silang peranti; permainan lain bakal menyusul. Strim berbilang pemain daripada Xbox One memerlukan hubungan rangkaian rumah dan keahlian Xbox Live Gold (dijual berasingan); Gold turut diperlukan untuk berbilang pemain pada Xbox One.

Untuk maklumat lanjut tentang Windows 10:
http://news.microsoft.com/windows10story

 

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services