omniture

KAICIID Berkabung atas Kemangkatan Penjaga Dua Masjid Suci: Raja Abdullah - Seorang Pemimpin Dialog Berpandangan Jauh

KAICIID Dialogue Centre
2015-01-26 09:49 117

VIENNA, 26 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Dengan penuh kesedihan, Majlis Parti, Lembaga Pengarah, Setiausaha Agung dan kakitangan Pusat Antarabangsa bagi Dialog Antara Agama dan Budaya Raja Abdullah Bin Abdulaziz menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Arab Saudi atas kehilangan mereka yang tidak dapat digambarkan.

Pada 23 Januari 2015, Duli Yang Maha Mulia, Penjaga Dua Masjid Suci Mekah dan Madinah, telah mangkat. 

Raja Abdullah Bin Abdulaziz merupakan seorang pemimpin agama yang tersohor, seorang penegak keamanan yang komited dan pejuang dialog untuk mendalamkan kefahaman serta rasa hormat dalam kalangan masyarakat yang berbeza agama dan juga budaya.

Sepanjang tempoh tujuh tahun, Baginda telah mengejar wawasannya untuk menubuhkan pusat antarabangsa bagi dialog antara agama dan budaya untuk berfungsi dalam meningkatkan kerjasama, menghormati kepelbagaian, keadilan dan keamanan. Bermula pada 2005, Raja Abdullah Bin Abdulaziz melibatkan sarjana dan pemimpin daripada pelbagai agama untuk mewujudkan wawasan bersama terhadap dialog untuk menghasilkan jalan penghubung antara masyarakat, bagi menangani konflik dan menggalakkan kerjasama antara kumpulan yang pelbagai.

Dalam pertemuan bersejarah mereka pada November 2007. Penjaga Dua Masjid Suci telah berkongsi dengan Yang Mulia Pope Benedict XVI wawasan baginda bagi 'Inisiatif untuk Dialog Antara Agama', yang telah mereka usahakan bersama.

Lima tahun kemudian, pada November 2012, melalui kerjasama intensif antara pemimpin agama dan kerajaan, sebuah Pusat Antarabangsa bagi Dialog Antara Agama dan Budaya telah ditubuhkan. Para pemimpin agama yang terlibat dalam penubuhan pusat itu mencadangkan pusat itu menggunakan nama Raja untuk menghargai peranannya dalam menegakkan keamanan melalui dialog antara agama.

Negara-negara Anggota KAICIID, Austria, Arab Saudi dan Sepanyol, selain Holy See sebagai Pemerhati Pengasas, kini menyokong dan mentadbir Pusat Dialog tersebut bersama Lembaga Pengarah yang mana sembilan ahlinya mewakili lima agama dunia.

Hubungi Pusat Dialog KAICIID:

Peter Kaiser
Ketua Komunikasi
Schottenring 21
1010 Wien
Tel.: +43-1-313-22-411
Tel. Bimbit: +43-664-231-0593
Emel: peter.kaiser@kaiciid.org

Source: KAICIID Dialogue Centre
Keywords: Obituary Religion