omniture

Branch Memperkenalkan Laporan Keadaan Pemasaran Aplikasi Mudah Alih 2025 Dengan Cerapan Utama untuk Pemasar Asia Tenggara

Branch
2024-11-04 10:00 19

PALO ALTO, Calif., 4 November 2024 /PRNewswire/ -- Branch, rakan kongsi penghubung dan pengukuran terkemuka untuk pasukan yang tertumpu kepada pertumbuhan, dengan kerjasama Martechvibe, amat teruja untuk mengumumkan pengeluaran laporan terkini, Keadaan Pemasaran Aplikasi Mudah Alih 2025: Membuka Strategi Pertumbuhan Mudah Alih untuk Pemasar Asia Tenggara. Kajian menyeluruh ini menawarkan cerapan berguna mengenai landskap pemasaran mudah alih di Asia Tenggara, mengetengahkan trend, cabaran dan strategi baharu untuk pertumbuhan mudah alih.

"Masa depan pemasaran aplikasi mudah alih di Asia Tenggara penuh dengan potensi," kata Vidhur Bhagat, Naib Presiden Serantau Branch untuk APAC. "Memandangkan penggunaan mudah alih terus melonjak, perniagaan mengasah strategi masing-masing untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang diperibadikan, selamat dan dipacu data. Laporan ini mengetengahkan keperluan pemasar untuk memberikan tumpuan kepada keterlibatan semula, privasi dan penyebab yang tepat untuk terus berada di hadapan."

Laporan ini berdasarkan tinjauan ke atas lebih 180 peneraju industri dalam sektor kewangan, peruncitan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan dari negara termasuk Indonesia, Singapura, Malaysia, Vietnam, Filipina dan Thailand. Laporan tersebut mendedahkan sejauh mana perniagaan memanfaatkan aplikasi mudah alih untuk memacu keterlibatan pelanggan, pengekalan dan kejayaan jangka panjang.

Dapatan Penting

  • Alatan penyebab mempunyai permintaan yang tinggi, tetapi ketepatan menjadi perkara penting: 74% pemasar aplikasi kini boleh menjejaki metrik keterlibatan pengguna dalam masa nyata, namun 48% responden berkata penyebab yang tepat merupakan cabaran utama pertumbuhan aplikasi mudah alih.
  • Pemasaran pempengaruh menjadi elemen paling berkuasa: 76% responden menggunakan pempengaruh untuk mendapatkan pengguna baharu, dengan 65% mengakui keberkesanan strategi ini dalam memacu keterlibatan dan pengekalan lebih tinggi.
  • Penipuan iklan dan keselamatan menjadi tumpuan utama: 51% perniagaan merancang untuk menambahkan alatan pengesanan penipuan iklan kepada tindanan teknologi masing-masing dan 76% mengutamakan alatan keselamatan dan privasi mudah alih kerana perniagaan berkenaan menghadapi cabaran yang semakin meningkat di sekitar perlindungan data.
  • Bidang pelaburan utama: 55% perniagaan memberikan tumpuan kepada menambahkan alatan pengoptimuman iklan mudah alih kerana permintaan untuk pemberibadian yang lebih besar menjadi semakin meningkat, sementara 76% melihat penyepaduan penyelesaian yang tertumpu kepada privasi sebagai penting untuk strategi masa depan masing-masing.

Muat Turun Laporan Penuh

Untuk menyelami trend yang membentuk pemasaran mudah alih pada tahun 2025 secara lebih mendalam dan seterusnya, muat turun Keadaan Pemasaran Aplikasi Mudah Alih 2025:  Laporan Strategi Pertumbuhan Mudah Alih untuk Pemasar Asia Tenggara.

Maklumat Tentang Branch
Branch adalah rakan penghubung dan pengukuran untuk pasukan yang tertumpu kepada pertumbuhan, dipercayai untuk memaksimumkan nilai strategi digital syarikat yang berkembang. Jenama bertaraf dunia seperti Instacart, Western Union, NBCUniversal, ZocDoc dan Sephora bergantung pada Branch untuk mendapatkan pengguna, mengekalkan pelanggan dan memacu lebih banyak penukaran. Ketahui lebih lanjut di www.branch.io.

Maklumat Tentang Martechvibe
Martechvibe ialah majalah digital global terkemuka dan pihak berkuasa yang dipercayai mengenai teknologi pemasaran dan pengalaman pelanggan. Sebagai sumber yang kerap dicari untuk perusahaan, pemasar, profesional dan jenama CX, Martechvibe memberikan cerapan kritikal tentang penerimagunaan penyelesaian martech dan CX yang berkembang serta membantu para pemimpin membuat keputusan termaklum. Ketahui lebih lanjut di https://martechvibe.com.

BUTIRAN HUBUNGAN:
Paula Mantle
press@branch.io 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/326088/Branch_Logo.jpg?p=medium600

Source: Branch
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Mobile Entertainment Telecommunications Survey, Polls & Research