omniture

e& memperkenalkan kedudukan jenama global baharu yang menjemput dunia untuk "Pergi Lebih Jauh"

e&
2024-11-04 14:31 23

Merealisasikan janji jenama dengan ikon terbesar dunia seperti Jason Statham, Shah Rukh Khan, Lewis Hamilton, Megan Fox, Amina Khalil, Ismail Mattar

ABU DHABI, EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE), 4 November 2024 /PRNewswire/ -- e&, kumpulan teknologi global terkemuka, pada hari ini memperkenalkan kedudukan jenama yang terkini, "Pergi Lebih Jauh," bertujuan menjemput khalayak di seluruh dunia untuk menemui ekosistem perkhidmatan dan penyelesaian berinovatif yang luas. Ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan e& untuk menjadi kuasa teknologi global, mengetengahkan komitmen berani untuk memperkasa orang ramai dan perniagaan bersama rangkaian penuh pengalaman digital, platform dan alatan yang direka bentuk untuk memperkaya kehidupan seharian dan memberikan inspirasi kepada cita-cita.

Hatem Dowidar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, e&, menyatakan kedudukan jenama e& dan berkata: "Kami mahu semua orang tahu perkara yang kami perjuangkan. Kami ialah jenama yang menerajui usaha mendapatkan lebih banyak lagi. Kedudukan jenama baharu kami ialah janji dan pengenalan kami kepada orang ramai untuk 'Pergi Lebih Jauh'—pelanggan, pemegang saham dan diri kami sendiri. Perkara yang menjadi teras ialah kami percaya setiap individu berhak memperoleh masa depan yang penuh dengan kemungkinan—itu yang memacu semangat dan komitmen kami untuk menyampaikan nilai, kualiti dan pemerkasaan melalui setiap interaksi."

Merelisasikan janji jenama melalui kedudukan jenama global

Berhubung dengan khalayak global merentasi budaya dan minat berbeza ialah barisan personaliti yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa, termasuk Jason Statham, Shah Rukh Khan, Lewis Hamilton, Megan Fox, Amina Khalil dan Ismail Mattar. Barisan selebriti yang kaya dengan budaya ini mewakili kesejagatan mesej dan capaian jenama e& merentasi sempadan. Setiap selebriti menarik perhatian dengan segmen kempen tertentu dan demografi khalayak berbeza, menjadikannyatersebar dengan pantas dan meluas secara semula jadi merentasi pelbagai budaya.

Meraikan kuasa ekosistem e&

Portfolio e& yang pelbagai hari ini merangkumi ketersambungan, perkhidmatan digital, hiburan, teknologi kewangan (fintech) dan penyelesaian perusahaan. Dengan pelbagai perkhidmatan dan keupayaan yang meluas, pelanggan menemui lebih banyak cara untuk berhubung dan terhibur, yang didayakan oleh penyelesaian ketersambungan canggih kepada pilihan hiburan yang meriah, alatan kewangan dan penyelesaian mobiliti berinovatif, semuanya direka bentuk untuk memudahkan kehidupan dan meningkatkan pengalaman.

'Pergi Lebih Jauh' memberikan gambaran lebih dekat tentang ekosistem yang kaya, serta mentakrifkan e&, memperkenalkan pelbagai jenama yang dinamik di bawah kumpulan e& yang lebih besar, masing-masing berada pada kedudukan unik untuk memperkaya kehidupan orang ramai, membolehkan perniagaan dan memperkasa komuniti yang khidmat diberikan.

Dowidar menambah, "Kami juga mahu berkongsi kisah '&' dalam nama kami supaya semua orang tahu diri kami, perkara yang kami lakukan, kualiti yang kami tawarkan dan kepelbagaian dan nilai ekosistem kami— peringatan tentang sejauh mana kami telah sampai dan sejauh mana lagi kami yang akan kami lakukan untuk pelanggan kami, memperkaya setiap detik, setiap hari untuk semua orang yang kami bantu, memperkasa mereka untuk mengejar lebih banyak lagi."

Menyampaikan portfolio perkhidmatan yang meluas ke 38 negara di Timur Tengah, Asia, Afrika dan Eropah Tengah dan Timur, e& menyatukan jenama baharu muncul seperti swyp, GoChat dan Onic, dengan memberikan tumpuan kepada penyelesaian digital pertama disesuaikan untuk khalayak yang celik digital, serta mencari fleksibiliti dan kawalan dalam pengalaman komunikasi mereka. Melalui platform seperti STARZPLAY, STARZ ON dan Arena e& life—perkhidmatan permainan sosial berinovatif yang dikuasakan oleh AI—e& menawarkan lebih banyak hiburan dengan pelbagai pengalaman tontonan dan permainan yang berimersif, memenuhi pelbagai pilihan di seluruh jejaknya.

Memahami keperluan yang semakin meningkat untuk lebih mobiliti dengan pengangkutan bandar yang mesra alam dan mudah, e& memenuhi keperluan moden pelanggan mudah alih, mentakrifkan semula cara mereka bergerak di sekitar ruang bandar. Penyelesaian seperti Charge&Go dan Careem menyediakan pilihan yang mudah diakses, mampan dan mudah untuk berulang-alik.

e& menggabungkan inovasi dengan lebih mudah melalui perkhidmatan yang memudahkan dan menambah baik kehidupan harian. Aplikasi Careem Everything, Smiles, e& money dan WIO menyediakan penyelesaian lancar untuk membeli-belah, transaksi kewangan, ganjaran kesetiaan dan kewangan peribadi kepada orang ramai.

Melalui portfolio yang mantap terdiri daripada e& enterprise, Help AG, Bespin Global dan WIO, e& terus memberikan lebih banyak penyelesaian perniagaan dengan perkhidmatan canggih dalam keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembayaran digital dan pembuatan keputusan yang dipacu AI, memperkasa perniagaan untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.

Bersama-sama, jenama ini membentuk ekosistem berkuasa yang menjadi tulang belakang komitmen e& terhadap inovasi berterusan, memperkasa pelanggan untuk melakukan dan mencapai lebih banyak dalam setiap aspek kehidupan. Melalui kedudukan baharu 'Pergi Lebih Jauh', e& menunjukkan sejauh mana ekosistem ini menambah nilai di samping mencipta perjalanan kemungkinan yang tidak berkesudahan untuk semua orang yang dibantu.

Menangkap legasi inovasi

Sejak permulaan sebagai penyedia telekomunikasi pertama Emiriah Arab Bersatu pada tahun 1976, e& telah terus berkembang maju dan secara tekal mengutamakan inovasi dan kemajuan. Kedudukan jenama "Pergi Lebih Jauh" menangkap legasi pertumbuhan ini yang mendorong transformasi e& kepada kumpulan teknologi global, memperkukuh dedikasi kumpulan untuk menyampaikan penyelesaian masa depan yang memperkasa pelanggan dan perusahaan di seluruh dunia.

"Dengan kedudukan jenama ini, kami menjemput orang ramai untuk meneroka dan mencari lebih banyak perkara dalam kehidupan, serta sentiasa menjangkakan lebih banyak daripada kami sambil kami terus membina kisah jenama kita dengan setiap titik sentuh dan pengalaman," Dowidar membuat kesimpulan.

Kempen baharu ini dilancarkan pada hari Jumaat, 1 November dan merangkumi elemen luaran, digital dan sosial. Pautan

Butiran Hubungan: Nancy Sudheer (Pengurus Kanan di e& nsudheer@eand.com

Video - https://youtube.com/watch?v=DnrBh7PsQLc 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2547580/e_and_Go_for_More.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2458295/4998185/e_and_Logo.jpg?p=medium600

e& unveils new global brand positioning inviting the world to “Go for More”
e& unveils new global brand positioning inviting the world to “Go for More”

 

Source: e&
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Corporate Expansion New products/services