omniture

Trinasolar diberi penghormatan dengan Anugerah Kepimpinan Rantaian Bekalan Hijau Bureau Veritas

TrinaTracker
2024-11-05 11:16 26

SHANGHAI, 5 November 2024 /PRNewswire/ -- Trinasolar telahpun diberi penghormatan dengan Anugerah Kepimpinan Rantaian Bekalan Hijau oleh Bureau Veritas, penyedia bagi perkhidmatan ujian, pemeriksaan dan pensijilan yang disegani di peringkat global, bagi mengiktiraf komitmennya untuk menyepadukan prinsip hijau merentas seluruh pengurusan rantaian bekalan dalam perniagaan penjejak solarnya. Bermula daripada penyumberan bahan kepada penghantaran produk akhir, Trinasolar memudahkan transformasi hijau bagi syarikat-syarikat huluan dan juga hiliran. Menggunakan teknologi inovatif, ia berusaha untuk meningkatkan kecekapan sumber dan meminimumkan pencemaran alam sekitar, seterusnya memberi sumbangan besar kepada amalan mampan dalam industri ini.

Trinasolar honored with Bureau Veritas Green Supply Chain Leadership Award
Trinasolar honored with Bureau Veritas Green Supply Chain Leadership Award

Bureau Veritas ialah penentusah bertauliah untuk Mekanisme Pembangunan Bersih Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Sistem Perdagangan Emisi Karbon Eropah. Anugerah ini mengiktiraf pelaksanaan komprehensif strategi rendah karbon Trinasolar.

Trinasolar komited untuk mendorong masa depan lestari dan telah mewujudkan sistem karbon sifar yang merangkumi semua operasi, rantaian nilai serta produknya. Syarikat ini menyasarkan untuk mencapai keneutralan karbon merentas operasi globalnya menjelang tahun 2030.

TrinaTracker, subsidiari Trinasolar dan salah satu pembekal penjejak solar yang terkemuka di dunia, merupakan pelopor dalam mewujudkan sistem karbon sifar, memfokuskan untuk mencapai emisi rendah karbon dalam operasi dalamannya dan mengurangkan emisi melalui rakan kongsi rantaian bekalannya serta meminimumkan emisi gas rumah hijau.

Wu Xiao, Ketua Kawalan Risiko dan Pengurusan ESG di Trinasolar, berkata mengenai anugerah ini: "Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan oleh Bureau Veritas terhadap pencapaian kami dalam mengurangkan emisi karbon dan menerusi usaha kami untuk membimbing rantaian bekalan dalam penyahkarbonan. Mengurangkan emisi karbon merupakan keutamaan tertinggi dalam inisiatif pembangunan ESG Trinasolar. Sebagai salah satu bidang perniagaan teras syarikat, penjejak memainkan peranan penting tatkala kami bekerjasama dengan rakan kongsi huluan dan hiliran untuk menggalakkan pembangunan rendah karbon dan memacu transformasi hijau. Melalui inisiatif ini, syarikat telah memperoleh pengalaman praktikal yang berharga dalam mengoptimumkan pengurusan rantaian bekalan hijaunya. Ini akan dapat meningkatkan daya saing global Trinasolar sekali gus membina ekosistem hijau dipacu ESG yang mantap."

Di Sidang Kemuncak Kelestarian Hijau yang dianjurkan oleh Bureau Veritas Certification di Shanghai pada 18 Oktober, pemimpin dan pakar daripada syarikat-syarikat termasuk Trinasolar, Alibaba, JD Logistics, Lenovo Group dan Parker Hannifin membincangkan pembangunan ESG, operasi rendah karbon dan produk. Wu Xiao, mewakili Trinasolar, memaklumkan perancangan strategik dan pencapaian syarikat ini dalam ESG. Berusaha dengan peraturan ESG global yang sedang berkembang menjadi satu cabaran yang besar kerana Trinasolar mengeksport produknya ke lebih 160 negara dan syarikat ini menerapkan pembangunan ESG ke dalam strategi jangka panjangnya dan sedang berusaha untuk membangunkan piawaian ESG antarabangsa, katanya.  

Source: TrinaTracker
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Awards Supply Chain/Logistics Cision Influencer List - ESG