SYDNEY, 5 November 2024 /PRNewswire/ -- Broker yang diasaskan di Australia, FP Markets , semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dengan memenangi anugerah 'Broker Paling Dipercayai - Global', 'Broker Terbaik - Asia' dan 'Broker Paling Pesat Berkembang - LATAM' di Gala Anugerah Tahunan Finance Magnates (FMAA) yang pertama. Acara ini telah diadakan pada hari Rabu, 23 Oktober, di Lemon Park Venue di Nicosia, Cyprus.
FP Markets Secures Three Major Honours at the Inaugural Finance Magnates Annual Award Gala
Dikuasakan oleh Amazon Web Services (AWS), FMAA 'memberikan penghargaan tahap tertinggi inovasi dan kecemerlangan dalam fintech, Forex, pembayaran dan platform perdagangan'. Para pemenang anugerah ditentukan melalui dua proses: pengundian dalam talian yang boleh diakses oleh profesional industri dan komuniti perdagangan global, serta panel hakim yang terkemuka. Yang menarik, broker Forex dan CFD pelbagai aset global FP Markets adalah satu-satunya syarikat yang membawa pulang tiga FMAA pada malam tersebut.
Ketua Pemasaran Global FP Markets, Andria Phiniefs, mengulas, "Dicalonkan bersama beberapa nama terbesar dalam industri ialah satu penghormatan yang amat besar. Meraih tiga anugerah melalui undian daripada komuniti perdagangan global dan pihak berkepentingan industri adalah pencapaian yang signifikan untuk pasukan kami. Pengiktirafan ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus mengejar misi kami, yang kami mulakan hampir dua dekad yang lalu: untuk menjadi broker pilihan dan yang paling dipercayai bagi pedagang di seluruh dunia".
FP Markets terus memanfaatkan peluang di luar pasaran yang sedia ada, sambil mengekalkan standard kualiti produk dan perkhidmatan yang konsisten untuk pelanggan di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada ulang tahun kedua puluh broker tersebut tahun depan, komuniti pelaburan juga boleh mengharapkan kemajuan dan kemas kini teknologi perdagangan yang lebih lanjut.
Catatan kepada Editor
Maklumat Tentang FP Markets:
- FP Markets ialah Broker Tukaran Mata Wang Asing dan CFD Berbilang Kawal Selia dengan lebih 19 tahun pengalaman industri.
- Syarikat ini menawarkan sebaran Tukaran Mata Wang Asing antara bank yang sangat berdaya saing bermula daripada 0.0 pip.
- Pedagang boleh memilih daripada platform perdagangan dalam talian terkemuka kami yang canggih, termasuk Aplikasi Mudah Alih FP Markets, MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader, cTrader, Iress dan TradingView.
- Perkhidmatan pelanggan berbilang bahasa syarikat untuk 24/7 yang cemerlang itu telah diiktiraf oleh Investment Trend dan dianugerahkan 'Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Secara Keseluruhan' selama lima tahun berturut-turut.
- FP Markets telah dianugerahkan 'Broker Nilai Terbaik - Global' untuk enam tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021, 2022, 2023, 2024) di Anugerah Forex Global.
- FP Markets telah dianugerahkan 'Broker Terbaik – Eropah' dan 'Program Rakan Forex Terbaik – Asia' di Anugerah Forex Global (2022, 2023, 2024).
- FP Markets dianugerahkan 'Pelaksanaan Dagangan Terbaik', dan 'Broker Paling Dipercayai' dan 'Pelaksanaan Dagangan Terbaik' semasa majlis Anugerah Teknologi Kewangan Terunggul masing-masing pada tahun 2022 dan 2023.
- FP Markets dinobatkan sebagai 'Broker CFD Terbaik di Afrika' di Anugerah FAME 2023.
- FP Markets dianugerahkan 'Pelaksanaan Dagangan Terbaik' dan 'Broker Paling Telus' di APAC Anugerah Teknologi Kewangan Terunggul 2023 (Ultimate Fintech Awards APAC 2023).
- FP Markets diberikan Anugerah Pelaksanaan Harga Terbaik di Anugerah Brokersview 2024, Singapura.
- FP Markets dianugerahkan 'Pengalaman Perdagangan Terbaik - Afrika' di Anugerah FAME 2024.
- FP Markets dianugerahkan 'Broker Paling Telus' dan 'Suasana Perdagangan Terbaik' di semasa majlis Anugerah Teknologi Kewangan Terunggul Global 2024.
- FP Markets telah dianugerahkan 'Spread Forex Terbaik APAC' dan 'Pengalaman Perdagangan Terbaik APAC' di Sidang Kemuncak Finance Magnates Pacific 2024.
- Kehadiran pengawalseliaan FP Markets termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), Pihak Berkuasa Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA) Afrika Selatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) Mauritius, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (CySEC), Suruhanjaya Sekuriti Bahamas (SCB) dan Pihak Berkuasa Pasaran Modal (CMA) Kenya.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk dan perkhidmatan FP Markets yang komprehensif, layari https://www.fpmarkets.com/
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1574261/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2548001/FP_Markets_gala.jpg?p=medium600