omniture

Digital Realty Mengembangkan Ketersambungan Global dengan Perkongsian Strategik di Asia Pasifik untuk Memacu Inovasi AI dan Infrastruktur Digital Sedia Masa Depan

Digital Realty
2024-11-06 04:58 8

StarHub, KINX Inc. (Korea Internet Neutral eXchange) dan ARTERIA Networks meluaskan jangkauan perkhidmatan kepada khalayak global melalui ServiceFabric™, platform perancangan perkhidmatan Digital Realty

SINGAPURA, 6 November 2024 /PRNewswire/ -- Digital Realty (NYSE: DLR), penyedia pusat data neutral awan dan pembawa global terbesar, penyelesaian kolokasi dan saling sambung, pada hari ini mengumumkan momentum berterusan di Asia Pasifik ServiceFabric™, platform perancangan perkhidmatan yang saling menghubungkan peserta, aplikasi, awan dan ekosistem aliran kerja dengan lancar di PlatformDIGITAL®, platform pusat data global syarikat.

Kini, lebih 30 rakan kongsi Asia Pasifik disenaraikan dalam Direktori Perkhidmatan, pasaran pusat yang membolehkan rakan kongsi Digital Realty mengetengahkan tawaran serta meluaskan jangkauan masing-masing ke perusahaan global dan berkembang ke pasaran baharu, mencecah lebih 5,000 pelanggan Digital Realty. Di seluruh dunia, lebih daripada 220 perkhidmatan kini tersedia dalam Direktori Perkhidmatan, termasuk akses kepada penyelesaian rakan kongsi Pertukaran AI Persendirian (AIPx) Digital Realty, apabila kami terus menambahkan rakan kongsi baharu ke platform ini. Di samping itu, sambungan selamat dan terus Digital Realty ke hampir 250 awan global di atas tanjakan mewujudkan ekosistem yang cergas untuk saling sambung dan kerjasama yang lancar.

Rakan kongsi baharu Asia Pasifik kini tersedia dalam Direktori Perkhidmatan termasuk StarHub, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Singapura; KINX Inc. (Korea Internet Neutral eXchange) yang mengendalikan pertukaran internet berasaskan lapisan-2 terbesar di Korea Selatan; dan ARTERIA Networks, pembawa telekomunikasi tertumpu perusahaan terkemuka di Jepun.

Memandangkan perusahaan di Asia Pasifik ingin menggunakan aplikasi AI persendirian yang bergantung pada kependaman rendah dan pertukaran data persendirian, platform saling sambung dan perancangan terbuka adalah kritikal. Melalui ServiceFabric™, pelanggan kini boleh mencari, mengakses dan menguruskan ketersambungan dan penyelesaian digital dengan mudah dari penyedia perkhidmatan seperti StarHub, KINX, dan ARTERIA Networks. Persekitaran terbuka dan kolaboratif ini memperkasa perniagaan untuk membina dan merancang penyelesaian ideal masing-masing, berskala besar dengan yakin dan mudah mengendalikan beban kerja yang mencabar.

Melalui keupayaan 'Klik untuk Sambung' Direktori Perkhidmatan, pelanggan Digital Realty boleh merancang dan mengautomasikan sambungan atas permintaan kepada perkhidmatan yang diperlukan, memperkemas aliran kerja dengan ketara dan menyingkir langkah konfigurasi manual. Ini juga membolehkan pelanggan menjana kunci perkhidmatan selamat, memberikan akses terkawal kepada sumber dan rakan kongsi dengan parameter keselamatan yang boleh disesuaikan, serta mengautomasikan aliran kerja kelulusan dan memudahkan sambungan ke Direktori Perkhidmatan, membuka jalan untuk ketersambungan yang lancar.

Petikan:

Govind Choudhary, Naib Presiden, Pembangunan Strategi & Perniagaan, Asia Pasifik, Digital Realty berkata: "Kami amat gembira dengan momentum berterusan platform ServiceFabric™ kami di Asia Pasifik. Platform terbuka, dengan ekosistem serba boleh dan bersambung dengan baik yang terus berkembang, menyediakan pelanggan kami dengan persekitaran dinamik yang memperkasa syarikat masing-masing untuk berinovasi dengan lebih bebas, menyesuaikan diri dengan pantas kepada perubahan global dan mengoptimumkan strategi AI. Dengan menyediakan pilihan dan ketersambungan global, kami membantu pelanggan kami mempercepat masa ke pasaran dan memaksimumkan daya saing masing-masing."

Tan Kit Yong, Ketua Kumpulan Perniagaan, StarHub, berkata: "Di StarHub, kami memahami bahawa dalam era yang dipacu AI, kependaman yang rendah jauh melangkaui kelajuan semata-mata. Ini ialah berkenaan mengoptimumkan penghalaan data, topologi rangkaian dan mengurangkan bilangan peranti yang terpaksa dilalui antara nod. Dengan meminimumkan kependaman, kami memastikan pembuatan keputusan yang lebih cepat dan respons segera yang penting untuk aplikasi AI seperti pembelajaran mesin, operasi berautonomi dan analisis masa nyata. Ini amat penting untuk tugasan yang sensitif terhadap masa, terutamanya yang merangkumi persekitaran hibrid, serta menyepadukan rangkaian awam dan swasta. Melalui ketersambungan kependaman rendah lanjutan kami di lokasi Digital Realty di Singapura, yang dikuasakan oleh ServiceFabric™, kami membolehkan sambungan terus antara dua rangkaian tanpa menggunakan internet awam yang lancar dan transit data yang sangat cekap. Ini membolehkan pelanggan Digital Realty memanfaatkan infrastruktur StarHub yang teguh untuk AI dan beban kerja syarikat yang paling mencabar."

KwanWoo Kim, Pengarah, Strategi Perniagaan Global, Korea Internet Neutral eXchange, berkata: "Di KINX, kami memberikan tumpuan kepada saling bersambung penyedia perkhidmatan internet Korea dan global, penyedia awan dan perusahaan untuk mencapai matlamat kami sebagai penyedia penyelesaian sehenti. Direktori Perkhidmatan ServiceFabric™ menyediakan platform unik yang memperkasa pelanggan Digital Realty untuk menyambungkan KINX dan perkhidmatan CloudHub® dengan lancar—platform ketersambungan awan terbesar Korea. Perkongsian ini akan merapatkan jurang antara pasaran Korea dan global, membolehkan pelanggan perusahaan ICN10 mewujudkan sambungan persendirian yang selamat ke penyedia awan utama di Korea, serta pelanggan KINX untuk bersambung dengan rantau awan global. Kami amat teruja tentang peluang ini yang bertujuan meningkatkan ketersambungan dan memacu inovasi."

Tatsuya Ohkubo, Naib Presiden, Bahagian Perniagaan Korporat, ARTERIA Networks , berkata: " Direktori Perkhidmatan ServiceFabric™ membolehkan perniagaan mengakses dan menggunakan perkhidmatan awan dan ketersambungan dengan cara terbuka dan dinamik. Kami amat teruja yang perkhidmatan ARTERIA Networks kini bukan sahaja akan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan Digital Realty di Jepun tetapi akan mempunyai jangkauan global, termasuk ketersambungan yang teguh antara Jepun dan Kanada melalui Topaz, kabel di dasar laut pertama di dunia yang menyambungkan Jepun dan Kanada secara terus."

Maklumat Tentang Digital Realty

Digital Realty menghimpunkan syarikat dan data dengan menyampaikan spektrum penuh pusat data, penyelesaian kolokasi dan saling sambung. PlatformDIGITAL®, platform pusat data global syarikat, menyediakan pelanggan dengan tempat pertemuan data selamat dan metodologi penyelesaian Seni Bina Pusat Data Pervasif (PDx®) yang terbukti untuk memperkasa inovasi dan menguruskan cabaran Graviti Data dengan cekap. Digital Realty memberikan pelanggan akses kepada komuniti data bersambung yang penting bagi mereka dengan jejak pusat data global terdiri daripada 300+ kemudahan di 50+ metro merentasi 25+ negara di enam benua. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Digital Realty, sila kunjungi digitalrealty.com atau ikuti kami dalam LinkedIn dan X.

Untuk Maklumat Tambahan

Hubungan Media
Sin Huay Ho
Digital Realty
+65 8125 8380
shho@digitalrealty.com 

Perhubungan Pelabur
Jordan Sadler / Jim Huseby
Digital Realty
+1 415 275 5344
InvestorRelations@digitalrealty.com 

Pernyataan Perlindungan Selamat

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan pandang ke hadapan yang berdasarkan jangkaan semasa, ramalan dan andaian yang melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan besar, termasuk strategi syarikat, pasaran Asia Pasifik, ServiceFabric™ dan Direktori Perkhidmatan, peranan kecerdasan buatan dan permintaan pelanggan. Untuk senarai dan huraian risiko dan ketidakpastian tersebut, lihat laporan dan pemfailan lain oleh syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Amerika Syarikat. Syarikat menafikan apa-apa niat atau kewajipan untuk mengemas kini atau meminda mana-mana pernyataan pandang ke hadapan secara terbuka, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa pada masa akan datang atau sebaliknya.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1930428/Digital_Realty_Black_Logo.jpg?p=medium600

Source: Digital Realty
Related Stocks:
NYSE:DLR
Keywords: Commercial Real Estate Computer Networks Computer/Electronics Real Estate Telecommunications Asian-related news Corporate Expansion