omniture

Comviva dinobatkan sebagai Rakan Kongsi Saluran rasmi untuk Get Laluan Terbuka GSMA

Comviva
2024-11-06 07:04 30

Program saluran strategik untuk mempercepat penerimagunaan API dan memacu impak digital

NEW DELHI, 6 November 2024 /PRNewswire/ -- Comviva, peneraju global dalam penyelesaian pengalaman pelanggan dan penjanaan pendapatan data, pada hari ini mengumumkan pengiktirafan rasmi sebagai Rakan Kongsi Saluran Get Laluan Terbuka GSMA, membuka jalan untuk perkhidmatan digital generasi akan datang. Pencapaian ini meletakkan Comviva dalam kalangan kumpulan syarikat terpilih di barisan hadapan pergerakan global untuk menerajui standard Get Laluan Terbuka. 

Inisiatif Get Laluan Terbuka GSMA menyasarkan untuk mempercepat penerimagunaan API Rangkaian, membolehkan penyepaduan lancar antara pengendali mudah alih dan pembangun pihak ketiga. Ini dicapai melalui API perkhidmatan arah utara yang biasa — disokong oleh Projek CAMARA — yang mendedahkan keupayaan rangkaian pengendali mudah alih dalam rangka kerja yang tekal, saling kendali dan bersekutu.

Platform NGAGE CNPaaS Comviva menawarkan 16 API yang diperakui CAMARA merentasi 8 keluarga API, menyokong pelbagai kes penggunaan merentasi berbilang industri. Ini sejajar dengan gabungan telekomunikasi baru-baru ini dan dorongan untuk mendedahkan, serta menjual API Rangkaian, memastikan penyepaduan rangkaian yang lancar untuk penerimagunaan perusahaan.

"Kami amat berbesar hati kerana diiktiraf sebagai Rakan Kongsi Saluran Get Laluan Terbuka GSMA rasmi," kata Deshbandhu Bansal, Ketua Pegawai Operasi, RevTech Solutions di Comviva. "Perkongsian ini sejajar dengan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian terkini kepada pelanggan kami dan memacu inovasi dalam industri mudah alih. Melalui kerjasama rapat dengan GSMA, kami boleh memastikan bahawa pelanggan kami mempunyai akses kepada teknologi API yang paling canggih dan andal." 

Henry Calvert, Ketua Rangkaian, GSMA, mengulas, "Kami amat gembira untuk mengalu-alukan Comviva sebagai Rakan Kongsi Saluran Get Laluan Terbuka GSMA rasmi. Kepakaran dan komitmen syarikat tersebut terhadap standard terbuka akan memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan dan kejayaan inisiatif ini. Kami berharap dapat bekerjasama bagi memacu inovasi dan mencipta peluang baharu untuk industri ini." 

Dengan inisiatif Get Laluan Terbuka GSMA yang mendapat momentum, Comviva berada pada kedudukan yang baik untuk membantu pelanggan memanfaatkan peluang yang disampaikan oleh teknologi baharu yang menarik ini. Dengan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman, Comviva menyasarkan untuk membantu pelanggan membangunkan perkhidmatan baharu berinovatif, menambah baik kepuasan pelanggan dan memacu pertumbuhan pendapatan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Sundeep Mehta
DGM, PR & Komunikasi Korporat Global
E-mel: sundeep.mehta@comviva.com
No. Telefon Bimbit: +91-9910030732

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/995982/4760440/Comviva_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Comviva
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements Data Analytics