omniture

ROYAL CANADIAN MINT MERAIKAN MASYARAKAT, TRADISI DAN TANAH INUIT NUNANGAT PADA SYILING PERINGATAN $2 TERBARU

Royal Canadian Mint (RCM)
2024-11-06 21:56 9

OTTAWA, ON, 6 November 2024 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint mengeluarkan syiling edaran peringatan $2 yang baharu sebagai jemputan kepada semua penduduk yang tinggal di Kanada untuk meraikan Inuit Nunangat. Syiling ini juga merupakan jemputan untuk mengenali lebih dekat cara hidup dan budaya unik masyarakat Inuit yang berkembang maju di tanah air luas mereka di utara. Buat pertama kali untuk syiling edaran Kanada, empat artis berbeza, masing-masing mewakili salah satu daripada empat wilayah Inuit Nunangat, telah bekerjasama dalam mereka bentuk bahagian belakang syiling. Pada syiling tersebut, perpaduan Inuit disimbolkan melalui perwakilan bersama empat artis tentang kisah Nuliajuk, semangat laut, serta dengan adanya ulu yang mewakili setiap kediaman mereka di tanah air Inuit.  Syiling ini akan mula diedarkan bermula hari ini.

"Kisah Nuliajuk adalah salah satu yang paling penting dalam budaya Inuit, dan kami teruja bahawa kini beliau akan dihormati dalam mata wang Kanada, seperti mana kami telah menghormatinya dalam hati dan imaginasi kami sejak dahulu kala. Tahniah atas reka bentuk yang cantik oleh Mary Okheena, Charlotte Karetak, Thomassie Mangiok dan Tegan Voisey. Kami juga berbangga dengan kerja ini melalui kerjasama dengan Royal Canadian Mint, yang telah bekerjasama dengan Inuit dalam projek ini secara tulus dan penuh hormat," kata Natan Obed, Presiden Inuit Tapiriit Kanatami.

"Menjalani jalan perdamaian termasuk menghormati sumbangan budaya yang kaya daripada Orang Asli," kata Yang Berhormat Chrystia Freeland, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. "Inuit telah lama menjadikan Utara sebagai rumah mereka sejak zaman dahulu, dan adalah wajar bahawa syiling toonie yang telah lama memaparkan beruang kutub ikonik sebagai simbol Artik kini akan berkongsi budaya Inuit yang kaya dan cara hidup yang unik di Inuit Nunangat dengan semua rakyat Kanada."

Karya seni yang terdapat pada bahagian belakang duit syiling edaran $2 tahun 2024 yang meraikan Inuit Nunangat (ᐃᓄᐃᑦ ᓄᓇᖓᑦ) ialah ciptaan Tegan Voisey (Makkovik, Nunatsiavut), Thomassie Mangiok (Ivujivik, Nunavik), Charlotte Karetak (Arviat, Nunavut) dan Mary Okheena (Ulukhaktok, Kawasan Penempatan Inuvialuit). Bahagian teras dalaman duit syiling menampilkan imej Nuliajuk, semangat laut, yang memakai atigi (jaket parka), dan mengikut arah jam dari Nuliajuk ialah seekor walrus, dua ikan paus beluga, seekor anjing laut dan seekor ikan char Artik. Di sebelah kanan lingkaran luar terdapat empat tafsiran seni berbeza tentang uluit (pisau), yang bentuknya diambil daripada bentuk tradisional uluit yang ditemui di setiap wilayah, dan yang bertindak sebagai tandatangan setiap artis. Tulisan "Inuit Nunangat" tertera di sebelah kiri.  Bahagian depan syiling menampilkan gambar potret DYMM Baginda Raja Charles III, karya artis Kanada Steven Rosati.

Maklumat lanjut tentang maksud reka bentuk ini dan kisah Inuit Nunangat boleh didapati di www.mint.ca/IN.

"Kami berterima kasih kerana telah diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Inuit Tapiriit Kanatami dan empat artis Inuit yang berbakat untuk meraikan Inuit Nunangat pada syiling edaran yang baharu," kata Marie Lemay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint."Bekerjasama dengan komuniti untuk menceritakan kisah mereka ialah cara kami di Royal Canadian Mint berusaha untuk melibatkan semua orang yang tinggal di Kanada, dan kami berbesar hati untuk berkongsi kisah Inuit di seluruh pelosok dunia dengan meraikan Inuit Nunangat dengan cara ini."

Terhad kepada pengeluaran tiga juta syiling, dua juta daripada syiling akan dikeluarkan dengan warna, syiling edaran $2 baharu ini akan mula diedarkan pada 7 November. Keluaran ini akan sampai kepada rakyat Kanada melalui baki wang syiling mereka apabila cawangan bank dan perniagaan mengisi semula inventori syiling $2 mereka.

Syiling edisi terhad yang berwarna dan tidak berwarna juga tersedia dalam gulungan pembalut khas edisi terhad sebanyak 15,000 gulungan berwarna dan 10,000 gulungan tidak berwarna, masing-masing mengandungi 25 syiling yang belum digunakan, dijual pada harga $79.95 CAD.

Koleksi ini boleh ditempah mulai hari ini dengan menghubungi Royal Canadian Mint di nombor 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di Amerika Syarikat, atau dalam talian di www.mint.ca. Koleksi ini juga tersedia di butik Royal Canadian Mint di Winnipeg, serta melalui rangkaian pengedar dan pengedar global Mint, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Imej syiling edaran dan produk pengumpul boleh didapati di sini.

Maklumat Tentang Royal Canadian Mint

Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk penempaan dan pengedaran duit syiling peredaran Kanada. Mint ialah satu daripada tempat penempaan terbesar dan paling serba guna di dunia, menghasilkan duit syiling pengumpul yang memenangi anugerah, produk jongkong terkemuka pasaran, serta penghormatan tentera dan awam Kanada yang berprestij.  Sebagai penapis Senarai Penghantaran Baik London dan COMEX yang sudah bertapak, Mint juga menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penapisan emas dan perak terbaik seumpamanya.  Sebagai organisasi yang berusaha menjaga alam sekitar dengan lebih baik, memupuk tempat kerja yang selamat dan terangkum, serta memberikan impak positif kepada komuniti di tempat syarikat beroperasi, Mint mengintegrasikan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam setiap aspek operasi. 

Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatan Mint, layari www.mint.ca.  Ikuti Mint di LinkedIn, Facebook dan Instagram.

Maklumat Inuit Tapiriit Kanatami

Inuit Tapiriit Kanatami (ITK) ialah organisasi wakil nasional bagi 70,000 Inuit di Kanada, yang mana kebanyakan daripada mereka tinggal di 51 komuniti yang tersebar di empat wilayah Inuit iaitu Wilayah Penempatan Inuvialuit, Nunavut, Nunavik dan Nunatsiavut, yang membentuk tanah air Inuit. Inuit Nunangat merangkumi lebih daripada 40 peratus daripada kawasan daratan Kanada dan lebih daripada 72 peratus daripada garis pantai. ITK mewakili hak dan kepentingan Inuit di peringkat nasional melalui struktur tadbir urus demokratik yang mewakili semua wilayah Inuit. ITK memperjuangkan dasar, program dan perkhidmatan untuk menangani isu sosial, budaya, politik, dan alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat kami.

Untuk maklumat lanjut, media diminta menghubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Royal Canadian Mint, Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca 

 

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Keywords: Banking/Financial Service Native American New products/services DEI Page