THOROFARE, New Jersey, 7 November 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu pembekal yang terkemuka bagi label RFID kepada industri peruncitan dan logistik, Checkpoint Systems dengan gembiranya mengumumkan bahawa kami merupakan salah satu pengeluar pertama yang mendapat tatahan RFID diperakui ARC yang dipasang dengan cip Impinj siri M800 serba baharu.
Dalam siri M800
Cip tag RAIN RFID M830 dan M850 Impinj dianggap sebagai teknologi RFID generasi seterusnya dan mempunyai alasan yang kukuh untuk anggapan ini. Cip serba baharu ini memberikan kebolehbacaan yang dipertingkat dan kepekaan yang lebih baik. Ia mempunyai penggunaan kuasa 30 peratus lebih rendah dan jejak yang kecil, menjadikannya sesuai digunakan pada kasut, pakaian, barangan am dan banyak lagi.
Siri M800 juga menggunakan 'Impinj Protected Mode,' yang melindungi privasi pengguna dan meningkatkan keupayaan pembayaran sendiri dan pencegahan kerugian runcit.
Checkpoint dan siri M800 – padanan yang benar-benar sesuai dengan RFID
Cip yang sangat maju layak mendapat tatahan yang sama maju. Justeru itu, Checkpoint memasang cip M800 Impinj ke dalam rangkaian tatahan RFID yang serba boleh, termasuk Vortex yang popular dalam kalangan peruncit dan Tyfung yang direka khas untuk logistik, antara lain dan memperoleh pensijilan ARC dalam pelbagai spesifikasi daripada makmal RFID di Auburn University.
Kini, apabila pelanggan Checkpoint memilih tatahan yang mempunyai cip siri M800, mereka boleh berasa yakin bahawa mereka akan mendapat teknologi RAIN RFID yang terkini, lengkap dengan pensijilan ARC.
Terokai portfolio RFID
Inge Fleuren, Pengurus Penyelesaian Produk Global RFID oleh Checkpoint Systems, berkata:
"Memperoleh pensijilan ARC yang diiktiraf oleh industri untuk siri M800 Impinj menunjukkan komitmen kami untuk terus mendahului persaingan yang berkaitan dengan inovasi dan keyakinan pelanggan. Pelanggan Checkpoint mengharapkan prestasi tinggi dan teknologi yang terkemuka dalam industri dan kami akan sentiasa berusaha untuk memberikannya kepada mereka.
Pemasangan dan pengujian yang pantas terhadap tatahan ini merupakan bukti keupayaan kolaboratif pasukan kami di seluruh Eropah, China dan AS. Pencapaian ini merupakan usaha global dan kami berharap pelanggan kami akan berasa gembira dengan tawaran baharu ini."
Selamat datang ke peruncitan generasi akan datang
Dengan menggabungkan cip M800 Impinj baharu dengan pensijilan ARC sebagai sebahagian daripada tatahan pilihan mereka, pelanggan Checkpoint boleh meneruskan perjalanan menuju inovasi perniagaan dan runcit generasi akan datang. Ini termasuk pembayaran yang lancar, ruang runcit pengalaman pelan terbuka dan penjejakan aset melalui rantaian bekalan dan jagaan dengan RFID berprestasi tinggi.
Pertemuan antara peruncitan fizikal dan digital mungkin semakin meningkat, namun peruncit boleh berasa yakin bahawa Checkpoint serba lengkap untuk membantu mereka menghadapi masa depan runcit dengan yakin.
Latar Belakang Checkpoint Systems
Checkpoint Systems, sebahagian daripada CCL Industries, ialah peneraju global bagi pencegahan kerugian dipacu RFID/RF, kawalan inventori & kebolehkesanan, penjenamaan, pengurusan rantaian bekalan dan penyelesaian kecerdasan data perniagaan. Kepakarannya selama lebih 50 tahun berada di sebalik gabungan unik antara SaaS berasaskan awan, perkakasan terhubung, label dan tag yang menawarkan penyelesaian pintar yang membawakan kejelasan dan kecekapan kepada syarikat-syarikat, dari sumber ke kedai.