omniture

XtalPi dan Sinar Mas Multiartha Lancar Perkongsian Strategik Revolusikan AI Seluruh Asia-Pasifik

XtalPi Inc.
2024-11-08 08:49 24

SINGAPURA, 8 November 2024 /PRNewswire/ -- XtalPi (2228.HK) mengumumkan satu perkongsian strategik bersama syarikat berpengaruh Indonesia, diterajui oleh salah satu tonggak perniagaannya yang terkemuka Sinar Mas Multiartha. Kolaborasi yang penting ini dijangka akan mentransformasikan masa depan kecerdasan buatan (AI) dan robotik di seluruh rantau Asia-Pasifik. Dengan membentuk usaha sama yang bercita-cita tinggi, perikatan ini akan mengintegrasikan keupayaan penyelidikan AI dan robotik XtalPi yang canggih dengan jangkauan industri Sinar Mas Group yang luas, bagi menyediakan persekitaran untuk revolusi komersial dan teknologi.

Sinar Mas Group, salah satu konglomerat Indonesia yang paling berpengaruh dan terpelbagai, mengekalkan kehadiran yang menarik perhatian merentas sektor-sektor seperti penjagaan kesihatan, perlombongan, tenaga boleh baharu, logistik, barangan pengguna, bahan kimia dan perkhidmatan kewangan. Dengan rantaian bekalan yang teguh dan penembusan pasaran yang mendalam di seluruh Asia-Pasifik, Kumpulan ini berkedudukan baik untuk memacu inovasi industri melalui penyelesaian AI termaju, seterusnya membentuk semula landskap ekonomi rantau ini.

XtalPi announces a strategic partnership with Sinar Mas Group. Ruyu Wang, Representative of XtalPi (left), and Lili Wijata, Director of PT Sinar Mas Multiartha Tbk (right)
XtalPi announces a strategic partnership with Sinar Mas Group. Ruyu Wang, Representative of XtalPi (left), and Lili Wijata, Director of PT Sinar Mas Multiartha Tbk (right)

XtalPi ialah peneraju global dalam mengintegrasikan AI dan robotik untuk sains hayat dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bahan termaju, berkolaborasi dengan lebih 300 perusahaan dan institusi penyelidikan terunggul di seluruh dunia. Terkenal kerana mentransformasikan penemuan saintifik kepada teknologi yang berdaya maju secara komersial, XtalPi membangunkan platform rintis yang memperkasakan saintis untuk menjana dan menganalisis molekul kimia dan biologi yang inovatif serta kompleks bagi sifat dan fungsi yang dikehendaki pada kelajuan dan kejituan yang luar biasa.

Ditubuhkan pada tahun 2015 oleh tiga orang ahli fizik pascakedoktoran MIT yang berwawasan, XtalPi telahpun berada di barisan hadapan kemajuan dalam AI untuk Sains. Dengan menggabungkan fizik kuantum, AI, pengkomputeran awan dan robotik berskala besar, XtalPi menyediakan perkhidmatan R&D bertaraf dunia yang dapat menyelesaikan masalah kesesakan dan mempercepat inovasi dalam bidang perubatan, tenaga boleh baharu, bahan termaju dan selanjutnya. XtalPi mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa transformatif yang membentuk semula industri-industri global, membantu rakan kongsinya meningkatkan kecekapan keseluruhan dan kadar kejayaan demi penemuan rintis.

Perkongsian antara XtalPi dan Sinar Mas Group dijangka akan menyerlahkan sinergi kepakaran yang berkuasa. Dengan menyampaikan penyelesaian perintis dan berkesan secara komersial merentas pelbagai sektor, usaha niaga ini akan memacu pertumbuhan hasil yang ketara dan mendorong pengembangan ekonomi serantau. Syarikat-syarikat ini bersama-sama bermatlamat untuk merebut peluang dalam pasaran AI yang berkembang pesat di Asia Tenggara, menetapkan penanda aras baharu untuk inovasi, daya saing serta pengaruh ekonomi.

"Kami berbesar hati untuk bergabung tenaga dengan Sinar Mas Group bagi merealisasikan visi kami yang dikongsi bersama untuk menggunakan teknologi termaju seperti AI bagi membina masa depan yang lebih sihat, lebih lestari yang kaya dengan penemuan," kata Shuhao Wen, Pengerusi XtalPi. "Kepakaran industri yang luas dan jangkauan pasaran strategik Kumpulan ini, digabungkan dengan platform AI dan robotik XtalPi yang canggih, akan membolehkan kami menerajui transformasi digital dan pintar dalam sektor-sektor utama seperti tenaga boleh baharu dan bahan termaju. Kami berasa teruja berhubung potensi komersial yang belum pernah terjadi sebelum ini yang dicetuskan oleh perkongsian ini, bagi membawakan penyelesaian generasi seterusnya ke Asia Tenggara dan selanjutnya, demi memberi manfaat kepada komuniti global."

Dengan menggabungkan kekuatan mereka, XtalPi dan Sinar Mas Group bersedia untuk mentakrifkan semula impak AI ke atas industri-industri di seluruh Asia-Pasifik, mencetuskan pertumbuhan yang dipercepat dan kemajuan teknologi rintis. Mereka bersama-sama membuka jalan demi masa depan yang lebih pintar dan lebih lestari.

Latar Belakang XtalPi 

XtalPi (kod saham: 2228.HK) ialah sebuah syarikat platform penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovatif yang berasaskan fizik kuantum, dikuasakan AI dan dipacu robotik. Ditubuhkan pada tahun 2015 oleh tiga orang ahli fizik pascakedoktoran di Massachusetts Institute of Technology (MIT), syarikat ini mengkhusus untuk memacu transformasi pintar dan digital dalam sektor sains hayat serta sains bahan. XtalPi menggabungkan fizik kuantum, AI, pengkomputeran awan dan robotik berskala besar bagi menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan R&D untuk industri bioperubatan, bahan kimia, tenaga boleh baharu dan bahan termaju di peringkat global.

Latar Belakang Sinar Mas Group 

Sinar Mas Group, salah satu konglomerat Indonesia yang paling berpengaruh dan terpelbagai, mengekalkan kehadiran yang menarik perhatian merentas sektor-sektor seperti penjagaan kesihatan, perlombongan, tenaga boleh baharu, logistik, barangan pengguna, bahan kimia dan perkhidmatan kewangan. Dengan rantaian bekalannya yang teguh dan penembusan pasaran yang mendalam di seluruh Asia-Pasifik, Kumpulan ini berkedudukan baik untuk memacu inovasi industri melalui penyelesaian AI termaju, seterusnya membentuk semula landskap ekonomi rantau ini.

Source: XtalPi Inc.
Keywords: Computer/Electronics Contracts Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things