omniture

Experlogix Digital Commerce dan Boyum IT Mengumumkan Perkongsian untuk Menyediakan Perdagangan Digital yang Dipacu AI Generasi Akan Datang ke Pasaran

Experlogix
2024-11-08 21:23 30

DUBLIN, 8 November 2024 /PRNewswire/ -- Experlogix Digital Commerce, peneraju dalam platform Perdagangan Digital, CPQ (Konfigurasi-Harga-Sebut Harga) dan Automasi Dokumen dengan sukacitanya mengumumkan perkongsian strategik dengan Boyum IT, syarikat perisian global yang memperkasa PKS untuk merealisasikan produk perniagaan masing-masing. Perkongsian ini bertujuan memanfaatkan kekuatan kedua-dua organisasi bagi menyediakan produk perdagangan digital berinovatif yang disepadukan dengan lancar bersama SAP Business One dan Microsoft Dynamics 365, serta menyampaikan hasil ini kepada pelanggan Boyum dan Experlogix di seluruh dunia.

Experlogix Digital Commerce, dahulunya dikenali sebagai Aphix dan Boyum IT terkenal dengan kepakaran dan komitmen masing-masing dalam menyediakan penyelesaian berkualiti tinggi yang meluaskan kefungsian ERP. Kedua-dua organisasi telah bersatu untuk menyepadukan penyelesaian Perfion PIM yang terbaik seumpamanya daripada Boyum IT dengan Perdagangan Digital daripada Experlogix. Hasilnya ialah e-dagang peneraju industri yang membantu perniagaan memperkemas pengurusan data produk dan proses jualan dalam talian masing-masing, menambah baik pengalaman pelanggan dan memacu pertumbuhan. Dengan tumpuan kepada penyepaduan dan kebolehskalaan masa nyata, kuasa produk gabungan ini membolehkan syarikat membina kedai web dalam talian B2B dengan pantas yang disepadukan dengan lancar bersama ERP sedia ada masing-masing, memaksimumkan hasil dan meminimumkan proses manual.

Perkongsian antara Experlogix dan Boyum IT menumpukan kepada bidang utama yang berikut:

  1. Keupayaan Penyepaduan Dipertingkat: Melalui penggabungan platform perdagangan digital Experlogix dengan produk tambahan Boyum IT, khususnya produk PIM yang terkenal iaitu Perfion, pelanggan akan mendapat manfaat daripada penyepaduan e-dagang yang lebih teguh dan lancar, yang mendalami ERP, memastikan ketekalan data dan kecekapan operasi.

  2. Penyelesaian Dipacu AI yang Berinovatif: Kerjasama ini akan membuka pintu kepada penyelesaian e-dagang, aplikasi mudah alih dan portal pelanggan yang memanfaatkan ciri dan pembangunan AI terkini yang juga akan meningkatkan pasaran produk tambahan Boyum.

  3. Sokongan Dipertingkat: Pelanggan Experlogix dan Boyum IT memperoleh akses kepada sokongan dan perkhidmatan yang diperluas, termasuk latihan menyeluruh, pasukan sokongan yang berdedikasi dan kekayaan sumber untuk memaksimumkan nilai pelaburan ERP masing-masing.

  4. Jangkauan Global: Memanfaatkan perkongsian ini akan menyediakan pelanggan akses kepada e-dagang berskala besar yang akan membantu mengembangkan dan meluaskan perniagaan masing-masing pada peringkat global.

Graham O'Rourke, Ketua Produk di Experlogix Digital Commerce, menyatakan, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Boyum IT, syarikat yang berkongsi komitmen kami terhadap kecemerlangan dan inovasi. Bersama-sama, kami akan menyampaikan produk e-dagang yang lancar kepada pelanggan kami, membantu pelanggan mencapai matlamat perniagaan masing-masing dan memaksimumkan pelaburan yang dibuat dalam SAP teras atau Microsoft 365 ERP."

Carlos Herrero, CSO Boyum IT, menambah, "Perkongsian ini merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat kami. Melalui penggabungan kekuatan ini, kami bersedia menawarkan pelanggan Boyum penyelesaian bersepadu yang mampu meningkatkan keupayaan perdagangan digital masing-masing dan memacu kecemerlangan perniagaan."

Perkongsian antara Experlogix dan Boyum IT menegaskan dedikasi bersama bertujuan memperkasa perniagaan dengan alatan dan teknologi yang masing-masing perlukan untuk berjaya dalam pasaran yang berdaya saing pada masa ini. Semasa perkongsian berjalan, pelanggan boleh menantikan pelbagai penyelesaian baharu dan perkhidmatan yang dipertingkat yang direka bentuk untuk membantu perniagaan masing-masing berkembang maju.

Untuk maklumat lanjut tentang perkongsian ini dan penyelesaian yang ditawarkan oleh Experlogix Digital Commerce dan Boyum IT, sila kunjungi laman web masing-masing di Experlogix Digital Commerce dan Boyum IT.

Maklumat Tentang Experlogix Digital Commerce

Experlogix, peneraju global dalam Perdagangan Digital, CPQ dan Automasi Dokumen, menyediakan platform automasi yang berkuasa kepada perniagaan.

Experlogix Digital Commerce menyediakan penyelesaian Perdagangan Digital yang berkuasa dan fleksibel, serta membantu perniagaan memperkemas proses jualan dalam talian masing-masing, menambah baik pengalaman pelanggan dan memacu pertumbuhan. Dengan penyepaduan ERP yang lancar dan tumpuan kepada pembangunan ciri AI baharu dan lebih baik, Experlogix Digital Commerce memperkasa syarikat untuk membina dan menguruskan kewujudan perniagaan dalam talian yang berjaya.

Maklumat Tentang Boyum IT

Boyum IT ialah syarikat perisian global yang mempunyai kepakaran dalam memperkasa PKS untuk merealisasikan produk masing-masing, mewujudkan hubungan pelanggan yang mampan dan bermatlamat. Dengan lebih 25 tahun pengalaman dan komitmen terhadap inovasi, Boyum IT menyediakan penyelesaian intuitif dan andal yang membantu perniagaan mencapai tahap baharu yang lebih tinggi. 

Butiran Hubungan Media: Kevin Faulkner, Pengurus Pemasaran Rakan Kongsi Global, Experlogix Digital Commerce, partners@experlogix.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2549691/Experlogix_Experlogix_Digital_Commerce_and_Boyum_IT_Announce_Par.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2549692/Experlogix_Experlogix_Digital_Commerce_and_Boyum_IT_Announce_Par.jpg?p=medium600

 

Source: Experlogix
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements Small Business Services Artificial Intelligence