Agent Studio Dyna.Ai, VoiceGPT, AvatarGPT dan Financial Services Industry (FSI) Suite merupakan produk-produk yang dipamerkan di reruainya
SINGAPURA, 8 November 2024 /PRNewswire/ -- Dyna.Ai, sebuah syarikat AI-sebagai-satu-Perkhidmatan Singapura, menjadi tumpuan utama di Festival Fintech Singapura 2024 menerusi pengenalan produk unggulan terbarunya – Agent Studio.
Tomas Skoumal, Chairman and Co-President of Dyna.Ai, delivering his keynote speech at the Singapore Fintech Festival
Agent Studio ialah platform pembina ejen AI rintis yang dibina berasaskan model bahasa besar (LLM) proprietari Dyna.Ai. Platform yang inovatif ini menandakan evolusi yang penting daripada chatbot tradisional, menawarkan persekitaran yang sangat boleh disesuaikan dan seperti sandbox untuk perniagaan mencipta ejen AI yang disesuaikan mengikut keperluan khusus mereka. Dengan persediaan kod rendah atau tanpa kod yang ringkas, Agent Studio membolehkan syarikat-syarikat mereka bentuk dan menggunakan ejen dengan pantas yang mengurus interaksi pelanggan secara autonomi merentas saluran, termasuk API, laman web dan platform sosial seperti WhatsApp.
Agent Studio meningkatkan portfolio Dyna.Ai yang semakin berkembang dengan penyelesaian dipacu AI yang terkemuka dalam industri, yang merangkumi platform AInya sendiri, Agentic AI yang membawakan VoiceGPT dan AvatarGPT, bersama-sama dengan Financial Services Industry (FSI) Suite, kesemuanya dilancarkan pada tahun 2024.
"Kami berasa teruja untuk memperkenalkan Agent Studio, alat yang berharga untuk rakan kongsi dan pelanggan kami di seluruh dunia," kongsi Tomas Skoumal, Pengerusi dan Pengasas Bersama Dyna.Ai. "Agent Studio menunjukkan contoh komitmen kami untuk menyediakan rangkaian penyelesaian berkuasa-AI yang komprehensif. Menyedari keperluan yang pelbagai daripada organisasi dan pasaran yang berbeza, kami mereka bentuk Agent Studio untuk memperkasakan perniagaan dengan keupayaan penyesuaian yang terperinci."
Ditubuhkan awal tahun ini, Dyna.Ai mengukuhkan kedudukannya sebagai pengusaha utama dalam landskap AI global. Menerusi fokus kepada model AI termaju, teknologi interaksi manusia-AI yang sofistikated dan analitis data raya, syarikat ini memperkasakan perniagaan merentas pelbagai industri untuk mencapai kejayaan dalam pasaran yang kompetitif pada hari ini.
"Walaupun sememangnya terdapat minat yang tinggi dari segi penggunaan AI dalam sektor kewangan Singapura," ulas Cynthia Siantar, Pengurus Besar Singapura Dyna.Ai yang baru dilantik, "pelaksanaan sebenar mungkin agak terhad. Terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan, seperti kelaziman penyelesaian generik yang tidak memenuhi keperluan khusus. Penyelesaian ini sering kali menyebabkan institusi-institusi tidak pasti cara untuk memanfaatkannya dengan berkesan. Di sinilah Dyna.Ai menawarkan kelebihan yang tersendiri--pemahaman kami yang mendalam mengenai sektor kewangan membolehkan kami mencipta penyelesaian yang melangkaui kebaharuan semata-mata, sebaliknya, merapatkan jurang antara teknologi dan penyelesaian masalah yang praktikal untuk pelanggan kami."
Kunjungi laman web Dyna.Ai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat dan rangkaian produknya.