omniture

CIIE 2024: Shanghai Electric Perkukuh Perkongsian Global, Dorong Kemajuan Mampan dalam Penyelesaian Industri

Shanghai Electric
2024-11-11 23:47 6

Shanghai Electric menandatangani memorandum perjanjian kerjasama dan strategik baharu dengan Carrier Group dan Svenska Kullagerfabriken AB (SKF) China Sales Co., Ltd. di CIIE 2024  

SHANGHAI, 11 November 2024 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric  (SEHK:2727, SSE:601727) membuka lembaran baharu bagi kerjasama globalnya di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE 2024) pada tahun ini dengan menandatangani perjanjian baharu dengan rakan kongsinya, memajukan perkongsian strategiknya di seluruh dunia tatkala syarikat ini mempertingkat keupayaan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) untuk mempelopori penyelesaian tenaga dan industri generasi seterusnya.

Perikatan perniagaan baharu dengan Carrier Group dan SKF (China) Sales Co., Ltd ("SKF"), yang mensinergikan selanjutnya inovasi mereka dalam teknologi tenaga yang canggih dan cekap, akan membolehkan Shanghai Electric memanfaatkan perkongsian ini untuk membangunkan dan menaik taraf penawarannya yang direka untuk memperkasakan usaha penyahkarbonan global.

Shanghai Electric signed new memoranda of cooperation and strategic agreements with Carrier Group and Svenska Kullagerfabriken AB (SKF) China Sales Co., Ltd. at CIIE 2024.
Shanghai Electric signed new memoranda of cooperation and strategic agreements with Carrier Group and Svenska Kullagerfabriken AB (SKF) China Sales Co., Ltd. at CIIE 2024.

"Shanghai Electric kekal berdedikasi untuk menjalin perkongsian yang bermakna dan berpandangan ke hadapan di peringkat global, berkongsi kemungkinan tanpa had dalam kemajuan teknologi," kata Wu Lei, Pengerusi Shanghai Electric. "Kami komited untuk meneroka peluang baharu dan mengeratkan hubungan dengan rakan kongsi untuk menangani cabaran industri baru muncul secara kolektif dan meninjau perbatasan teknologi mampan."

Perjanjian strategik dengan Carrier Group menandakan kolaborasi tahun ke-37 antara kedua-dua peneraju industri ini. Di bawah rangka kerja baharu, Shanghai Electric dan Carrier akan menyatukan kepakaran mereka bagi memajukan penyelesaian yang sejajar dengan matlamat neutral karbon dan puncak karbon China, yang memfokuskan kepada kawalan persekitaran dalaman, aplikasi pam haba industri dan pembangunan mampan.

Menyedari detik strategik untuk mempercepat kemajuan persekitaran, kedua-dua syarikat menyasarkan untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing bagi mendorong perkongsian mereka dalam bidang baharu iaitu infrastruktur cekap tenaga dan inisiatif rendah karbon.

Sementara itu, kolaborasi Shanghai Electric dengan SKF akan meluaskan skop dan kedalaman sumbangan kedua-dua syarikat kepada inovasi industri. Dengan memanfaatkan keupayaan termaju SKF dalam sistem galas, pengedap dan pelinciran, perkongsian ini bertujuan untuk mengoptimumkan struktur produk Shanghai Electric dan meningkatkan daya saing dalam pasaran yang semakin dinamik.

Kolaborasi ini juga akan melibatkan inisiatif dalam peralatan tenaga dan perubatan yang komprehensif, di mana kedua-dua syarikat akan berusaha untuk menyediakan penyelesaian tersuai yang menyokong matlamat negara China dalam tenaga baharu dan pembuatan canggih.

Dengan memperkukuh perkongsian bersama organisasi-organisasi dalam rantaian bekalannya, Shanghai Electric terus mengutamakan inovasi teknologi dan tetap berdedikasi kepada inovasi yang meningkatkan serta mengoptimumkan penyelesaian industri. Melalui komitmen berterusan dan kolaborasi strategik, syarikat ini bermatlamat untuk berada di barisan hadapan dalam memupuk landskap industri yang bingkas, mampan dan maju untuk generasi-generasi masa depan.

 

 

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements Trade show news