omniture

WACO Corp. Luaskan Jangkauan Global dengan 'Sistem Rawatan Air Semua-Dalam-Satu'

WACO Corp.
2024-11-12 09:00 7

SEOUL, Korea Selatan, 12 November 2024 /PRNewswire/ -- WACO Corp. mengumumkan rancangannya untuk mengukuhkan kehadiran pasaran antarabangsanya dengan meluaskan bekalan global sistem rawatan air semua-dalam-satunya, yang dikenali sebagai "Sistem Rawatan Air POE (Titik-Permulaan) Seluruh Rumah."

Whole House POE(Point-Of-Entry) Water Treatment System by WACO Corp.
Whole House POE(Point-Of-Entry) Water Treatment System by WACO Corp.

WACO Corp. ialah pengeluar global yang mengeksport produk seperti penulen air, sistem rawatan air, pembersih udara dan bidet ke pasaran dunia. Dengan teknologi canggih, infrastruktur pengeluaran dalaman dan penapis yang berkualiti tinggi, syarikat ini menawarkan produk terunggul di bawah jenama "WACO".

Baru-baru ini, WACO Corp. mendapat perhatian apabila dipilih untuk "Brand K", program Jenama Bersama Kebangsaan Korea yang ditetapkan oleh kerajaan Korea. Pada masa ini, syarikat ini menyediakan sistem rawatan air tersuai ke lebih 70 negara, lalu mendapat pengiktirafan untuk kepakaran teknologinya.

'Sistem Rawatan Air POE Seluruh Rumah' dipasang dalam sistem paip untuk membersihkan semua air yang masuk. Sistem ini sesuai khususnya untuk kemudahan kecil, ladang, kawasan kediaman, pejabat awam, sekolah dan tapak akses-Terhad yang bergantung kepada sistem bekalan air tanah atau sistem bekalan air lapuk.

Ia dapat menawarkan alternatif berkos rendah kepada infrastruktur air awam, terutamanya di kawasan yang mempunyai air tanah yang tercemar atau kekurangan infrastruktur air. WACO Corp. menghasilkan peranti tersuai berdasarkan model standard yang dibangunkan secara dalaman, bagi membolehkan setiap unit dioptimumkan untuk keperluan kualiti air negara-negara yang berbeza.

Produk-produk syarikat ini memenuhi piawaian global, dengan penapis HEALSUMM yang diperakui oleh standard NSF 42 National Sanitation Foundation dan pensijilan KC Watermark. Selain itu, ia diperakui CE dan CB untuk piawaian keselamatan antarabangsa.

Membangun berdasarkan kepada asas teknologi ini, sistem rawatan air semua-dalam-satu WACO sudahpun digunakan di lebih 3,000 lokasi, termasuk rumah keluarga tunggal, sistem air sekolah dan tapak akses terhad di Korea, Timur Tengah, Asia Tenggara, Amerika Selatan dan EU. Di samping itu, sistem ini digunakan di ladang ternakan dan tanaman Asia Tenggara untuk membantu mencegah penyakit dengan menyediakan penyelesaian penulenan untuk larut resap air yang tercemar.

Shin Yong-sung, Ketua Pegawai Eksekutif WACO Corp., berkata, "Banyak kawasan menghadapi kontaminasi air tanah yang menjadikannya tidak sesuai diminum atau untuk kegunaan harian. Sistem rawatan air berasaskan penapisan membran kami dapat menyediakan air minuman dan domestik yang selamat kepada pekan luar bandar yang kecil, ladang ternakan/tanaman, institusi awam dan kemudahan perubatan yang mengalami cabaran ini."

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian rawatan air semua-dalam-satu WACO yang dapat menjadi alternatif kepada infrastruktur air awam, sila kunjungi laman web rasmi WACO Corp.

WACO Corp. / Lucas Han / +82 70-4351-1103 (emel: lucas@waco-corp.com)

Source: WACO Corp.
Keywords: Utilities Water Utilities