omniture

Dyna.Ai dan DCS Card Centre Bekerjasama Percepat Transformasi AI dalam Sektor Perkhidmatan Kewangan Singapura

Dyna.Ai
2024-11-12 10:00 3

Kedua-dua syarikat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), menunjukkan komitmen mereka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecekapan operasi melalui AI.

SINGAPURA, 12 November 2024 /PRNewswire/ -- Dyna.Ai, sebuah syarikat AI-sebagai-satu-Perkhidmatan yang terkemuka, mengumumkan perkongsian strategik bersama DCS Card Centre, sebuah institusi kewangan tempatan yang terkemuka. Perkongsian ini, yang dirasmikan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Festival Fintech Singapura 2024, mencerminkan komitmen bersama mereka untuk memanfaatkan AI bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecekapan operasi dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Tomas Skoumal, Chairman and Co-President of Dyna.Ai, and Karen Low, CEO of DCS Card Centre
Tomas Skoumal, Chairman and Co-President of Dyna.Ai, and Karen Low, CEO of DCS Card Centre

Tomas Skoumal, Pengerusi dan Presiden Bersama Dyna.Ai, menekankan kepentingan perkongsian ini: "Kami berasa gembira untuk bergabung tenaga dengan DCS Card Centre, sebuah institusi kewangan berpandangan jauh yang memahami kuasa transformatif AI dalam industri ini. Dengan menyepadukan penyelesaian AI termaju kami dengan kepakaran pasaran DCS Card Centre yang luas, kami menyasarkan untuk mencapai hasil yang memberi impak yang dapat meningkatkan pengalaman pelanggan serta meningkatkan kecekapan operasi."

Charles Huang, Pengerusi DCS, berkata, "Sejak transformasi DCS pada tahun 2022, misinya adalah untuk memacu inovasi dan meningkatkan penawaran syarikat melalui teknologi termaju seperti AI dan fintech (teknologi kewangan). Satu peningkatan ketara yang kami laksanakan ialah kelulusan segera permohonan kad kredit, bagi meningkatkan kecekapan dan kemudahan untuk pelanggan kami. Tatkala kami melangkah ke hadapan, DCS akan terus berkembang dan menerima kemajuan teknologi untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada Singapura dan melanjutkan perkhidmatan kami di luar sempadannya. Komitmen kami tetap menumpukan kepada pertumbuhan, inovasi dan penyediaan penyelesaian kewangan yang luar biasa untuk pelanggan kami."

DCS Card Centre bekerjasama dengan Dyna.Ai awal tahun ini bagi memanfaatkan penyelesaian AI untuk panggilan kutipannya dan merancang untuk meluaskan perkongsian dengan menggabungkan keupayaan AI Dyna.Ai ke dalam panggilan pemasaran dan peningkatan aplikasi pada bulan-bulan akan datang.

"Dengan memanfaatkan teknologi AI termaju Dyna.Ai, DCS Card Centre mengorak langkah yang penting ke arah persekitaran perkhidmatan kewangan kalis masa depan. Kolaborasi ini menunjukkan contoh impak transformatif AI dalam memacu perubahan positif dalam industri ini," kata seorang jurucakap DCS Card Centre.

Latar Belakang Dyna.Ai

Dyna.Ai ialah sebuah syarikat AI-sebagai-satu-Perkhidmatan terkemuka yang beribu pejabat di Singapura, mengkhusus untuk mentransformasikan industri kewangan dan selanjutnya dengan produk dan penyelesaian dipacu AI termaju.

Kepakaran kami mencakupi model AI canggih, algoritma sofistikated, teknologi interaksi AI-manusia dan analitis data raya. Keupayaan ini membolehkan kami menyampaikan penyelesaian AI bertaraf tinggi yang memperkasakan pelanggan kami untuk mencapai kejayaan perniagaan dan mengekalkan kelebihan daya saing dalam pasaran yang berkembang pesat.

Di Dyna.Ai, kami komited untuk menyediakan penyelesaian dipacu AI yang penting dalam meningkatkan operasi sistem, menambah baik pemerolehan dan pengaktifan pelanggan, mengoptimumkan pengurusan risiko, meningkatkan produktiviti operasi serta mengurangkan kos.

Latar Belakang DCS Card Centre 

Ditubuhkan pada tahun 1973, Diners Club Singapore merupakan antara institusi pengasas yang melancarkan siri pertama kad caj dan kad kredit di Singapura. Pada Oktober 2022, Diners Club Singapore dinamakan semula kepada DCS Card Centre Pte Ltd ("DCS") dan bermatlamat untuk menjadi peneraju fintech inovatif yang memacu perkhidmatan pembayaran dan kewangan bersepadu sekali gus memanfaatkan warisan mendalam mereka.

Dengan melabur dalam teknologi dan membina perkongsian strategik, DCS menyediakan produk kad baharu yang direka untuk memenuhi keperluan segmen pelanggan yang pelbagai. DCS juga membangunkan penyelesaian pembayaran siap yang boleh disepadukan secara lancar dengan produk sedia ada di pasaran, membantu meluaskan ufuk perniagaan rakan kongsinya dan dalam masa yang sama memperkasakan pengguna akhir. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://dcscc.com/

Source: Dyna.Ai
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Contracts Artificial Intelligence