omniture

Xi ucap tahniah kepada Forum Media dan Kumpulan Pemikir Selatan Global

Xinhua News Agency
2024-11-12 23:11 14

BEIJING, 12 November 2024 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada Xinhua News Agency: 

Pada hari Isnin, Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada Forum Media dan Kumpulan Pemikir Selatan Global.

Mengambil maklum bahawa pada masa ini, Selatan Global semakin berkembang dengan momentum yang kukuh dan memainkan peranan yang semakin penting dalam perjuangan mencapai kemajuan manusia, Xi berkata China sentiasa menjadi ahli Selatan Global dan akan sentiasa tergolong dalam kalangan negara-negara sedang membangun.

China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara Selatan Global bagi mengamalkan multilateralisme yang sebenar, memperjuangkan dunia multipolar yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang memberi manfaat secara sejagat dan inklusif, menerusi usaha bersama untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia, katanya.

Xi menekankan bahawa dalam menghadapi perubahan global pada abad ini, mengejar pemodenan dan berusaha untuk mewujudkan tatanan antarabangsa yang lebih adil dan saksama merupakan misi bersejarah yang suci oleh negara-negara Selatan Global dan isu-isu lazim pada zaman ini untuk media dan kumpulan pemikir Selatan Global.

Xi menyatakan harapan agar para peserta forum akan terlibat dalam perbincangan mendalam, membina konsensus dan bersama-sama menguatkan "suara Selatan Global" dan dalam masa yang sama memperlihatkan "komitmen Selatan Global."

Beliau turut menggesa mereka untuk menyumbang kebijaksanaan ke arah memperkasakan Selatan Global bagi menjadi kuasa penstabil untuk keamanan, tulang belakang keterbukaan dan pembangunan, kuasa konstruktif dalam tadbir urus global, serta daya penggerak untuk pembelajaran bersama antara tamadun.

Forum Media dan Kumpulan Pemikir Selatan Global bermula pada hari Isnin di Sao Paulo, Brazil. Forum ini, dianjurkan secara bersama oleh Xinhua News Agency dan Brazil Communication Company, diadakan di bawah tema "Pembangunan dan Penggiatan Semula: Suatu Perjalanan Baharu untuk Selatan Global."

Pada hari Isnin juga, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva turut menyampaikan ucapan tahniah kepada forum ini.

 

 

Source: Xinhua News Agency
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news