omniture

Huawei Muncul Julung Kali di Super Terminal Expo dan Sasarkan Kejayaan Bersama dalam Industri Penerbangan Pintar

HUAWEI
2024-11-14 18:55 6

HONG KONG, 14 November 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai penyedia infrastruktur ICT dan terminal pintar yang terkemuka di dunia, Huawei telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian Super Terminal Expo dan berucap sebagai ahli panel. Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya yang terkini di pameran ini, serta pencapaiannya dalam membantu industri penerbangan dan logistik menjadi digital dan pintar.

Pembangunan infrastruktur ICT adalah penting kepada transformasi digital dan pintar bagi penerbangan awam. Di panel Airport Hub Strategies and APAC Challenges (Strategi Hab Penerbangan dan Cabaran APAC), Jacky Wang, Naib Presiden Smart Transportation BU, Huawei, menyatakan bahawa skop perniagaan lapangan terbang hab semakin berkembang, dan aliran penumpang, muatan, komersial, dana dan maklumat bergabung pada kadar yang lebih pantas. Menurut Jacky Wang, Huawei komited untuk mencipta asas digital dan pintar yang menampilkan penderiaan berbilang dimensi, sambungan merata dan platform terbuka, untuk membantu lapangan terbang hab meningkatkan kecekapan operasi, pengalaman penumpang dan keselamatan lapangan terbang. "Dengan memanfaatkan keupayaan AI Huawei, kami berharap dapat berkolaborasi bersama pelanggan dan rakan kongsi industri untuk membangunkan penyelesaian yang lebih pintar. Penyelesaian ini dijangka memacu transformasi pintar lapangan terbang hab dan meningkatkan tahap kecerdasan dalam sektor penerbangan awam," katanya.

Jacky Wang, Vice President of Smart Transportation BU, Huawei
Jacky Wang, Vice President of Smart Transportation BU, Huawei

Jacky Wang turut mengetengahkan bahawa AI akan digunakan secara meluas untuk mengurus aliran penerbangan, keselamatan lapangan terbang dan lapangan terbang umumnya (Pengurusan Lapangan Terbang Keseluruhan, atau TAM) dan ini akan memberi impak yang mendalam terhadap operasi penerbangan, perkhidmatan penumpang, keselamatan serta aspek-aspek lapangan terbang hab yang lain.

Sehingga kini, Huawei telahpun menawarkan perkhidmatan kepada lebih 210 lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pelanggan pengurusan trafik udara di seluruh dunia. Huawei akan terus meningkatkan pelaburannya dalam sektor pengangkutan dan penerokaan teknologi yang sesuai untuk senario perniagaan penerbangan awam yang berbeza. Dengan berkolaborasi bersama pengguna dan rakan kongsi ekosistem, Huawei bermatlamat untuk mencipta penyelesaian inovatif dan juga nilai yang penting untuk industri penerbangan awam.

Memanfaatkan kepakaran dan pengalamannya dalam hab pengangkutan, jaringan pengangkutan, aliran muatan dan sistem altitud rendah, Huawei telah membina asas digital dan pintar untuk pengangkutan dan logistik yang komprehensif, yang seterusnya akan mendayakan operasi yang selamat dan cekap dalam seluruh rantaian bekalan serta industri.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian lapangan terbang pintar Huawei, sila kunjungi: https://e.huawei.com/en/industries/aviation

 

 

Source: HUAWEI
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things