omniture

Jualan Global 80 Juta! AIMA Terima Pensijilan Berwibawa daripada Frost & Sullivan sebagai "Jenama Kenderaan Dua Roda Elektrik Terkemuka Global"

AIMA Technology
2024-11-13 21:21 21

TIANJIN, China, 13 November 2024 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Frost & Sullivan, sebuah syarikat perunding pasaran yang terkemuka di dunia, menganugerahkan AIMA dengan pensijilan status pasaran "Jenama Kenderaan Dua Roda Elektrik Terkemuka Global (mengikut Jualan)". Setakat 31 Mac 2024, jumlah volum jualan kenderaan dua roda elektrik AIMA mencecah 80 juta, memperlihatkan sepenuhnya kedudukan utama AIMA dalam sektor kenderaan dua roda elektrik global.

Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan untuk Pertumbuhan, Inovasi dan Kepimpinan (GIL) ialah pensijilan berwibawa yang disediakan oleh institusi penyelidikan bebas pihak ketiga. Kewibawaan dan kesaksamaan anugerah ini diiktiraf secara meluas oleh komuniti pelaburan, sektor kewangan dan industri. Pensijilan ini memantapkan kedudukan pasaran AIMA dan menunjukkan selanjutnya pengiktirafan tinggi pengguna terhadap daya saing pasaran, pengaruh jenama serta kekuatan produk kenderaan dua roda elektrik AIMA.

Selama bertahun-tahun, AIMA sentiasa menjadi penetap trend produk dalam sektor kenderaan dua roda elektrik. Menjadikan fesyen sebagai jiwa dan teknologi sebagai asasnya, AIMA komited untuk menyediakan kepada pengguna dengan kenderaan dua roda elektrik yang berkualiti tinggi dan berprestasi tinggi. Ia membangunkan berbagai-bagai produk klasik untuk sektor kenderaan dua roda elektrik. Selain itu, melalui pengoptimuman reka bentuk produk yang berterusan dan kawalan kualiti pengeluaran yang ketat, AIMA menerima reputasi yang baik dan kredibiliti atas usahanya yang tanpa henti mengejar kualiti.

Pada tahun 2015, AIMA memulakan strategi globalisasinya secara rasmi. Menjelang akhir tahun 2023, kenderaan dua roda elektrik AIMA telah bertapak di lebih 50 negara di seluruh dunia. Selain itu, 11 pangkalan pengeluaran dibina di peringkat global, termasuk kilang luar negara di Indonesia dan Vietnam. Setakat ini, kenderaan dua roda elektrik AIMA tekal melindungi keselamatan tunggangan lebih 80 juta pengguna di seluruh dunia, menetapkan penanda aras dan contoh untuk pembangunan seluruh industri yang kukuh.

Pencapaian sedemikian disumbangkan oleh kepatuhan AIMA kepada falsafah dan teknologi produk berpusatkan pelanggan yang menyokong inovasi dan kejayaan jangka panjang. Dengan keupayaan kukuh berkenaan, pada masa depan, AIMA akan terus meningkatkan pelaburan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) dan membangunkan secara bersungguh-sungguh generasi baharu kenderaan dua roda elektrik yang lebih pintar, canggih dan diperibadikan dan dalam masa yang sama terus meningkatkan kelebihan daya saing produk. Ia akan mengubah secara berterusan persepsi sedia ada pengguna terhadap kenderaan dua roda elektrik dan menerajui kejayaan dan pengembangan industri pada skala global.


 

 

Source: AIMA Technology
Related Stocks:
Shanghai:603529
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Transportation Awards