omniture

Hospital Sant Pau dan Huawei gabung tenaga percepat transformasi digital dalam penjagaan kesihatan

Huawei Technologies Co., Ltd
2024-11-13 21:36 19

BARCELONA, Sepanyol, 13 November 2024 /PRNewswire/ -- Para Pemimpin Industri daripada Hospital de Sant Pau dan Huawei hari ini menggariskan visi sejauh mana teknologi digital dapat menjadikan hospital lebih cekap dan meningkatkan kehidupan pesakit.

The speakers shared their thoughts at the roundtable
The speakers shared their thoughts at the roundtable

Berucap di sebuah acara yang diadakan di Sant Pau Art Nouveau, Dr. Alfons Torrego, Pengarah Perubatan di Hospital Sant Pau, menggariskan konteks semasa transformasi digital dalam sektor penjagaan kesihatan. Beliau mengetengahkan projek-projek yang dilaksanakan ketika ini oleh Sant Pau dan menjelaskan senario yang ideal untuk transformasi digital dan inisiatif inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan.

Dr. Josep Munuera, Pengarah Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik di Sant Pau, membincangkan potensi AI sebagai alat yang berkuasa untuk meningkatkan dan mengoptimumkan proses seperti diagnostik pengimejan dan pembangunan model prediktif. Beliau menekankan bahawa kemajuan ini dapat mendayakan pelaksanaan perubatan jitu yang lebih cekap, menyesuaikan rawatan mengikut keperluan pesakit individu dengan ketepatan dan keberkesanan yang lebih tinggi.

Semasa mesyuarat meja bulat, para peserta menekankan kepentingan kolaborasi antara organisasi awam dan swasta bagi memacu inovasi dan kecekapan dalam penjagaan kesihatan. Mereka mengetengahkan perkongsian hospital bersama Huawei sebagai contoh utama, memfokuskan pada penyelesaian storan dan keselamatan data. Perkongsian sedemikian penting untuk mengupayakan transformasi digital yang selamat dalam sistem penjagaan kesihatan, bagi memastikan data pesakit yang sensitif dilindungi sekali gus memupuk infrastruktur yang moden dan cekap.

Sant Pau meluaskan keupayaan teknologinya untuk menangani cabaran perubatan moden yang kompleks. Di bawah kepimpinan Dr. Josep Munuera, hospital ini melancarkan kumpulan penyelidikan baharu dalam Pengimejan Perubatan Lanjutan, Kecerdasan Buatan (AI) dan Terapi Berpandukan Imej.

Begitu juga dengan Dr. Abdel Hakim Moustafa, pengarah Dimension Lab di Sant Pau, yang memimpin kemajuan hospital dalam teknologi 3D. Hasil usaha beliau dalam pemodelan 3D, kembar digital dan peranti perubatan tersuai cetakan 3D merevolusikan pendekatan kepada pembedahan yang kompleks, membolehkan perancangan khusus pesakit yang dapat meningkatkan kejituan dan keselamatan pembedahan. Pelaksanaan perancangan pembedahan maya dan kembar digital di Dimension Lab menunjukkan contoh komitmen Sant Pau kepada perubatan diperibadikan dan menggambarkan kepimpinan hospital dalam menggabungkan kepakaran klinikal dengan teknologi termaju.

Dr. Hakim Moustafa menjelaskan kepentingan penyelarasan antara disiplin. Beliau mengetengahkan sejauh mana jurutera bioperubatan, doktor dan jururawat di Sant Pau saling bekerjasama untuk membawa penyelesaian kesihatan digital. Pendekatan kolaboratif ini bertujuan untuk meningkatkan penjagaan pesakit dengan menyepadukan teknologi penjagaan kesihatan yang canggih dan disesuaikan dalam amalan klinikal.

Sumbangan teknologi digital kepada penjagaan inovatif di Sant Pau boleh dilihat dalam "Being Digi-Sapiens," siri dokumentari yang dihasilkan oleh Warner Brothers Discovery dengan sokongan daripada Huawei.

Siri ini dihoskan oleh penggiat YouTube Simone Giertz, yang menunjukkan bahawa, pada masa lalu, rekod pesakit kebanyakannya terdiri daripada nota tulisan tangan doktor. Hari ini, rekod sedemikian terdiri daripada beribu-ribu titik data yang tersebar di pelbagai platform, selalunya dalam bentuk imej seperti sinar-X, sonogram dan imbasan CAT. Kesemua data ini haruslah boleh diakses dengan pantas dan dilindungi oleh sistem IT yang paling bingkas dan toleran sesar yang tersedia.

Huawei memainkan peranannya untuk membantu membolehkan matlamat ini dicapai. Sejak tahun 2020, Huawei menjadi rakan kongsi strategik Sant Pau yang utama dalam sistem storan terkini. Huawei menyediakan bekalan kepada Sant Pau dengan penyelesaian storan denyar-penuh bagi menyediakan kepada kakitangan perubatan akses hampir segera kepada data pesakit apabila diperlukan. Penyelesaian ini membawakan teknologi sandaran, pemulihan dan antiperisian hasad terkini yang memastikan tahap perlindungan data pesakit yang tertinggi.

"Dengan bekerjasama bersama-sama dengan institusi-institusi seperti Saint Pau, kami berharap dapat menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih selamat dan lebih terhubung untuk komuniti di seluruh Eropah," kata En. Kenneth Fredriksen, Naib Presiden Kanan Huawei Wilayah Eropah. "Huawei tetap benar-benar komited untuk bekerjasama dengan organisasi-organisasi daripada semua sektor untuk membawa penyelesaian digital yang pintar ke setiap sudut masyarakat."

Semasa "HUAWEI CONNECT 2024 Paris" yang akan datang, Huawei akan melancarkan penyelesaian Storan Denyar-Penuh OceanStor Dorado Generasi Baharu di Eropah.

Source: Huawei Technologies Co., Ltd
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Telecommunications Cloud Computing / Internet of Things