omniture

Xinhua Silk Road: Ekspo IoT Dunia 2024 dibuka di Wuxi Timur China pamer masa depan ketersambungan pintar

Xinhua Silk Road
2024-11-15 10:38

BEIJING, 15 November 2024 /PRNewswire/ -- Ekspo Internet Pelbagai Benda (IoT) Dunia 2024 bermula pada hari Isnin di Bandar Wuxi, Wilayah Jiangsu, timur China, menarik minat pemimpin industri, wakil perusahaan dan pakar dari seluruh dunia untuk membincangkan trend industri serta mendemonstrasikan aplikasi yang inovatif.

Photo shows that Wuxi unveils a national pilot project in intelligent connected vehicles, which aims to create a cohesive mode for car owners, vehicles and cities connection, during the World Internet of Things (IoT) Exposition 2024 held in Wuxi City of east China's Jiangsu Province.
Photo shows that Wuxi unveils a national pilot project in intelligent connected vehicles, which aims to create a cohesive mode for car owners, vehicles and cities connection, during the World Internet of Things (IoT) Exposition 2024 held in Wuxi City of east China's Jiangsu Province.

Di majlis perasmian ekspo ini, Wuxi memperkenalkan projek perintis nasional bagi kenderaan terhubung pintar, yang bertujuan untuk mewujudkan mod padu untuk pemilik kereta, kenderaan dan sambungan bandar, menyumbang kepakaran Wuxi kepada inisiatif kenderaan pintar.

Di samping itu, pusat kejuruteraan cip penderiaan pintar baharu telahpun dilancarkan, memperlihatkan pelaburan sebanyak lebih 1 bilion yuan dan memfokuskan pada substrat berskala besar yang berketumpatan tinggi dan teknologi cip termaju yang lain untuk mengukuhkan pembangunan litar bersepadu bandar ini.

Acara ini turut menyaksikan pengenalan kepada beberapa pencapaian penyelidikan IoT yang utama, termasuk indeks Taihu pembangunan inovasi IoT 2024 dan kertas putih 2024 berhubung teknologi dan aplikasi penderiaan termaju.

Acara selama tiga hari ini membawakan pameran, perbincangan panel dan sesi tematik yang memaparkan perkembangan terkini dalam inovasi dan aplikasi IoT. Ekspo pada tahun ini bersedia untuk memacu pertumbuhan Wuxi yang berkualiti tinggi dalam IoT sekali gus menggalakkan kolaborasi teknologi global dan perkongsian ilmu pengetahuan dalam bidang IoT.

Wuxi telahpun menjadi pengemudi bagi industri IoT di China. Statistik yang terkini menunjukkan bahawa pada tahun 2023, skala kluster industri IoT di Wuxi melangkaui 450 bilion yuan, lantas menjadi peneraju di Wilayah Jiangsu.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/343117.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Auto Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Semiconductors Telecommunications Transportation New products/services Trade show news Cloud Computing / Internet of Things