SEOUL, Korea Selatan, 18 November 2024 /PRNewswire/ -- Fasoo, peneraju bagi keselamatan data zero trust, merevolusikan sejauh mana organisasi melindungi aset maklumat mereka melalui Pengurusan Postur Keselamatan Data (DSPM) termajunya. Penyelesaian DSPM Fasoo memanfaatkan susur galur data untuk menemui, mengenal pasti dan memetakan data merentas repositori data tidak berstruktur, memperkasakan organisasi untuk berlindung daripada kerentanan yang diketahui dan tidak diketahui.
"Data bayangan dan repositori sering menimbulkan cabaran keselamatan untuk organisasi ekoran pengurusan yang lemah dan kekurangan pengawasan, lalu menyebabkannya terdedah kepada akses tanpa kebenaran," kata Jason Sohn, Pengarah Urusan Eksekutif di Fasoo. "Bagi mengurangkan risiko ini, organisasi harus meningkatkan visibilitas dalam semua data dan repositori, mengenal pasti data sensitif atau dikawal atur dalam sistem ECM, pelayan fail dan storan awan, serta memastikan kawalan akses dan penyulitan yang betul."
Radar Data Fasoo (FDR) merupakan asas kepada strategi DSPM Fasoo. Ia menyediakan kepada organisasi alat yang berkuasa untuk penemuan, pengelasan dan penjejakan data. Dengan mengenal pasti dan mengklasifikasikan maklumat sensitif secara automatik, seperti PII, rekod kewangan dan harta intelek (IP), FDR membolehkan organisasi mengesan data tidak berstruktur merentas repositori. Ia mengimbas fail dan menjejaki penggunaan secara berterusan, bagi membantu organisasi mengurangkan risiko IT bayangan sekali gus memastikan pematuhan terhadap peraturan perlindungan data.
Pengurus Log Bersepadu Fasoo (FILM) meningkatkan lagi keupayaan DSPM dengan menawarkan visibilitas komprehensif terhadap akses dan penggunaan data dalam seluruh organisasi. Dengan menyatukan log data daripada pelbagai sumber, FILM membolehkan pentadbir IT memantau corak aktiviti dan mengesan anomali, seterusnya memudahkan organisasi untuk mengekalkan postur keselamatan yang teguh sekali gus mengurangkan risiko ketirisan data dan ancaman orang dalam.
Di samping itu, DSPM Fasoo melengkapkan DLP dan DRM Perusahaan (EDRM), bagi membantu pelanggan mencapai rangka kerja keselamatan data yang ideal. Walaupun DSPM mengenal pasti dan menjejaki maklumat sensitif, DLP menghalang akses dan perkongsian data yang tidak dibenarkan, sementara EDRM melindungi kandungan melalui penyulitan dan kawalan akses. Teknologi ini bersama-sama menyediakan visibilitas, perlindungan dan kawalan yang komprehensif ke atas data dalam seluruh kitaran hayatnya, bagi memastikan organisasi dapat melindungi aset maklumat mereka merentas kesemua persekitaran dengan berkesan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang memaksimumkan keselamatan dan visibilitas data dengan DSPM, kunjungi https://en.fasoo.com/strategies/data-security-platform-and-data-centric-security/.
Latar Belakang Fasoo:
Fasoo menyediakan platform keselamatan data tidak berstruktur, privasi dan kandungan perusahaan yang melindungi, mengawal, menjejaki, menganalisis dan berkongsi maklumat perniagaan yang kritikal dengan selamat dan dalam masa yang sama meningkatkan produktiviti. Fokus berterusan Fasoo ke atas inovasi dan kreativiti pelanggan menyediakan penyelesaian yang utama dalam pasaran terhadap cabaran yang dihadapi oleh organisasi daripada semua saiz dan industri. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://en.fasoo.com/.
Hubungan Media
Jungyeon Lim
Perhubungan Awam
jungyeon@fasoo.com