omniture

CGTN: Mulakan era baharu dalam pembangunan Asia-Pasifik di tengah-tengah ketidaktentuan global

CGTN
2024-11-18 16:32 3

BEIJING, 18 November 2024 /PRNewswire/ -- Selama berdekad-dekad, rantau Asia-Pasifik telah menjadi pemacu penting bagi pertumbuhan ekonomi global. Dalam bulan Oktober, Tabung Kewangan Antarabangsa meramalkan rantau ini akan menyumbang kira-kira 60 peratus kepada pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2024.

Dalam masa yang sama, kerjasama Asia-Pasifik berdepan dengan cabaran seperti kecenderungan geopolitik yang semakin meningkat, unilateralisme dan fahaman perlindungan. Dalam hal ini, pada hari Sabtu Presiden China Xi Jinping menyeru pemimpin-pemimpin anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.

"Kita haruslah bertindak dalam solidariti dan kerjasama untuk menghadapi cabaran, melaksanakan sepenuhnya Wawasan Putrajaya 2040, membina komuniti Asia-Pasifik dengan masa depan yang dikongsi bersama dan memulakan era baharu dalam pembangunan Asia-Pasifik," kata Xi, semasa menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-31 di ibu negara Peru, Lima.

Cadangan China

Bagi mempererat kerjasama Asia-Pasifik, pada hari Sabtu presiden China mengemukakan tiga cadangan.

Pertama, Xi menegaskan keperluan untuk membina paradigma terbuka dan saling terhubung untuk kerjasama Asia-Pasifik, menyeru agar kekal komited kepada multilateralisme dan ekonomi terbuka.

China telah melaksanakan usaha yang bersungguh-sungguh ke arah ekonomi Asia Pasifik yang terbuka. Menurut Kementerian Luar China, China ialah rakan dagang terbesar 13 ekonomi APEC dan memajukan secara aktif pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, menggalakkan pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang berkualiti tinggi serta memohon untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital.

Kedua, Xi menekankan keperluan untuk menjadikan inovasi hijau sebagai pemangkin untuk Asia-Pasifik, mengatakan ekonomi APEC harus memajukan transformasi dan pembangunan digital dan hijau terselaras bagi mewujudkan momentum baharu dan pemacu baharu untuk pembangunan Asia-Pasifik.

China sedang membangunkan kuasa produktif berkualiti baharu berdasarkan keadaan sebenar dan mempererat kerjasama bersama pihak-pihak yang berminat dengan inovasi hijau. Xi mengumumkan pada hari Sabtu bahawa China akan melancarkan Inisiatif Kerjasama Aliran Data Rentas Sempadan Global.

China mengemukakan inisiatif untuk kerjasama antara ekonomi anggota APEC dalam pertanian hijau, pembangunan bandar lestari, peralihan tenaga hijau dan rendah karbon serta kawalan dan pencegahan pencemaran marin.

Presiden China turut menggesa usaha untuk mendukung visi yang bermanfaat secara sejagat dan inklusif untuk pembangunan Asia-Pasifik. Data yang didedahkan oleh Kementerian Luar China menunjukkan China menyumbang 64.2 peratus daripada pertumbuhan ekonomi rantau ini, 37.6 peratus daripada pertumbuhan dalam perdagangan barangan dan 44.6 peratus daripada pertumbuhan dalam perdagangan perkhidmatan.

Xi memberitahu pemimpin APEC bahawa China akan memajukan inisiatif melalui platform APEC untuk meningkatkan pendapatan penduduk dan menggalakkan pembangunan kelompok industri perusahaan kecil-kecilan dan sederhana, bagi tujuan untuk membawakan pembangunan ekonomi Asia Pasifik yang menguntungkan secara sejagat dan inklusif.

Komitmen China

China akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC pada tahun 2026, seperti yang diumumkan oleh Xi pada hari Sabtu, mengatakan bahawa China mengalu-alukan semua pihak untuk terus menaiki "kereta api ekspres" pembangunannya dan berkembang bersama-sama dengan ekonomi Cina.

Presiden China mengulangi komitmen China untuk mencapai pembaharuan dan keterbukaan. "Pembaharuan dan keterbukaan merupakan proses bersejarah di mana China dan dunia mencapai pembangunan dan kemajuan bersama-sama," katanya.

Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China, semasa plenum ketiganya pada bulan Julai, membentangkan rancangan sistematik untuk memperdalam pembaharuan yang selanjutnya secara menyeluruh dengan lebih daripada 300 langkah pembaharuan turutan diperkenalkan, berkaitan dengan membina ekonomi pasaran sosialis berstandard tinggi, memajukan pembangunan ekonomi berkualiti tinggi, menggalakkan keterbukaan bertaraf tinggi, meningkatkan kualiti hidup rakyat dan membina sebuah negara yang indah.

Dalam ucapan bertulisnya di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC pada hari Jumaat, Xi juga berkata China akan memperkenalkan lebih banyak dasar untuk keterbukaan secara sukarela dan unilateral, meluaskan rangkaian kawasan perdagangan bebas berstandard tinggi yang berorientasikan global dan membuka pintunya dengan lebih luas kepada dunia.

https://news.cgtn.com/news/2024-11-17/Starting-a-new-era-in-Asia-Pacific-development-amid-global-uncertainty-1yAvmNr7lYc/p.html 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis