omniture

Tribesigns Perkukuh Perkongsian bersama Wayfair di High Point Market 2024

Tribesigns
2024-11-18 22:15 4

NEW YORK, 18 November 2024 /PRNewswire/ -- Tribesigns, pengeluar dan penjual perabot yang berprestij di peringkat global, dan Wayfair, kedai dalam talian sehenti untuk semua benda di rumah, baru-baru ini meningkatkan perkongsian mereka yang berterusan di High Point Market 2024.

Kolaborasi ini menekankan dedikasi Tribesigns untuk mengekalkan identiti jenamanya yang unik melalui pengenalan yang berterusan kepada produk perabot yang direka secara unik.

Wayfair mengesahkan sekali lagi komitmennya untuk menyokong laluan Tribesigns menuju kejayaan yang lebih besar. Kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati dengan hasil perbincangan mereka di High Point Market di North Carolina.


High Point Market 2024, ialah salah satu pameran perdagangan perabot yang terbesar di Amerika, yang berlangsung antara 26-30 Oktober 2024. Di acara berkenaan, Tribesigns mempamerkan koleksi ekstensif perabot yang direka secara unik, menggamit perhatian semua hadirin.

Pengunjung berasa kagum terutamanya dengan ciri mampu milik, reka bentuk, praktikaliti dan integrasi lancar antara gaya dan fungsian dalam produk yang dipamerkan.

Wayfair mengunjungi reruai Tribesigns semasa High Point Market bersama-sama sebuah pasukan ahli pengurusan kanan, termasuk Niraj Shah (Ketua Pegawai Eksekutif, Pengerusi Bersama dan Pengasas Bersama), Ryan Fitzpatrick (Naib Presiden), Rakshita Agrawal (Pengarah dan Pengurus Besar), Arjun Mewara, (Ketua Pengiklanan Media & Digital) serta eksekutif lain daripada jabatan penting di Wayfair.


"Kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada En. Niraj Shah dan pasukan Wayfairnya bagi membincangkan hal untuk meningkatkan kolaborasi kami. Lawatan Wayfair menonjolkan perkongsian bernilai mereka dan minat yang mendalam terhadap pertumbuhan jenama dan perniagaan kami. Ia juga merupakan galakan yang hebat buat kami untuk menghasilkan lebih banyak produk yang mengutamakan pelanggan, eksklusif untuk Wayfair," kata Andy Huang, Ketua Pegawai Pemasaran Tribesigns.

Tribesigns menawarkan rangkaian komprehensif penyelesaian perabot yang sesuai untuk pelbagai ruang, termasuk ruang tamu, bilik tidur, pejabat rumah, ruang laluan, dapur dan ruang makan. Sejak 13 tahun yang lalu, syarikat ini membekalkan pelbagai perabot dalaman dan luaran kepada lebih 30 juta isi rumah di seluruh A.S., Kanada, Eropah dan Australia.

Latar Belakang Tribesigns

Tribesigns ialah pereka dan pengeluar perabot global yang terkemuka. Dengan slogan 'Designed For Life', falsafahnya berkisarkan kepelbagaian gaya hidup peribadi dan kepentingan untuk menerima pilihan yang mesra alam.

Tribesigns juga dikenali secara meluas dengan reka bentuk perabotnya yang istimewa dan elegan, kebanyakan model terbarunya adalah unik di pasaran dan tidak dapat ditemui di tempat lain dan anda tidak akan pernah berasa kecewa apabila anda memilih Tribesigns.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tribesigns, sila kunjungi https://tribesigns.com/B2BFacebookYouTubePinterest dan TikTok.

 

Source: Tribesigns
Keywords: Furniture & Furnishings Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Licensing/marketing agreements Trade show news