omniture

FARO® Meneruskan Perluasan ke Dalam Pasaran Penguatkuasaan Undang-undang dengan Pengambilalihan ARAS 360 Technologies Inc.

FARO Technologies, Inc.
2015-02-06 05:05 157

LAKE MARY, Florida, 6 Februari 2015 /PRNewswire/ -- FARO Technologies, Inc. (NASDAQ:FARO), sumber paling dipercayai dunia untuk pengukuran 3D, pengimejan, dan teknologi realisasi, mengumumkan pengambilalihan ARAS 360 Technologies Inc., peneraju global dalam pembangunan perisian binaan semula, simulasi, dan animasi kejadian kemalangan dan jenayah.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150204/173606
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110415/MM84316LOGO

Ditubuhkan pada tahun 2010 dan beribu pejabat di Kamloops, British Columbia, ARAS mengeluarkan suite penuh alat perisian binaan semula kejadian kemalangan dan jenayah yang menawarkan grafik canggih, alat analitik canggih, dan kemampuan untuk bekerja dengan set data titik awan yang besar daripada pengimbas laser 3D. Produk terbaharu syarikat itu, Reality, adalah penyelesaian perisian kemalangan dan jenayah 64 bit yang dilancarkan pada November 2014. Reality menyediakan pelanggan dengan antara muka yang intuitif dan mesra pengguna yang membolehkan mereka menjana diagram jitu dengan pantas dengan butiran terperinci dan realisme grafik.

"Pengambilalihan ARAS 360 akan membantu FARO mencipta suite pelengkap tawaran produk dokumentasi 3D tersepadu untuk pelanggan penguatkuasaan undang-undang kami," nyata Jay Freeland, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FARO. "Dengan menambah produk ARAS kepada portfolio kami, bersama tawaran produk CAD Zone yang kami perolehi tahun lepas, pelanggan kini boleh mendokumenkan dan menganalisis mana-mana kawasan kejadian jenayah atau kemalangan dengan alat melukis, simulasi, dan animasi yang paling intuitif serta berkuasa dalam pasaran."

Urus niaga semua tunai itu termasuklah pembayaran pendahuluan serta pembayaran pendapatan masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian pengimbasan 3D FARO, lawati: http://www.faro.com

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995 yang tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, seperti kenyataan tentang permintaan dan penerimaan pelanggan untuk produk FARO, dan pembangunan produk serta pelancaran produk FARO. Kenyataan yang bukan merupakan fakta sejarah atau yang menggambarkan pelan, objektif, unjuran, jangkaan, andaian, strategi atau matlamat Syarikat adalah kenyataan pandang ke hadapan. Tambahan lagi, perkataan seperti "sedang", "akan", "terus", "memastikan" dan kenyataan atau perbincangan yang mirip tentang rancangan FARO atau niat lain dikenal pasti sebagai kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan bukan merupakan jaminan prestasi masa hadapan dan tertakluk kepada pelbagai risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian, serta faktor lain yang mungkin akan menyebabkan keputusan, prestasi, atau pencapaian sebenar berbeza daripada keputusan, prestasi, atau pencapaian masa hadapan yang dinyatakan atau dibayangkan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu. Oleh itu, kebergantungan tidak munasabah tidak patut diberikan kepada kenyataan pandang ke hadapan ini.

Faktor-faktor yang mungkin akan menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada apa yang dinyatakan atau diramal dalam kenyataan pandang ke hadapan itu termasuklah tetapi tidak terhad kepada:

  • kegagalan Syarikat untuk mengenal pasti dan mengambil alih syarikat sasaran atau mencapai faedah yang dijangka daripada pengambilalihan yang telah dimuktamadkan dengan jayanya;
  • pembangunan oleh syarikat lain untuk produk, proses, atau teknologi baharu atau dipertingkat yang membuatkan produk Syarikat kurang berdaya saing atau usang;
  • kegagalan Syarikat mengekalkan kelebihan teknologinya dengan membangunkan produk baharu dan mempertingkat produk sedia ada;
  • kemerosotan atau perubahan buruk lain, atau ketiadaan peningkatan, dalam industri tempat Syarikat beroperasi atau ekonomi tempatan serta antarabangsa dalam rantau dunia tempat Syarikat beroperasi dan keadaan ekonomi, perniagaan, serta kewangan biasa lain; dan
  • risiko lain yang diperincikan dalam Bahagian I, Item 1A. Faktor Risiko dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013 dan Bahagian II, Item 1A. Faktor Risiko dalam Laporan Suku Tahun Syarikat pada Borang 10-Q bagi suku tahun yang berakhir pada 28 Jun 2014.

Kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran ini mewakili penilaian Syarikat setakat tarikh siaran ini. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan kepada orang awam, sama ada sebagai hasil maklumat baharu, kejadian masa hadapan, atau sebaliknya, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang.

Latar Belakang FARO

FARO merupakan sumber paling dipercayai dunia untuk teknologi pengukuran 3D. Syarikat itu membangunkan dan memasarkan peranti dan perisian pengukuran serta pengimejan berbantu komputer. Teknologi daripada FARO membenarkan pengukuran, pengimejan, dan perbandingan antara bahagian, dan struktur kompleks 3D berkejituan tinggi di dalam proses pengeluaran dan penjaminan kualiti. Peranti itu digunakan untuk memeriksa komponen dan pemasangan, pemprototaipan pantas, mendokumenkan ruang isi padu besar atau struktur dalam 3D, peninjauan dan pembinaan, serta untuk tujuan penyiasatan dan pembinaan semula kawasan kejadian kemalangan atau jenayah.

Kira-kira 15,000 pelanggan beroperasi dalam lebih 30,000 pemasangan sistem FARO seluruh dunia. Ibu pejabat global Syarikat itu terletak di Lake Mary, Florida; ibu pejabat rantau Eropahnya terletak di Stuttgart, Jerman; dan ibu pejabat rantau Asia/Pasifiknya terletak di Singapura. FARO mempunyai cawangan lain di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Jerman, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Itali, Poland, Turki, Belanda, Switzerland, Portugal, India, China, Malaysia, Vietnam, Thailand, Korea Selatan, dan Jepun.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.faro.com

Source: FARO Technologies, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:FARO
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers