omniture

Microland Diiktiraf sebagai Peneraju untuk Tahun Kelima Berturut-turut dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2024 bagi Perkhidmatan Rangkaian Terurus

Microland
2024-11-19 05:22 26

BENGALURU, India, 19 November 2024 /PRNewswire/ -- Microland dengan bangganya mengumumkan pengiktirafan sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant bagi Perkhidmatan Rangkaian Terurus (MNS) 2024 untuk tahun kelima berturut-turut. Pencapaian ini mengetengahkan dedikasi syarikat yang tidak berbelah bahagi untuk menyampaikan penyelesaian yang didorong oleh automasi dan tertumpu kepada pengguna yang memastikan rangkaian perusahaan selamat, lancar dan andal.

Microland Recognized as a Leader for the Fifth Consecutive Year in the 2024 Gartner® Magic Quadrant™ for Managed Network Services
Microland Recognized as a Leader for the Fifth Consecutive Year in the 2024 Gartner® Magic Quadrant™ for Managed Network Services

Memandangkan perniagaan menghadapi kerumitan rangkaian yang semakin meningkat, Microland memperkenalkan Rangkaian sebagai Perkhidmatan (Network-as-a-Service - NaaS) bertujuan memudahkan infrastruktur sedia masa depan sambil melindungi pelaburan sedia ada. Pendekatan neutral vendor syarikat menawarkan penerimagunaan mudah, fleksibiliti operasi dan prestasi cemerlang merentasi pelbagai teknologi. Paling penting kepada evolusi ini ialah platform Intelligeni Microland, yang menyediakan pemerhatian, automasi dan analisis termaju bagi membolehkan transformasi pantas, pemantauan proaktif dan organisasi bantuan pemulihan automatik—membantu organisasi mendahului gangguan.

Melalui Rangka Kerja Pengalaman Rangkaian Pintar syarikat, Microland memanfaatkan kepakaran dan teknologi terkini selama tiga dekad seperti SDN, NFV, SASE, Perangkaian OT dan Rangkaian Persendirian 5G bertujuan menyampaikan perundingan, transformasi dan perkhidmatan terurus secara menyeluruh. Penyelesaian syarikat mengoptimumkan prestasi dan produktiviti rangkaian tanpa mengorbankan keselamatan.

Robert Wysocki, Naib Presiden Kanan dan Pemimpin Penyelesaian Pelanggan Global - Rangkaian & Keselamatan Siber di Microland, menyatakan, "Kami berbesar hati kerana dinobatkan sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2024 untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus bagi tahun kelima berturut-turut. Pengiktirafan ini mencerminkan inovasi dan komitmen berterusan kami terhadap kecemerlangan. Memandangkan kami menganjak sempadan automasi yang didayakan AI dan model keselamatan bersepadu, kami berterima kasih kepada pelanggan kami kerana memberikan inspirasi kepada inovasi kami dan memacu kejayaan kami."

Sam Mathew, Presiden di Microland, menambah, "Pengiktirafan bagi tahun kelima ini, merupakan bukti dedikasi kami terhadap inovasi teknologi. Pelaburan kami dalam automasi dan keselamatan penyesuaian untuk penyelesaian SD-WAN dan SASE membolehkan kami menyampaikan hasil transformatif bagi pelanggan kami. Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan kami, atas kepercayaan yang mendorong kami untuk terus meningkatkan nilai yang kami berikan."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengiktirafan ini, sila kunjungi: https://www.microland.com/analyst-insights/gartner-magic-quadrant-for-managed-network-services-fifth-year 

Penafian Gartner

Gartner, Magic Quadrant untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus Ted Corbett, Nauman Raja, Jon Dressel, Lisa Pierce, Karen Brown, Danellie Young, 14 Oktober 2024.

GARTNER ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau syarikat gabungan di Amerika Syarikat dan pada peringkat antarabangsa, serta MAGIC QUADRANT ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau syarikat gabungan dan digunakan di sini dengan keizinan. Hak cipta terpelihara. Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian tertinggi atau penetapan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Maklumat Tentang Microland

Microland ialah syarikat perkhidmatan dan perundingan Infrastruktur IT rintisan yang beribu pejabat di Bengaluru, India, dengan rekod prestasi yang terbukti memberikan hasil perniagaan ketara selama 35 tahun. Pada hari ini, apabila perusahaan menyedari bahawa rangkaian menyokong kefungsian dan kecekapan sistem digital moden dan menyokong inovasi, kami menyediakan teknologi generasi akan datang seperti AI, operasi automatik dan penyelesaian yang didorong oleh platform – yang memacu kecemerlangan operasi, ketangkasan dan produktiviti untuk organisasi di seluruh dunia. Pasukan kami yang terdiri daripada lebih 4,600 pakar memberikan perkhidmatan di lebih 100 negara di seluruh Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara, menawarkan penyelesaian terkini dalam rangkaian, awan, pusat data, keselamatan siber, pengurusan perkhidmatan, aplikasi dan automasi. Diiktiraf oleh penganalisis industri terkemuka bagi strategi berinovatif kami, Microland komited terhadap tadbir urus, kelestarian alam sekitar yang kukuh dan memupuk tempat kerja terangkum yang pelbagai bakat berkembang maju. Apabila perniagaan bekerjasama dengan Microland, masing-masing berhubung dengan bakat, teknologi dan penyelesaian terbaik untuk mencipta nilai yang tiada tandingannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.microland.com 

Hubungan media: sobia.sahar@microland.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2555157/Microland_Gartner.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2483706/Microland_Logo.jpg?p=medium600

Source: Microland
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Awards Data Analytics Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things