omniture

"LELONGAN BARANGAN YANG DIMAINKAN, DIPAKAI & ROSAK" JULIEN KEMBALI KE MUSIC CITY DENGAN LELONGAN LEGENDA DARI 20-21 NOVEMBER 2024

Julien's Auctions
2024-11-20 02:27 29

NASHVILLE, Tenn., 20 November 2024 /PRNewswire/ -- Lelongan Julien dengan bangganya mengumumkan kembalinya "Lelongan Barangan yang Dimainkan, Dipakai & Rosak", acara memorabilia muzik utama industri, pada 20-21 November di Balai Kemasyhuran & Muzium Pemuzik di Nashville, TN. Lebih 800 barangan ikonik dari sejarah muzik akan ditampilkan dalam lelongan secara langsung dan dalam talian selama dua hari ini.

Sorotan Lelongan

  • Gitar Fender Stratocaster 1956 Mary Kaye: Siri #09391, gitar Stratocaster dalam kemasan perang telus dengan perkakasan emas ini ialah gitar yang dimiliki oleh Mary Kaye dalam foto promosi legenda 1956 Fender. Dikenali sebagai "The Mary Kaye," gitar ini digunakan dalam filem Cha-Cha-Cha Boom! sebelum menjadi sebahagian daripada perjalanan yang dikaitkan dengan cerita melalui tangan pemuzik terkenal seperti Jimmy Crespo daripada kumpulan Aerosmith dan John Entwistle daripada kumpulan The Who. Anggaran harga ialah $200,000–$400,000.
  • Gitar Gibson L-5 1939 Sister Rosetta Tharpe: Gitar bahagian atas melengkung ini, dengan siri #EA-5024, dibina untuk Sister Rosetta Tharpe dan dimiliki oleh "Ibu Rock n' Roll" itu hingga tahun 1952. Karya agung ketukangan, menampilkan bahagian atas daripada kayu pokok rawa Sitka, bahagian belakang dan sisi dengan corak simpulan bulat kecil yang menyerupai mata kayu mapel dan leher gitar yang diperbuat daripada kayu mapel dengan corak bergelombang yang menyerupai api. Nama Tharpe terukir di atas penutup batang kekuda dan ini telah dilihat dalam fotograf ikonik daripada kerjaya awalnya. Anggaran harga ialah $40,000 –$60,000.

Barangan Lain yang Ditampikan

  • Gitar Futurama Era Awal Kumpulan Beatles Milik George Harrison: Dimainkan semasa zaman Hamburg The Beatles, dianggarkan berharga sekitar $600,000–$800,000.
  • Gitar Gaya Telecaster Sadowsky Ditempah Khas Milik Prince: Digunakan semasa Jelajah Perbarisan (Parade Tour) 1986, dianggarkan berharga sekitar $200,000–$400,000.
  • Koleksi Peribadi Don Everly: Menampilkan 161 lot, termasuk gitar bahagian atas melengkung Gibson ES-5 1949-1950 yang dimainkan oleh Ike Everly ($20,000–$30,000) dan lirik tulisan tangan untuk "Keep A Loving Me" ($3,000–$5,000).
  • Topi Perada Freddie Mercury: Dipakai semasa "Konsert untuk Kampuchea" Tahun 1979 oleh Queen, dianggarkan berharga sekitar $10,000–$20,000.
  • Edisi Khas Otoboke Beaver Fender Strat (Surf Green): Digunakan oleh Accorinrin daripada Kumpulan Otoboke Beaver untuk menulis dan mempersembahkan lagu Okoshiyasu!! Otoboke Beaver (2016) dan Itekoma Hits (2019). Diubah suai khas dan dihiasi dengan karya seni unik, dianggarkan bernilai $10,000–$20,000.
  • Hiasan Kepala Bob Mackie yang Diperbuat daripada Bulu Pelepah: Dipakai oleh Cher di The Cher Show, dianggarkan bernilai sekitar $40,000–$60,000.
  • Gitar SG Epiphone Hancur Milik Dolly Parton: Diperoleh dari sesi pengambilan foto untuk Nashville Special 2023 HITS Daily Double , dianggarkan bernilai $4,000–$6,000.

Lelongan Julien meneruskan tradisi dengan menyokong komuniti muzik melalui koleksi amal eksklusif, seperti "Lyrics for a Cause" oleh Music Health Alliance, yang menampilkan lirik yang ditandatangani oleh Billie Eilish, Selena Gomez dan ramai lagi (setiap lirik dianggarkan: $600–$800).

Butiran Lelongan

  • Lelongan Secara Langsung & Dalam Talian:
    • Hari Rabu, 20 November, 10:00 Pagi CT
    • Hari Khamis, 21 November, 10:00 Pagi CT

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi juliensauctions.com.

Hubungan Pihak Media: Mozell Miley-Bailey | (646) 653-3105 | mozell@homagepr.com

Video - https://www.youtube.com/watch?v=KL9Iny48P7g 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2510514/5033066/Juliens_Horizontal_Logo.jpg?p=medium600

Source: Julien's Auctions
Keywords: Entertainment Music Retail Broadcast feed announcements Trade show news Future Events