omniture

Bermuda Beri Maklum Balas kepada Ketua Pembangkang UK Ed Miliband

The Government of Bermuda
2015-02-09 17:33 130

HAMILTON, Bermuda, 9 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Kerajaan Bermuda menyedari ulasan dilaporkan daripada En Edward Miliband, Ketua Pembangkang di UK, berkaitan pengelakan cukai dan Wilayah Luar Negeri British (OT), serta keinginan beliau untuk menguatkuasakan tahap ketelusan lebih baik dan juga pemakluman sekiranya beliau dilantik dalam Pilihanraya Umum Mei 2015.

Kerajaan Bermuda "terkejut dan kecewa" kerana Pulau tersebut telah disertakan dalam senarai wilayah dirujuk yang kekurangan keterbukaan dalam bidang seperti pemilikan bermanfaat syarikat.

Perlu disedari Bermuda sebenarnya mempunyai daftar pusat, seperti yang diperkenalkan di UK, sejak tahun 1940an, dan telah menjadi pemimpin antarabangsa dalam bidang ini.

Ketika UK bercadang untuk memperkenalkan daftar pemilikan bermanfaat secara berpusat, Bermuda, sebenarnya telah memilikinya yang mampu mengemas kini secara automatik sejak tahun 1940an lagi dan kami terus menjadi peneraju antarabangsa dalam bidang ini.

Perdana Menteri Bermuda, Yang Berhormat Michael H. Dunkley JP, MP, berkata: "Kerajaan Bermuda kekal terbuka kepada dialog berterusan dengan Kerajaan UK, Pembangkang UK, dan pihak lain yang berminat, dalam berkongsi amalan terbaik merentasi sempadan berkaitan bidang ketelusan korporat, serta perjuangan menentang penipuan dan juga jenayah.

"Kami juga ingin mengingatkan En. Miliband tentang sumbangan ekonomi strategik Bermuda kepada UK, termasuk pekerjaan langsung dan tidak langsung sebanyak 100,000 orang di UK, selain peranan kami sebagai hab global bagi industri insurans semula dan insurans, menyediakan penaja jaminan kritikal yang diperlukan untuk kerosakan daripada bencana alam serta kejadian pengganas."

Pertanyaan:

Pejabat Kerajaan Bermuda London 
6 Arlington Street 
SW1A 1RE 
Tel: +44(0)207-518-9900 
Faks: +44(0)207-518-9901 
E-mel: londonoffice@gov.bm

Hubungi: Cik Kimberley Durrant, Wakil UK  

Source: The Government of Bermuda
Keywords: Banking/Financial Service