omniture

Pusat Beli-belah IPC meraikan Ulang Tahun ke-21 dengan Seruan Ke Arah "The Lagom Life, It's Just Right"

IPC Shopping Centre
2024-11-20 15:18 2

Lebih dua dekad menyantuni komuniti, IPC menawarkan pengalaman, rakan niaga baharu, dan hadiah bernilai lebih RM21,000

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 November 2024 /PRNewswire/ -- IPC Shopping Centre dengan sukacitanya meraikan ulang tahun ke-21 dengan mensasarkan kedudukannya sebagai jenama yang lebih segar.  "The Lagom Life, It's Just Right", adalah konsep kehidupan yang diinspirasikan daripada prinsip Scandinavia iaitu "Lagom", seni kehidupan yang seimbang. Tema baharu ini mengajak para pengunjung menikmati pengalaman meyelusuri suasana yang dirasakan "bertepatan", di mana semua golongan, baik seisi keluarga mahupun bila bersendirian, boleh merasai keseronokannya. Dengan ini, transisi IPC ini bukanlah sekadar boleh dinikmati bersama keluarga namun ia adalah tempat pertemuan untuk semua golongan – yang menjanjikan keseimbangan yang memberi ketenangan untuk masyarakat secara keseluruhannya.

Pusat Beli-belah IPC meraikan Ulang Tahun ke-21 dengan Seruan Ke Arah “The Lagom Life, It’s Just Right”
Pusat Beli-belah IPC meraikan Ulang Tahun ke-21 dengan Seruan Ke Arah “The Lagom Life, It’s Just Right”

Sempena sambutannya yang ke-21, pusat beli-belah ini komited untuk menyediakan pelbagai aktiviti menarik, premis baharu yang mengikuti trend semasa, serta lebih RM21,000 nilai ganjaran untuk para pengunjung. Sedang berlangsung sekarang hingga 31 Disember 2024, IPC berazam untuk mencipta detik-detik inspirasi Sweden yang tidak dapat dilupakan untuk setiap pengunjung dengan tarikan unik, dekorasi kapal Viking yang menarik untuk bergambar, serta keistimewaan eksklusif untuk ahli Tack Club.

Sepanjang sambutan ulang tahun, pengunjung boleh menikmati:

  1. Program Hari Bekerja IPC Value: Ahli Tack Club boleh menebus baucar RM21 untuk digunakan pada hari yang sama hanya dengan 2 mata ganjaran Tack Club. Tawaran ini boleh dinikmati eksklusif hanya pada hari bekerja (Isnin-Jumaat, tidak termasuk cuti am) di aplikasi IPC, memberikan ahli, pengalaman beli-belah dengan macam-macam ganjaran dan barangan dengan harga yang berpatutan di 15 premis terpilih di dalam IPC Shopping Centre.
  2. Belanja & Menang Tack: Ahli Tack Club boleh mengambil bahagian dalam peraduan cabutan bertuah dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM21 dalam satu resit di mana-mana kedai di dalam IPC Shopping Centre. Ahli yang layak boleh menebus satu tiket di i-Counter (Aras G) untuk menyertai cabutan mingguan bagi memenangi sebahagian hadiah bernilai RM21,000, termasuklah gajet berkualiti tinggi seperti pembesar suara JBL, pembersih vakum Electrolux, kipas angin menara Philips, pengisar makanan Tefal, dan baucar tunai. Nombor tiket pemenang akan dipaparkan pada setiap hari Isnin di halaman Facebook dan Instagram IPC.
  3. 'Haul of Savings' Penjimatan Besar-Besaran: IPC Shopping Centre akan memperluaskan lagi koleksi pilihan barangan yang boleh didapati seperti set Sarung Tangan Dapur dan Pelapik Tangan Ketuhar, Buku Nota Eksklusif Sweden, stoking IPC, Topi Reversible Bucket, Organiser Meja Pelbagai Guna, dan Beg Beli-belah Guna Semula IPC. Kesemua barangan baharu ini akan melengkapkan lagi koleksi yang sedia ada, di mana ahli Tack Club boleh menebusnya menggunakan mata ganjaran dengan potongan diskaun sehingga 94%.
  4. Ganjaran Ahli Baharu: Pengunjung yang memuat turun dan baharu mendaftar sebagai ahli Tack Club atau ahli Små Club boleh menebus barangan seperti (1) baucar Boost Juice, satu (1) aiskrim IKEA, 200 mata ganjaran Tack, satu (1) baucar pengecasan EV selama 30 minit, buku mewarna, dan anak patung permainan lembut IKEA Fabler Björn semasa mereka datang berkunjung.

Melihat kepada hala tuju yang baharu ini, Ms Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre menyatakan, "Apabila kami mencapai ke tahap ini, iaitu 21 tahun yang mengagumkan, 'The Lagom Life, It's Just Right', merangkap visi kami untuk menjadi destinasi utama masyarakat setempat yang seimbang dan menyeronokkan. Kami menyediakan ruang untuk semua orang bersantai, meneroka, dan merasai pengalaman yang tenang dan selesa. Di IPC anda boleh meluangkan masa berkualiti untuk diri sendiri atau mengeratkan hubungan dengan yang tersayang, sambil melakar kenangan indah dalam ketenangan."

Ms Lim turut berkongsi keterujaannya tentang gandingan premis baharu dalam IPC, katanya, "Untuk menjadikan IPC lebih menarik untuk dikunjungi, kami memperkenalkan jenama F&B dan pelbagai jenama gaya hidup terkini, ini termasuklah INN Bar, Canton Boy, BYD, llao llao, dan Chagee. Penambahan ini membawa kepelbagaian dalam rasa dan gaya kehidupan untuk memenuhi keperluan komuniti kami yang semakin berkembang selain premis yang juga baru menyertai IPC seperti Decathlon Connect, MR DIY Plus, dan ChaTraMue."

Untuk maklumat lanjut tentang 'Lagom Life', sila layari ipc.com.my atau ikuti IPC Shopping Centre di laman Facebook, Instagram, atau TikTok untuk promosi, acara dan info terkini. 

Tentang IPC Shopping Centre:

Merupakan pusat pertemuan pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh IKEA dengan gambaran bangunan kotak biru besar dan sesuatu yang utama dalam portfolio Ikano Retail yang semakin berkembang di rantau ini. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pembangunan Mutiara Damansara sejak tahun 2003, ia berfungsi sebagai pusat pertemuan yang sesuai dan selesa untuk komuniti di sekitar itu dan pengunjung yang lain-lain juga. Menggabungkan warisan dari Sweden dengan inovasi, IPC Shopping Centre menerajui kelestariannya melalui perkhidmatan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycling and Buy-Back Centre) yang unggul serta pelbagai inisiatif lain untuk menjaga alam sekitar dalam memupuk penglibatan komuniti dan menunjukkan komitmen mereka ke arah bumi yang lebih hijau. IPC Shopping Centre memeriahkan kehidupan seharian sebagai pusat sehenti hab runcit pilihan yang menyediakan bukan sekadar transaksi membeli-belah, malah tempat untuk mengeratkan perhubungan, pertemuan dan memberi inspirasi untuk para pengunjungnya.

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services